Ketua & Setiausaha AMK PKR Kelantan Keluar Parti...! (Pimpinan dah lama tau tunggu masa aja)
Hampir setiap malam di Hulu Selangor hujan. Satu perkara kita kena ingat bila musim hujan. Katak dan hujan tidak boleh kita pisahkan. Bila hujan maka katak pun berbunyi.
Sebagaimana dijangka dan ditunggu-tunggu oleh AMK Kelantan akhirnya dua ekor katak muda bernajis dipaha dari Kelantan iaitu Wan Khairul Ketua Amk Kelantan dan pencacainya akhirnya masuk UMNO.
Beliau memang diketahui masih rapat dan sering berhubung dengan raja sesumpah ezam. Dan dilaporkan pernah menerima suapan wang dari ezam semasa PRK Permatang Pauh untuk membantutkan jentera.
Yang menariknya Wan Khairul berkata, mereka bertindak demikian kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Kenapa tiba-tiba nama Tuan Guru Nik Aziz pula disebut oleh wan khairul? Inilah satu-satunya katak najis yang buat kenyataan bodo dan agak berbeza dengan katak najis yang lain. Memang bodoh betul katak sekor ni...ingatkan masa dia pegang ketua AMK Kelantan aja bodoh..lps masuk UMNO jadi bodoh murakkab pulak!!
Adakah ia ada kaitan dengan permohonan cam plan 50 ekar balak di Kelantan?
Pemuda Guchil dimaklumkan bahawa Wan Khairul pernah uruskan permohonan balak tersebut di mana Fairus Mantan TMK 1 P.Pinang mempunyai kepentingan dengan menamakan abangnya Dr Mohamad Feardaus Khairuddin sebagai proksinya dalam permohonan balak tersebut.
Mungkin permohonan balak ini telah ditolak? Sebab tu mamat ni marah sangat dengan Tuan Guru Nik Aziz?
Sementara itu harakahdaily melaporkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir difahamkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa.
“Saya sebenarnya sudah dengar cerita itu sebelum ini. Wan Khairul mengugut mahu keluar parti kalau tidak mendapat jawatan yang diimpikan. Macam mana nak beri kalau AMK pun dia tak boleh bawak??
“Bagi saya setiap pejuang perlu berjiwa besar dan tidak boleh mudah merajuk kalau tidak dapat apa yang diimpikan,” katanya.
Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, beliau difahamkan hasrat Wan Khairul membawa keluar lebih ramai pemuda termasuk AMK Cabang Ketereh namun gagal.
”Lebih menghairankan juga apabila bekas Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar bersama Wan Khairul.
“Sedangkan Ezri tidak lagi memegang jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof dari Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi di parlimen.
Menurut Tarmizi kepada Pemuda Guchil, beliau telah dipecat secara mengejut sebagai S/U AMK tanpa sebab oleh Wan Khairul 2 hari sebelum itu. Tambah Tarmizi mewakili AMK Kelantan lagi beliau amat bersyukur dengan tindakan Wan Khairul tersebut kerana selama ini Wan Khairul adalah duri dalam daging dalam AMK yang menyebabkan gerakan menjadi lesu dan tiada wibawa. Perisytiharannya sekaligus dapat mengelakkan AMK daripada terus bernanah. Selepas ini AMK Kelantan akan terus mantap dan akan dipimpin oleh individu yang berwibawa dan mempunyai misi dan visi yang lebih jauh. ketiadaannya tidak akan memberi apapa kesan kepada AMK Kelantan kerana selama ini beliau tidak membuat apapa perancangan.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan Wan Khairul mengumumkan keluar PKR pada satu sidang akhbar tanpa diberitahu tempatnya.
Beliau dilaporkan berkata, tindakannya itu kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Jika ditoleh ke belakang, beberapa hari menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu, dua pemimpin parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang tdk berapa dikenali telah membuat pengumuman keluar dari parti itu di sebuah hotel di tepi sungai.
Bekas pemimpin PKR Gua Musang, Nor Azman Mohd Amin dan Abdul Hamid Ahmad mengumumkan keluar parti terbabit. Hadir sama pada pengumuman tersebut pemimpin Umno Kelantan.
Sekarang mereka tiada lagi dalam arus politik, biar pun mungkin mengharap mendapat imbalan kalau-kalau Umno dapat merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut.
Hari ini langkah serupa diambil Wan Khairul Ihsan apabila mengumumkan keluar parti berkenaan.
Namun pengumuman itu bukan dibuat di Kelantan sebaliknya di Selangor.
Difahamkan petang semalam, beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa sebelum tergesa-gesa berlepas ke Kuala Lumpur.
Pemuda Guchil difahamkan bahawa Wan Khairul kini amat tertekan kerana merasa dirinya tertipu kerana pengumuman hanya dibuat oleh Dato Mustapha Mohamad di Rumah Kelantan di Taman Adenium, Bukit Beruntung, Hulu Selangor tidak sebagaimana dijanjikan dibuat di hadapan Najib Tun Razak di Hulu Selangor dengan liputan meluas. Walau pun ada liputan media daripada TV3 namun hasrat asalnya tidak kesampaian kerana dia ingin dirinya dipandang tinggi walaupun tiada nilai tidak berwibawa.
Pemuda Guchil juga dimaklumkan bahawa selepas sidang media beliau hanya dijamu dengan kuew tiaw goreng dan dibiarkan menjamu selera bersama jentera-jentera UMNO Kelantan ditepi longkang sebaliknya pemimpin2 UMNO termasuk ezam menjamu selera di dewan makan kerana meneruskan mesyuarat jentera PRK Hulu Selangor.
Walau bagaimana pun, beliau bernasib baik kerana UMNO telah menjanjikan imbuhan sebanyak RM20k sebagai bayaran tebus gadai maruah katak dari Kelantan ini..ITU LAH NILAI YANG LAYAK DIBAYAR KEPADA WAN KHAIRUL EHSAN...SUNGGUH HINA...rasanya kalau UMNO kalah PRK Hulu Selangor RM20k silap2 dibayar instalment pulak...Hahahahaaa
Tapi kesian jugak sebab dia baru aja kena minor-strok...ingatkan insaf tapi lagi tak sedar diri...kesiannnnn...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
No comments:
Post a Comment