Saturday, April 17, 2010

Zaid Ibrahim Saman hudud adalah wajar

Open Artikel

"Beberapa tahun yang lalu Zahid Ibrahim pernah menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dengan alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Maka bermegah-megahlah para bloggers atau facebookers umno menghentam calon PKR di Ulu Selangor ini. Para kuncu umno akan berkerja keraslah untuk memastikan calon PKR ini kalah.

Mereka mencari pelbagai isu untuk menghodoskan wajah Zaid Ibrahim dengan harapan PRK di Ulu Selangor ini akan memberi perspektif yang baik kepadanya(barisan nasional)yang kononnya masyarakat Malaysia telah menerima calon satu Malaysia dan SEMANGAT 1 MALAYSIA akan kembali bersih setelah dicemari dengan 1 ISRAEL dan kerjasama dengan APCO.

Isu Zaid Ibrahim pernah menyaman Kerajaan Pas negeri Kelantan kerana mahu melakanakan hukum hudud sudah tentu menjadi satu isu yang sangat berguna pada umno untuk menjatuhkan politik Zaid Ibrahim yang juga melayu dan islam ini.Isu ini sudah lama menyepi dan sewaktu beliau keluar dari parti umno dan menyertai PKR pun isu ini tidak juga ditimbulkan, kenapa hari isu ini kembali segar dan acap kali dimainkan oleh para kuncu umno ini. Kenaifan isula tu~

Adakah para kuncu umno ini memahami dengan jelas akan isu ini kerana dengan jelas isu ini adalah kreadit untuk Dato' Zaid Ibrahim dan bukannya untuk umno.

Ini kerana isu Zaid Ibrahim pernah menyaman kerajaan Pas di Negeri Kelantan adalah wajar kerana isu tersebut telah membersihkan nama kerajaan Pas negeri Kelantan itu sendiri bahkan isu tersebut telah berjaya menghodoskan wajah umno yang telah menjadi kerajaan pusat selama 42 tahun oleh umno lama dan 23 tahun bagi umno yang baru tetapi masih tidak melaksanakn hukum hudud yang telah diwajibkan ISLAM untuk dilaksanakan didalam syariah islam.

Jelas Zaid lagi mengapa dia menyaman kerajaan Pas negeri Kelantan itu kerana perkara itu tidak mengikut perlembagaan yang sebenar dan isu mengapa kerajaan Pas Kelantan dan Pas kerajaan Terengganu tidak melaksanakan hudud walaupun telah memerintah negeri tersebut terjawab dan sesungguhnya tindakan Zaid menyaman kerajaan Pas negeri Kelantan adalah sangat wajar dan patut dipuji ketika beliau didalam umno lagi. Mungkin ketika itu kerana perbezaan politik dan tidak memahami dengan jelas isu ini menyebabkan ramai yang tidak memahami perkara ini dan mengangap Zaid Ibrahim sudah gila meroyang sehingga sanggup menyaman hukum ALLAH swt.

Zaid Ibrahim juga menyebut didalam negara ini ada sistem undang-undang yang harus mengikut perlembagaan yang ada. Beliau juga memberitahu supaya jangan mengikuti Tun Mahathir yang suka lari daripada perlembagaan seperti mana yang berlaku didalam Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang telah melanggar perlembagaan dengan memecat Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia.

Menurutnya lagi, undang-undang hukum hudud ini hanya boleh digubal dalam parlimen dan tidak boleh digubal dalam Dewan Undangan Negeri walaupun Kerajaan BN sendiri kadang-kadang menggubal undang-undang di peringkat negeri yang bercanggah dengan perlembagaan akuinya lagi. Perkara itu telah memaksanya untuk mengemukakan perkara ini kepada mahkamah bahawa hak persekutuan mesti kekal dengan persekutuan dan hak negeri kekal dengan negeri supaya sistem perundangan tidak akan bercelaru.

Dan hari ini jika ada lagi kuncu-kuncu umno yang kononya bijaksana memainkan isu mengapa kerajaan Pas Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud maka jawablah kepadanya yang kerajaan negeri kelantan bukanlah seperti Tun Mahadhir yang ganas dan hebat sehingga perlembagaan pun masih boleh diingkarinya.

Dato' Zahid Ibrahim sebelum menyertai PKR beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia tetapi meninggalkan parti(umno) kerana merasakan parti itu(umno) sudah melampau. Beliau juga sebelum meninggalkan parti umno telah mendesak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Beliau juga telah menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen dan mempersoalkan status orang Melayu. Dalam Persidangan LawAsia 2008 Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik. Pendiriannya berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , barisan kabinet dan pemimpin UMNO. Ini berbeza dengan geng-geng katak yang lain yang kononya tidak berpuas hati dengan pimpinan pakatan rakyat dan terus melompat parti sebagai bebas tanpa meletakkan jawatan sebagai ahli dun atau ahli parlimen.

JANGAN SESEKALI MAHU SAMAKAN DATO' ZAID IBRAHIM dengan geng-geng katak yang tidak bermaruah itu.

Hari ini geng-geng pakatan rakyat sudah jelas dengan isu ini,akan tetapi para kuncu umno nampaknya masih lagi didalam kebodohan dan perlu dipersekolahkan semula untuk memahami perkara ini. Ada juga kuncu-kuncu umno ini sudah faham akan isu ini tetapi berpura-pura bodoh dan ingin memperbodohkan orang lain supaya menjadi bodoh sepertinya. Tetapi rakyat hari ini tidak lagi semudah itu untuk diperbodoh-bodohkan.

Dato' Zahid Ibrahim sudah menjawab isu menyaman hukum hudud dun Kelantan, bilakah agaknya Tun Mahadhir akan menjawab isunya yang menyatakan nabi tak cukur janggut kerana tiada pisau cukur. Pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri Tun Mahadhir juga pernah berkata yang hukum rejam kepada penzina adalah primitif. Dato' Sri Najib Razak pada 20hb April 1983 telah berkata yang negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.

* jika ada lagi kuncu-kuncu umno yang bertanyakan pasal isu ini suruh sahaja mereka seach google atau tengok sahaja video diyoutube, dan penerangan Dato' Zahid telah terjawab akan isu ini. Tetapi para pimpinan umno yang lain yang telah menghina islam atau nabi senyap membisu tanpa jawapan seperti mana isu najib dan mahadir tadi*

SELAMAT BERJAYA DATO' ZAID DI ULU SELANGOR!!!
seluruh warga Pakatan Rakyat dan geng-geng umno yang mengenali Dato' di kelantan berdoa kepadamu~

No comments: