PRK Hulu Selangor:Pemuda PAS ikrar menangkan calon PR
KUALA LUMPUR, 10 April: Dewan Pemuda PAS (DPP) telah mengatur beberapa strategi bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat yang kan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, pemuda PAS bertekad meneruskan siri kemenangan Pakatan Rakyat pada PRK seprti seperti sebelum ini.
"DPP telah membuat komitmen yang tinggi bagi membantu calon Pakatan Rakyat bagi memenangi pilihanraya kecil di P.094.
"Jabatan pilihanraya pemuda telah mengatur beberapa strategi untuk mengulang kembali kejayaan Pakatan rakayat dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan dewan itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Mengulas isu keselamtan pula beliu melahirkan rasa bimbang dengan pengumuman pihak polis yang akan menempatkan hanya 1000 anggota di Hulu Selangor.
Mengulas lanjut beliau berkata, jumlah itu masih kecil dan mahu peristiwa kekecohan pada PRK Bangan Pinang sebelum ini tidak berulang.
"Ini memungkinkan strategi (Umno) yang sama di Bagan Pinang akan berulang di Hulu Selangor"
"Kita tidak mahu terlalu ramai anggota polis sehingga wujud suatu suasana bandar polis tapi kita juga tidak mahu kawalan terlalu longgar sehingga mudah mencetuskan kekecohan.
Bagaimanapun beliau turut menasihatkan para petugas dan jentera Pakatan Rakyat tidak mudah terpengaruh dengan sebarang provokasi dan memfokuskan kerja untuk memenangkan calon Pakatan.-Hrkh
No comments:
Post a Comment