"Assalamualikum,,
Dalam kemelut PRK Hulu Selangor, tiba tiba muncul pendedahan dan dakwaan bahawa Zaid Ibrahim pernah menjadi peminum arak tegar sehingga diberitakan sarapan , makan tengah hari dan makan malamnya dipenuhi dengan arak.
Gambarannya tak ubah seperti carahidup seorang kristian barat yang ada kelas siap dengan bar di rumahnya.Hebat sungguh pendedahan ini tetapi kenapa ianya hanya timbul selepas Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon PKR/PR bagi PRK Hulu Selangor?
Persoalan ini menarik untuk dikaji kerana sebelum ini Zaid pernah bertanding dan menang di Kota Bharu atas tiket BN/UMNO.Ketika itu kenapa perangai Zaid yang minum arak seperti air mineral tidak ditimbulkan?
Mungkin kerana ketika itu Zaid bertanding atas tiket BN dan lawannya PAS tidak pernah tahu kehidupan peribadi Zaid dan mungkin tidak ada ahli PAS yang tahu dengan pasti bahawa Zaid suka minum arak.Itu sebabnya perangai buruk Zaid tidak didedahkan di Kota Bharu dan perkara ini membawa kepada kemungkinan bahawa cuma orang orang UMNO sahaja yang tahu kegemaran Zaid minum arak ketika itu.
Kenapa begitu?Aku teringat satu ketika dulu seorang kawan pernah memberitahu aku bahawa Mat Said yang sekarang menjadi MB Terengganu tidak pergi solat jumaat.Kawan aku tahu mengenai kegemaran Mat Said yang ketika itu menjadi exco lepak di sebuah restoran di Beserah Kuantan ketika solat jumaat dilangsungkan kerana dia sendiri pernah singgah di restoran yang sama dan terserempak dengan Mat Said ketika solat jumaat dilangsungkan dan kebetulan kawan aku itu sampai sekarang tetap tegar sebagai ahli UMNO (yang diasuh oleh BTN).Ini bermakna hanya orang yang tidak solat jumaat tahu ada orang lain yang tidak solat jumaat, begitu jugalah hanya seorang yang suka minum arak yang tahu ada orang lain yang minum arak.
Kali ini, Zaid bertanding atas tiket PKR/PR, oleh itu yang tahu mengenai kegemaran Minum arak Zaid mula muncul lengkap dengan butiran lengkap bagaimana Zaid minum arak.Mungkin pada perkiraan mereka,pendedahan ini boleh menjejaskan hubungan PKR dan PAS tetapi malangnya pendedahan sebegini nampaknya tidak menarik minat pendokong PAS yang terus menerus hadir di Hulu Selangor memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.Sebaliknya pendedahan ini membawa kepada satu pengertian yang semakin jelas kepada khabar khabar yang sering didengari sebelum ini seperti khabar mengenai seorang bekas menteri yang mabuk meraba punggung dan kisah kisah disebalik tabir yang memperlihatkan beberapa orang tokoh pemimpin UMNO/BN sedang menogok arak.
Ini ditambah lagi dengan kenyataan Hisyamuddin Hussein yang menafikan pembabitan UMNO dalam penyebaran pendedahan ini sedangkan sebelum ini diedarkan gambar beliau sedang memegang tin arak.Ianya seolah olah cuba mencuci tangan sahaja sedangkan pekung di dada sudah terlondeh.
Walaubagaimanapun cara Zaid mengakui kesilapan lampaunya itu amat berkualiti di mana beliau tidak langsung menyentuh keperibadian ramai pemimpin pemimpin UMNO yang antaranya mungkin pernah minum arak semeja dengannya.Ternyata Zaid berhati hati ketika membuat pengakuan ini sambil menegaskan bahawa beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat Hulu Selangor.Baginya pengundi Hulu Selangor yang berhak menilai kemampuannya, bukan sejarah lampau yang sudah ditinggalkanya.Inilah jawapan seorang calon yang harus dinilai oelh pengundi dan rasanya kepimpinan PKR sudah menilai Zaid dengan cukup teliti sebelum namanya dicalonkan.
Inilah gambaran jelas mengenai perbezaan kualiti antara BN dan PR yang kalau diamati merupakan lanjutan daripada PRK Permatang Pauh.BN/UMNO sudah kehilangan modal untuk menyakinkan rakyat dan sekalipun Hisyamudin cuba menafikannya,BN/UMNO sudah membuka pekung di dadanya sendiri,Kini rakyat tahu siapa yang menjadikan arak sebagai hidangan harian mereka.
No comments:
Post a Comment