Hulu Selangor: Sidang Media - Jangan Jadi Mangsa UMNO/BN
11:00 pagi, Pusat Media Pilihanraya Kecil P-094,
Dato' Zaid Ibrahim dalam 1 jawapan balasnya kepada wartawan media menyatakan kesediaannya untuk berhadapan dengan bukan sahaja rakan-rakan dalam UMNO/BN sekiranya dipilih oleh majoriti pengundi Hulu Selangor, malah - beliau juga sangat-sangat bersedia untuk berhadapan dengan 3 "taiko" UMNO/BN iaitu gabungan Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan juga Tun Dr. Mahathir bila-bila masa sahaja untuk memperjuangkan masalah rakyat bukan sahaja di Hulu Selangor, malahan seluruh Negara Malaysia.
Trio-trio ini biasaItu mesej Dato' Zaid Ibrahim, calon yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil P-094, Hulu Selangor.saya hadapi ketika berada didalam UMNO dahulu dan atas kapasiti saya yang kini berada didalam Pakatan Rakyat sekarang, pasti ini akan lebih menyukarkan Trio UMNO/BN. ketika berada dalam UMNO/BN dahulu, adakalanya saya terikat dengan Perlembagaan Parti yang tidak menyebelahi rakyat, tetapi sekarang tidak lagi.
Suara rakyat akan menjadi lebih kuat lagi atas kapasiti saya sekarang. UMNO/BN akan terpaksa berhadapan dengan saya (Dato' Zaid Ibrahim) yang 1 masa dahulu bersama mereka. saya tahu banyak perkara tentang mereka jadi agak mudah untuk saya berhadapan dan agak sukar bagi mereka untuk menghadapi saya.
Mereka pasti akan menghadapi kesukaran sekiranya mereka menganiaya rakyat kerana saya akan bersama dengan rakyat menentang mereka demi hak rakyat yang dinafikan..!
Mesej yang baik dan sesuatu yang perlu difikirkan dengan waras oleh para pengundi yang bakal mengundi pada 25hb. April, 2010 ini.
Aku tak yakin P.Kamalanathan (Mr. Kamal/Mr. Alan/Mr. Nathan/Haji Kamal or what ever lah bla bla bla...) bersedia untuk melawan arus demi kepentingan rakyat sebab kita dah lihat sejak dari lama dulu, tak ada seorang pun pimpinan UMNO/BN yang berani berhadapan dengan "Master Ji" UMNO/BN dalam hal rakyat.
Slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanya sekadar slogan. tak payah susah-susah nak fikir la... masa Parlimen usulkan kenaikan harga minyak yang kita tau ianya akan membebankan rakyat dulu, berapa orang Ahli Parlimen UMNO/BN yang menolak dalam perbahasan..?
No comments:
Post a Comment