Untung jika pilih Zaid - Husam
HULU SELANGOR, 22 April : Rakyat di Hulu Selangor beruntung jika calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menjadi ahli parlimen mereka, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar).Husam sewaktu berceramah di Batang Kali malam tadi berkata, dengan adanya seorang wakil rakyat dari pakatan akan mendorong tiga lagi Adun BN di Hulu Selangor bersaing menunjukkan khidmat mereka.
"Sekiranya ketiga-tiga Adun dari BN dan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, kita akan melihat persaingan yang akhirnya menguntungkan rakyat.
"Kalau nakkan satu saluran supaya wakil rakyat kita boleh berhubung dengan pengundi di Hulu Selangor, kita memerlukan seorang wakil rakyat yang terbaik," katanya.
Tambahnya lagi, Zaid jauh lebih berpengalaman dari calon BN, Kamalanathan untuk membela rakyat Hulu Selangor.
Zaid, katanya mampu membawa isu-isu kritikal rakyat ke parlimen kerana pernah menjawat jawatan menteri kabinet sebelum ini.
Beliau memberi contoh isu ISA yang menyebabkan Zaid meletakkan jawatan menteri kerana mempertahan perinsipnya iaitu menentang ISA.
"Kamalanathan adalah wakil rakyat BN dan mustahil untuk seorang wakil rakyat BN untuk mempertikai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kepincangan pengurusan ekonomi negara, angkara Umno," katanya.
Zaid menurut Husam mempunyai kebolehupayaan dan profesionalisme selain tahap pendidikan dan pengalaman sebagai pengamal undang-undang.
Berbanding dengan Kamalanathan, beliau berkata, rakyat masih tertanya-tanya tentang rekod pendidikan serta profesionalisme calon MIC tersebut
Sehubungan itu, beliau mengganggap Zaid jauh lebih berprinsip serta berkelayakan mewakili rakyat Hulu Selangor di Dewan Rakyat kelak, berbanding Kamalanathan.
Menyentuh isu royalti Kelantan pula, Husam berkata kerajaan BN lebih mengutamakan syarikat asing yang ada kepentingan Zionis Israel dari rakyat sendiri.
Ianya merujuk kepada pelantikan firma perunding APCO Worldwide yang dilantik kerajaan dalam sektor telekomunikasi negara dengan bayaran RM76 juta.
"Mereka sanggup bayar kepada APCO Zionis Israel RM76 jta tetapi untuk 1.6 juta orang rakyat Kelantan, mereka bayar hanya RM20 juta sahaja," katanya.-Hrkh
No comments:
Post a Comment