"Assalmualaikum, Ustaz ustaz yang masih bersama UMNO, yang masih percaya bahawa UMNO ialah pembela bangsa dan agama, apa yang kamu buat apabila ada pemimpin UMNO begitu angkuh mengaibkan Zaid?
Apa kamu buat apabila ada tuduhan mengatakan pemimpin UMNO paling ramai minum arak?Apa tindakan kamu dengan semua maksiat dan kemungkaran yang berlaku dalam UMNO?
Dr.Mashitah, Jamil Khir yang sekarang ini sedang menerajui lujnah agama UMNO nampak semacam kaku dan kelu dengan segala kezaliman yang dilakukan UMNO.Jadi ustaz ustaz yang di bawah, kenapa masih tunggu lagi dengan UMNO.Sampai bila kamu mahu bersubahat dengan kerja jahat UMNO ini?
Ingatlah wahai ustaz ustaz UMNO, Dr Mashitah pernah mengajar ilmu sesat mengenai hudud dan Jamil Khir pula sedang mempermainkan perundangan Islam yang syumul.Dakwaan qazaf DSAI dihalang daripada dibicarakan sedangkan prinsip perundangan ISLAM menetapkan sebarang aduan samaada benar atau palsu mesti dibicarakan.Jamil Khir bertanggungjawab dalam hal ini dan ianya memalukan kita umat ISLAM(tapi mungkin bukan orang UMNO) kerana mahkamah sivil yang diterajui oleh peguam negara menerima aduan Saiful sekalipun tanpa disokong oleh bukti bukti kukuh.Nampak benar dalam kes ini, prinsip ISLAM digunakan oleh undang undang sivil sedangkan undang undang ISLAM versi 1Malaysia tidak pula mahu mengikutnya.
Itulah Jamil Khir yang satu ketika dulu sibuk berceramah mengajak umat ISLAM menjadi hamba yang soleh, berakhlak mulia dan sentiasa mengikuti perintah ALLAH dan RASULnya.Tetapi apakah Jamil Khir sedang mengikuti perintah ALLAH dan RASULnya?
Wahai ustaz ustaz UMNO sekelian, jangan kamu butakan mata, pekakkan telinga dan ingatlah apa yang dikatakan oleh ZUL NORDIN bahawa "we answer to ALLAH not to Anwar Ibrahim.Kamu hanya perlu ubah sedikit kata kata ZUL NORDIN tu kepada "we answer to ALLAH not to UMNO atau we answer to ALLAH not to Najib".
No comments:
Post a Comment