P094 : Berapa ramai dalam UMNO bersih?
0 comments Posted by Anak Sungai Derhaka at 11:29:00 PM “Pada zaman sahabat sebelum Islam dulu... berapa ramai perangai mereka yang lebih dahsyat dari itu, tapi bila sedar dan insaf, mereka masuk Islam, pada masa itu mereka boleh menjadi seorang pejuang yang baik,”Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, 20 April — Dalam kalut peribadi calon Pakatan Rakyat kerusi Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) diserang sebagai “kaki botol tegar”, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membidas pemimpin Umno-BN sebagai cetek dengan permasalahan hukum.
“Masih cetek, malah masih terlalu jauh untuk mereka bercakap tentang hukum,” kata beliau semasa dihubungi.
Mohd Amar merujuk dakwaan sesetengah pihak mengatakan tidak wajar diberi undi kepada seseorang kaki botol seperti Zaid dengan mempersoalkan “kalau tak boleh undi Zaid kerana itu, bagaimana pula hakikatnya memberi undi kepada bukan Islam?”
“Ini... maksud saya kalau hendak bercakap pasal hukum.
“Dari sudut yang lain pula, kita hendak tanya berapa ramai dalam Umno itu sendiri yang bersih?” soalnya.
Mohd Amar bertegas, persepsi negatif terhadap Zaid tidak wajar diungkit memandangkan ia cerita lama dengan berkata “kalau betullah Zaid seorang kaki minum, tetapi dia sudah bertaubat, sedar dan insaf, dan tidak terlibat lagi dengan maksiat itu.
“Dari segi hukumnya ia tidak boleh dibangkitkan,” katanya.
“Pada zaman sahabat sebelum Islam dulu... berapa ramai perangai mereka yang lebih dahsyat dari itu, tapi bila sedar dan insaf, mereka masuk Islam, pada masa itu mereka boleh menjadi seorang pejuang yang baik,” jelasnya.
Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri diserang pesaingnya dari BN dengan isu peribadi kononnya sebagai seorang kaki botol tegar sejurus diumum sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Susulan itu, secara professional Zaid tidak menafikan perkara itu berkata “saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri macam saya dulu tetapi tidak menjadi isu pada waktu itu.
“Apa yang berlaku adalah sejarah lampau sudah lama ditinggal berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat tinggal tabiat buruk itu” kata Zaid.
Mengulas lanjut Mohd Amar mendakwa sebab utama BN cuba memainkan isu peribadi untuk menyerang Zaid adalah kerana takut untuk berhadapan dengan calon pakatan itu.
Tambah Mohd Amar, Umno-BN memang dengan sedaya upayanya cuba untuk menghalang Zaid daripada berjaya dibawa masuk ke parlimen kerana bimbang ia akan menambah kuatkan lagi barisan pembangkang.
“Zaid bukan asing bagi BN, lebih-lebih lagi kepada Umno itu sendiri, mereka tahu keupayaan dan keberanian Zaid yang bukan jenis ‘yes man’ dalam konsep perjuangannya.
“Lalu kerana ketakutan dan kebimbangan itulah, maka BN seolah-olah terpaksa memilih pendekatan menyerang Zaid dengan isu peribadi,” antaranya sebagai kaki botol.
“Bagaimanapun, walau sebanyak mana dakyah dilontar oleh BN semata-mata untuk menjatuhkan Zaid, saya kira rakyat lebih arif untuk membuat segala penilaian.
“Rakyat sekarang cerdik-cedik belaka, mereka tahu apa itu topeng dan di mana nilai sebenar sesuatu pakaian,” ujarnya sambil menyifatkan Zaid adalah calon yang berkemampuan untuk meneraju perubahan rakyat di Hulu Selangor.
No comments:
Post a Comment