Wednesday, April 21, 2010

KOLEKSI GAMBAR SULTAN YANG BERIMAN

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu
peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan
solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para
Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun,
belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat
dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat .......... sehingga tidak
terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku
di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris
yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh
sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat
rapat dengan rakyat Baginda.

Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit
elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan
untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan
untuk beliau makan sorang2.. tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan
baginda sendiri..

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail
Petra (tengah) berkenan menyembelih lembu korban sempena Hari Raya
Aidiladha di perkarangan Komplek Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di
sini, hari ini. Sebanyak 50 ekor lembu di korbankan dan daging diagihkan
kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatin yang tinggal di kawasan
berdekatan.

Berita ni agak lama..namun bila baru lepas bersembang dengan orang2
kampung..cerita ni masih segar dalam ingatan diaorang..kebanggaan
rakyat setempat.. mudah-mudahan Tengku Faris akan menjadi seorang
yang bertaqwa dan menjadi pejuang dan pendokong agama Islam di negeri
kelantan yang bertuah dan di Malaysia amnya.. Kami semua bangga dengan
Tengku dan kami akan menyokong Tengku...Tengku lah harapan kami
memartabatkan kembali imej raja2 melayu yang lama telah lesu...dengan
izin Allahuakbar!!!

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai
Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di
bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli
adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga
yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama
mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah
kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.












No comments: