Wednesday, March 31, 2010

APCO: Letter of Appointment & Acceptance




















PENJELASAN DS NIZAR TENTANG SIDANG DUN PERAK KECOH HARI INI


IPOH, 31 Mac - Kekecohan yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak.

Semuanya kerana berpunca dari sikap Speaker DUN, R.Ganesan yang dipercayai bersikap biadap, bodoh sombong dan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat beliau adalah "Speaker Haram".

Menurut MB Perak yang Sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (foto) kejadian berlaku seawal jam 10.00 pagi iaitu ketika beliau membuat usul Perintah Tetap 2,3 dan 4. Namun, speaker haram Ganesan tidak memberi perhatian terhadap usul yang dibawanya.

"Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi speaker. akibat tidak menghormati namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 hingga 10.49 habis, ini tidak pernah berlaku. Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah tuanku dan dibantah oleh speaker sivakumar. Saya dengan Dato Ngeh bantah dan tidak ada jawapan", Jelas Datuk Seri Nizar.

"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut "Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. malangnya selepas keluar namun tidak dapat disahkan bahawa zambry ada usulkan ada titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat", katanya.

Apa yang berlaku di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ini sesungguhnya menampakkan kepada kita betapa kalut dan takutnya BN bila melihat kelibat ADUN Pakatan Rakyat sebenarnya.

Tindakan Speaker yang ternyata gagal mengikut ketetapan dewan sememangnya amat memalukan, bahkan ini membuktikan bahawa Ganesan sememangnya tidak layak untuk menjadi Speaker DUN Perak yang sah.

Justeru itu, beliau terpaksa melaksanakan tugasan hanya bersandarkan kepada mandat dan kehendak pemimpin UMNO BN tanpa mengetahui bahawa dirinya memang bodoh dalam urusan tersebut. Semoga rakyat Perak menyedari apa yang berlaku ini dan membuat tindakan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. " - intanhijau-

Mengapa Najib umum MEB di luar Parlimen?

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di luar Parlimen seolah-olah tidak mencerminkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Pengumuman Najib itu bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan kerana pengumuman tersebut dibuat di luar Dewan Rakyat," jelasnya.

Senada dengan Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib itu seperti menghina kemuliaan Dewan Rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, Najib sanggup pergi mengumumkan MEB di luar Parlimen, sedangkan beliau berpeluang membentangkan di Dewan Rakyat sekarang.

Dalam pada itu, Majlis Pakatan Rakyat petang tadi menyifatkan MEB menyadur semangat Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib dilihat memuatkan prinsip-prinsip utama AEM dalam ucapannya, semalam.

"Seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM (apabila) Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, peralihan bantuan berasaskan keperluan tanpa mengira kaum," jelas beliau di Parlimen.

Jelas Anwar, kesemua prinsip tersebut telahpun diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi, dan kemudiannya menjadi manifesto bersama-sama PKR, DAP dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang lalu.

Pun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I turut dilihat gagal menjelaskan mekanisme lanjutan untuk mencapai kelapan-lapan inti utama MEB.

Bagi Pakatan Rakyat, katanya kerajaan seharusnya menyentuh kaedah-kaedah kerajaan menangani isu rasuah, ketirisan, pembaziran, ketidakbebasan mahkamah, polis dan PDRM tidak profesional sebelum memperkenalkan MEB.

Dengan tidak menyentuh beberapa mekanisme tersebut, menurut beliau, mengakibatkan ekonomi negara terus dilihat tidak menentu oleh para pelabur luar.

Akibatnya, menurut Anwar, dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan akan disalahgunakan oleh kroni-kroni tertentu melalui aktiviti pengkorporatan badan tersebut kelak.

"Pengkorporatan akan dilakukan di mana (dana) KWSP akan dipinda pada satu badan tertentu sedangkan tanpa reformasi menyeluruh, bahaya pada (aktiviti) penswastaan," jelasnya.

Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa PKR direstui untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai Anwar, Lim dan Abdul Hadi di Pejabat Ketua Pembangkang adalah Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan beberapa pemimpin tertinggi komponen PR. -Hrkh-





Pemangku Raja Saman Setiausaha Sulit Palsu

Tengku Muhammad Faris dalam saman itu antara lain memohon deklarasi bahawa pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja oleh Wan Hashim adalah tidak sah dan terbatal, dan deklarasi bahawa pengumuman oleh Wan Hashim dan Tengku Abdul Aziz mengenai penamatan baginda sebagai Pemangku Raja pada 24 Mac lepas adalah tidak sah dan terbatal..

Krisis Istana Kelantan:Tengku Muhammad Faris Saman Tengku Abd Aziz

Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra memfailkan saman bagi memohon perintah mahkamah bahawa pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah 25 Mac lepas sebagai Pemangku Raja Kelantan adalah tidak tidak sah dan terbatal.

Tengku Muhammad Faris (gambar) memfailkan saman pemula itu pada 11 pagi semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas di sini, melalui peguam yang mewakili baginda, Zainur Zakaria.

Dalam saman itu baginda menamakan diri baginda sebagai plaintif pertama, Kerajaan Negeri Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai plaintif kedua dan ketiga manakala adinda baginda Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang mendakwa dirinya sebagai setiausaha sulit Sultan Kelantan, dan Tengku Abdul Aziz sebagai defendan.

Turut disertakan dengan saman itu ialah afidavit sokongan yang diikrarkan Tengku Muhammad Faris pada 27 Mac lepas dan juga perakuan segera oleh Zainur.

Zainur dalam perakuan itu memohon mahkamah supaya menyegerakan perbicaraan kes itu atas alasan pergolakan yang berlaku di Kelantan akibat tindak tanduk oleh Wan Hashim yang menamatkan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja telah menimbulkan kekeliruan, ketidaktentuan dan kegelisahan kepada negeri dan rakyat Kelantan.

Katanya sekiranya kes itu tidak disegerakan pendengarannya, pihak plaintif khuatir bahawa kemudaratan yang lebih serius akan dilakukan oleh Wan Hashim.

Mahkamah menetapkan 5 April ini untuk sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Aziah Ali.

Tengku Muhammad Faris dalam saman itu antara lain memohon deklarasi bahawa pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja oleh Wan Hashim adalah tidak sah dan terbatal, dan deklarasi bahawa pengumuman oleh Wan Hashim dan Tengku Abdul Aziz mengenai penamatan baginda sebagai Pemangku Raja pada 24 Mac lepas adalah tidak sah dan terbatal.

Baginda juga memohon deklarasi bahawa Wan Hashim tidak mempunyai sebarang kuasa atau otoriti dengan apa cara bentuk untuk mewakili atau bertindak bagi pihak Sultan Kelantan dalam urusan dan pelaksanaan tugas Sultan Kelantan dalam hal ehwal negeri itu.

Putera Raja Kelantan itu juga memohon perintah injunksi bagi menghalang Tengku Abdul Aziz daripada menrepresentasi atau mendakwa dirinya sebagai “Pemangku Raja” dan daripada mengganggu atau mencampuri tugas dan kuasa Pemangku Raja (Tengku Muhammad Faris) berkaitan urusan dan hal ehwal kerajaan negeri sehingga perintah mahkamah selanjutnya.

Baginda juga memohon perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan melalui wakil-wakil atau ejen-ejen mereka dalam bentuk apa cara sekali pun dari menrepresentasikan diri mereka mempunyai kuasa bagi mewakili atau bertindak bagi pihak Sultan Kelantan dalam hal ehwal kerajaan negeri sehingga perintah mahkamah selanjutnya.

Tengku Muhammad Faris memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan-defendan daripada mencampuri atau mengganggu pelaksanaan fungsi dan tugas kerajaan negeri Kelantan dan setiausaha kerajaan negeri dalam pentadbiran negeri, sehingga keputusan mahkamah.

Baginda juga memohon kos dan lain-lain relif oleh mahkamah.

Antara alasan yang dikemukakan oleh Tengku Muhammad Faris dalam saman itu ialah baginda adalah Pemangku Raja Negeri Kelantan setelah dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan melalui pemasyhuran bertarikh 24 Mei 2009 kerana Sultan Kelantan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.

Baginda berkata selaku Pemangku Raja, menurut undang-undang baginda mempunyai kuasa untuk menjalankan segala urusan berkenaan dan berkaitan hal ehwal negeri itu sehingga Sultan Kelantan disahkan oleh Majlis Perajaan telah sembuh dan boleh menyambung semula tugas sebagai Sultan.

Baginda berkata Sultan Kelantan masih gering dan tiada sebarang perisytiharan oleh Majlis Perajaan bahawa Sultan telah sembuh dan boleh menyambung semula tugasnya.

Pemangku Raja itu berkata tindakan defendan dengan mempresentasikan diri mereka mempunyai kuasa untuk mewakili Sultan Kelantan dalam urusan hal ehwal negeri telah melanggar dan mencabul kuasa baginda sebagai Pemangku Raja, selain menggugat dan menjejaskan pelaksanaan tugas baginda sebagai Pemangku Raja.

Tengku Muhammad Faris berkata Tengku Abdul Aziz secara salah dan tidak sah mengisyhtiharkan, mengatakan atau mendakwa dirinya sebagai Pemangku Raja.

Baginda berkata tindak-tanduk Wan Hashim bukannya sahaja salah di sisi undang-undang malah ianya telah menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Tengku Muhammad Faris berkata sekiranya defendan-defendan tidak dihalang daripaa terus melakukan tindak tanduk yang bertentangan dengan undang-undang, ianyaakan mempunyai impak yang serius kepada pentadbiran dan rakyat Kelantan. — Bernama

Tuesday, March 30, 2010

Nizar : BN beri layanan buruk kepada kami


DS Nizar (tengah) dan Adun PR sewaktu sidang
akhbar — gambar oleh Choo Choy May
Ipoh, 30 Mac - Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Perak hari ini mendakwa Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menganiaya mereka semasa persidangan dewan negeri hari ini walaupun mereka tidak menimbulkan keributan.

Pakatan Rakyat, yang dipimpin oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mengaku mereka diberikan kurang penghormatan daripada apa yang diberikan kepada Adun BN.

Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa pemeriksaan keselamatan yang ketat bukan sahaja tidak perlu tetapi juga menanamkan rasa takut pada mereka.

Bahkan Nizar menyebutnya sebagai "majlis persidangan polis", mendakwa bahawa anggota polis di dalam dewan melebihi jumlah penggubal undang-undang.

"Kami ditahan di gerbang ketika kami berjalan masuk - ini menunjukkan kita tidak bebas.Lebih mendukacitakan adalah ketika kita cuba untuk masuk ke Dewan, kami disekat oleh polis dan petugas lain yang menghalang kita daripada masuk Pintu 'E'.

"Kami dimaklumkan bahawa pintu itu untuk BN, meskipun kami menerima surat daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai Speaker dua hari lepas mengatakan bahawa wakil-wakil BN masuk melalui lift '6 ' pada 10.00 pagi dan kita masuk dengan menggunakan lif '3' pada 10:15 pagi," Nizar berkata dalam sidang akhbar di Wisma DAP Perak selepas duduk persidangan petang ini.

Nizar menegaskan bahawa wakil rakyat PR tidak membuat gangguan apapun dan menghormati kehendak rakyat, tapi langkah-langkah yang ketat BN yang telah menyebabkan mereka menyuarakan kemarahan mereka.

Persidangan hari ini, yang pertama sejak PR berjanji akan bekerja sama dengan kerajaan BN, telah berlangsung lancar tapi agak dirosakkan ketika timbul keributan dalam dewan sebelum Raja Muda Perak menyampaikan titah ucapan diRaja.

"Menjelang detik 9.00 pagi, kami sudah berada di perkarangan menunggu perasmian. Ini menunjukkan bahawa kita dalam PR bersedia untuk bekerja sama.

Ia berjalan lancar, kami duduk di tempat kami masing-masing ... Ini menunjukkan kami ingin bersama.

"Alasan mengapa ada keributan , adalah kerana ada pintu yang hanya harus digunakan oleh wakil-wakil BN ... ini tidak adil, mengapa kita diperintahkan menggunakan pintu lain?" tanya Nizar.

Ahli Parlimen Pasir Panjang itu juga menyatakan dukacitanya bahawa persidangan dewan hanya berlangsung selama dua hari, dengan hanya satu hari yang diberikan untuk debat dan sesi soaljawab.

"Apa yang dapat kita bahaskan dalam satu hari? Itu sebabnya kami meminta untuk selama lima hari dan anda tahu apa (BN-dilantik Speaker Datuk) R. Ganesan lakukan ketika kita berkata kepadanya? tanya Nizar. Dia ketawa, " kata Nizar.

Para Penggubal Undang-undang Pakatan Rakyat itu juga tidak gembira terhadap dua isu lain - bahawa pihak media dilarang memasuki dewan dan bahawa dewan itu penuh sesak dengan polis.

Speaker yang digulingkan,V. Sivakumar mengatakan bahawa media telah dinafikan hak mereka untuk kebebasan bercakap apabila mereka diperintahkan untuk menonton persidangan daripada satu blik ditingkat satu atas dewan.

Sewaktu sessi berhujah di dewan, wakil media tidak boleh mendengar perdebatan sengit kerana pembesar suara dimatikan.

"Ini bukan demokrasi.Siapapun yang menyokong siapa, semua media harus berada di sana untuk membuat liputan," katanya.

Pengherusi DAP Perak Datuk ngeh Koo Ham menyatakan rasa takut kepada kehadiran polis yang ramai di dewan, mengatakan "bahawa wakil rakyat PR boleh ditembak jika mereka pergi terlalu jauh dalam perdebatan-perdebatan".

"Hari ini, kita melihat ramai orang yang kita tidak kenal,lagak seperti penyangak, berbaris di dalam dan luar. Saya bimbang bahawa besok jika ada perbahasan dan mereka tidak menyukai apa yang kita katakan, mereka boleh mengambil senjata mereka dan menembak kami mati.

"Ada ratusan polis di sana ... ini berkemungkinan besar kerana ada orang-orang yang iri kita, "tegasnya.

Wakil rakyat PR telah memilih untuk tetap diam dalam rancangan mereka besok tetapi adalah dipercayai bahawa mereka mempunyai satu "strategi" untuk menghadapi sesi tersebut.

DUN Perak kembali kecoh

Dewan undangan negeri Perak sekali lagi dicemari apabila ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bertikam lidah.

Wakil rakyat Pakatan Rakyat terus mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, sebaik sahaja selesainya bacaan doa.
Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kemudiannya membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan dengan mengangkat tangan. Semua adun BN berbuat demikian.

Zambry kemudiannya mula menjawab soalan lisan pada jam10.15 pagi tetapi beliau terus diganggu oleh adun Pakatan.

Mereka cuba mencelah dangan memegang buku peraturan dewan tetapi mikrofon mereka telah dipadamkan.

Pada sidang hari ini, semua adun Pakatan Rakyat berpakaian serba hitam sebagai tanda bantahan mereka bahawa demokrasi telah mati di negeri itu.

Berikut laporan langsung perkembangan sidang itu.

11.00 pagi: Tujuh pengawal Ganesan yang berpakaian seragam biru muda, menghampiri Tai yang berdekatan dengan Zambry sambil memerhatikannya. Bentara kemudiannya menghalang mereka daripada menyentuh Tai. Ngeh Khoo Ham (DAP - Setiawan) meluru ke arah Tai dan menjerit kepada pengawal keselamatan supaya beredar kerana menurut peraturan Dewan, mereka tidak dibenarkan memasuki Dewan. Tai dan Neh kemudiannya melengkapakan jumlah semua adun Pakatan yang meninggalkan dewan.

10.58 pagi: Nizar kemudiannya bertindak keluar dewan. Bagaimanapun adun Pakatan mengambil masa sebelum meninggalkan dewan.

10.55 pagi: Pihak kerajaan menyambung pembentangan rang undang-undang. Kebanyakan wakil pakatan tidak lagi berada di tempat duduk mereka lagi.

10.50 pagi:
Ganesan mengumumkan sesi soal jawab tamat. Pembangkang membantahnya sambil menunjukkan kepada jam di dinding yang menunjukkan masa 10.49 pagi, menandakan sesi tersebut lebih pendek berbanding tempoh sejam yang diperuntukkan.

10.42 pagi: Yee Seu Kai (DAP-Pokok Assam) diberikan peluang untuk bertanya soalan. Yee cuba membenarkan Nga untuk membangkitkan soal peraturan dewan. Ganesan berpindah kepada soalan berikutnya.

10.40 pagi:
Wakil pakatan membaling kad kecil bertulis "Dunia sedang melihat", "pencuri" dan "penyamun".

Nizar pergi kepada meja setiausaha kerajaan dan menjatuhkan salah satu poster tersebut di situ. Tiada sesiapa menghalangnya.

10.30 pagi:
Ganesan memanggil Tai Sng Ng (PKR-Kuala Sepetang) untuk bertanyakan soalan ketika.

Tai bangun dan berkata, beliau mahu memberikan laluan kepada Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) untuk membangkitkan peraturan dewan.

Ganesan mengabaikan permintaan itu. Berlaku kekecohan.

Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) bertempik dengan marah: “Ini peraturan dewan... speaker jenis apa ini?”

Ganesan melangkau soalan tersebut. Tempikan daripada kawasan Pakatan senyap seketika.-M'kini.

Anwar kemuka dokumen kaitkan Apco-Israel-1M'sia

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

"Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya

Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa.

Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan.

Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.

"Penafian yang dibuat oleh Apco itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran perdana menteri sekarang.

"Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?

"Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya.

Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu

"Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco

"Jadi kontrak-kontrak yang melantik Apco tidak semestinya di antara Apco dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu Apco tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari Apco.

"Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

"Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata, wakil Rembau ingin mengalih tumpuan terhadap penglibatannya dan Omar Mustapha dalam Ethos Consulting.

"Isunya sekarang adalah wakil Rembau ingin lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha dan Ethos (Consulting) dan tugas yang diberikan kepada Apco yang menjejaskan sekuriti negara kerana peranan perisikan," katanya lagi.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai penjelasan Khairy selepas beliau berucap di Dewan Rakyat mengenai kontrak Apco.

Anwar menjelaskan, peranan Apco telah wujud lebih lama sebelum itu melalui syarikat yang dikenali sebagai Mind Teams Sdn Bhd.

"Mind Teams ini adalah syarikat yang ditubuh sebelum Apco. Jadi Apco cuba lari daripada kenyataan seolah-oleh dia hanya berfungsi apabila Apco ditubuhkan.

"Saya ada maklumat bahawa sebelum Apco ditubuhkan, orang sama, pejabat sama, seorangnya CEO Apco Worldwide, seorang lagi Apco Kuala Lumpur. Jadi maknanya mereka terlibat lebih awal di Kuala Lumpur," katanya.

Jangan Terkejut! Dalam Rokok Ada Campuran Darah Babi

http://www.kimag.es/share/83372513.jpg

http://resources3.news.com.au/images/2010/03/30/1225847/667191-cigarettes.jpg



Berita sadis bagi penghisap rokok tegar sedunia. Filter rokok anda mungkin mempunyai zat babi didalamnya. Menurut Professor Universiti Kesihatan Awam Sydney,Simon Chapman - didalam kajian di Holland terdapat 185 kegunaan babi didalam industri. Salah satunya didalam industri tembakau. Hemoglobin babi dalam bentuk protein digunakan didalam filter rokok. Hemoglobin babi ini efektif dalam menyerap bahan toksik yang terdapat didalam asap rokok!

Setakat inihanya rokok yang dijual di Greece yang confirm menggunakan filter babi kerana menurut legislation tempatan semua kandungan rokok WAJIB diberitahu kepada orang awam. Di negara-negara lain isi kandungan pembuatan filter tidak wajib diberitahu. Maka ada kemungkinan hemoglobin babi digunakan dalam rokok yang dijual di Malaysia!

TG Nik Aziz dahului terima darjah kebesaran

KOTA BHARU, 30 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendahului senarai darjah kebesaran negeri pada pengurniaan kehormatan negeri Kelantan hari ini.

Menteri Besar dianugerah gelaran Dato’ Bentara Setia oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini pagi ini.

Turut menerima anugerah tersebut Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria menerima Dato’ Lela Negara.

Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dianugerahkan Dato’ Sri Setia Raja.

Sementara anugerah Darjah-Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor diikuti Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) ialah Datuk Tengku Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra, diikuti Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.).

Anugerah gelaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai penerima ialah peguambela, Datuk Sukri Mohamed, diikuti Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad.

Manakala penerima Anugerah Geralaran Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai ialah Ketua Polis Kelantan, SAC I Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Penerima Anugerah Kebesaran bagi gelaran Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.) ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Selain itu, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, bekas pegawai Yayasan Islam Kelantan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dan bekas Adun Banggol Judah, Yahya Othman.

Mudir Pondok Pasir Tumboh, Tuan Guru Hashim Abu Bakar menerima gelaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Penerima gelaran Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) seramai 34 orang termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam, Ahmad Mahmood dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Ismail Samah.

Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Ghazali Abdul Rahman.

Manakala seramai 10 orang menerima pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) termasuk Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kub.

Keseluruhan penganugerahan tersebut membabitkan penerima seramai 84 orang.

Sementara itu seramai 555 lagi akan menerima penganugerahan pada Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujiandian pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tiga anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar pula disenarai penerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Mulia Amat Mulia (J.M.K).

Senarai penerima tersebut diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri pada sidang media di Istana Balai Besar semalam.

“Istiadat penganugerahan kali ini bukan merupakan acara perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan.

“Ia adalah semata-mata merupakan anugerah daripada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah diampuni perkenan oleh baginda sendiri,” katanya.-Hrkh

Sunday, March 28, 2010

Perkasa Perkakas Umno


- 2 RUANG IKLAN MASIH KOSONG -

Umno sememangnya teruk. Peranannya untuk Melayu dikontrakkan kepada Perkasa melalui tender terbuka bekas PM. Mahathir kata kepercayaan Melayu kepada Umno semakin terhakis. Nampakya Perkasa mendapat sambutan daripada Melayu layu Umno karat.

Perkasa kata mereka memperjuangkan Melayu. Jelasnya Perkasa adalah biras Umno yang mengambil nama Melayu, isu-isu Melayu menghentam bukan Melayu Umno. Perjuangannya adalah tipu helah yang boleh ditelan Umno karat. Berapa agaknya dana diperolehi Perkasa daripada Umno sehingga 13 laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.



Orang Melayu Umno nampaknya begitu taksub dengan Perkasa yang menjadi perkakas Umno. Perkasa perkakas Umno awal-awal membuat silap menjadi pendokong Umno bukan Melayu seluruhnya.

Sultan tak mahu datang, CEO GLC juga tak mahu datang, jadi datanglah Mahathir yang tiada kerja menurut perintah muridnya dan bersanding bersama Hasmah di pentas dan dikurniakan ‘Bintang Perkasa Peribumi Negara’ pertama oleh Al-Sultan Ibrahim Ali bergelaran Al-Kataki di singgahsana Perkasa.

Orang Melayu bukan Umno tak ambil kisah tentang Perkasa. Menjeling pun tidak kerana mereka tahu peranannya. Setakat mencium keris, berbaju Melayu bertanjak bersongkok tak menjadikan Perkasa pendukung Melayu, mungkin nak masuk bangsawan atau nak beraya sebelum puasa.

Presiden Perkasa berkata iktikadkan diri dengan Utusan Malaysia(UM), jangan anda sesekali beriktikadkan dengan yang lain, menyalahi syariat Perkasa perkakas Umno. Memang Ibrahim gilakan Umno. Kita semua tahu peranan akhbar ini. Jadi kita Melayu bukan Umno katakan UM-No kerana bersamaan dengan UMNO.

Jadi apa yang dikisahkan oleh Ibrahim Ali dan Perkasa, jangan dikisahkan sangat oleh kita. Kalau hanyut nanti (dah sememangnya hanyut pun) kita tenggelamkannya ramai-ramai. Najib tolonglah terima kembali si Perkakas Sarkas ini. Kasihan dia, dah banyak pengorbanan dia kerana ingin mencium buntutmu itu sehinggakan kabelnya Mahathir juga.
Keputeraan Sultan Kelantan



"Pada 30-31 Mac nanti akan berlangsung sambutan keputeraan Al-Sultan Kelantan bagi tahun ke-60. Sebelum ini, 25 Mac (Khamis) malam Jumaat telah diadakan solat hajat dan doa selamat untuk Al-Sultan Kelantan dan hari Haul al-Marhum Sultan Yahya Petra (nenda Pemangku Raja Kelantan sekarang, Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra) diadakan di Masjid Muhammadi.

Majlis solat hajat itu dimulakan dengan solat maghrib, diikuti solat hajat, tahlil, doa selamat dan solat isyak telah dihadiri sama Pemangku Raja dan Tengku Bendahara.

Tengku Temenggong tidak diumumkan hadir. Turut hadir ialah Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Suasananya amat tenang, harmonai dan terasa keberkatannya.

Pada malam majlis solat hajat itulah, Setiausaha Sulit (tidak Sah) kepada Sultan, Datuk Wan Hshim telah ditahan polis ekoran daripada laporan polis (antaranya dibuat oleh Datuk Abdul Halim, Pengelola Istana dan Haji Shafii Ismail, Penolong Setiausaha kerajaan Negeri atas dakwaan membuat kenyataan palsu berhubung dengan pemecatan Pemangku Raja dan perlantikan abang Tengku Razaleigh, Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah sebagai Pemangku Raja menggantikan Tengku Muhammad Fariz yang merupakan tengku Mahkota Kelantan.

Logiknya polis bertindak demikian, kerana kesan sidang media Wan Hashim itu, telah wujud keresahan, rasa malu dan tercabar maruah rakyat negeri Kelantan atas gambaran pemecatan Pemangku Raja. Di samping muncul pula, syak wasangka yang tidak ketahuan atas keadaan kesihatan Al-Sultan yang didakwa telah bertitah memecat Pemangku Raja.

Jika benar berlaku titah itu bermakna Al-Sultan telah sihat, dan sewajarnya Tuanku Al-Sultan boleh kembali bertakhta semula tanpa melantik Pemangku Raja lagi. Inikan pelik, Pemangku Raja dipecat Pemangku Raja lain pula dilantik. Maka, pihak rakyat jelata menghitungnya dan terjumpa jawapannya ialah Tuanku Al-Sultan sebenar tidak bertitah sebaliknya masih belum boleh bertitah.

Atas logik itulah, polis bijak mempertimbangkan bahawa Wan Hashim perlu dikurung dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana mempalitkan institusi istana, majlis perajaan dan pemangku raja.

Jika di parlimen heboh digegarkan pembohongan Datuk Seri Mohd Zaharain yang mempalitkan Datuk Seri Anwar dengan Yang Di-Pertuan Agung dan Angkatan Tentera berkaitan agenda 16 September, maka pihak polis berjanji untuk menyiasat Datuk Seri Anwar. Justeru itu, kini telah jelas Wan Hashim telah mempalitkan nama-nama 'diraja' yang sudah tentu polis tidak boleh berdiam diri.

Kini, Wan Hashim telah ditangkap dan majlis sambutan keputeraan bakal disambut. Maka, dijangkakan pihak Pemangku Raja akan memanggil orang besar-besar Negeri dan Negara berhimpun di Istana Balai Besar pada pagi 30 Mac ini.

Harapan rakyat jelata tidak ada lagi pihak yang akan menganggu tugas Pemangku Raja menjalankan penganugerahan pingat dan darjah kebesaran Negeri Kelantan.

Semuga Tuhan Yang Esa memberkati pemerintahan Tuanku dan menganugerahi keselamatan dan kesejahteraan berpanjangan ke pangkuan Al-Sultan dan Pemangku Raja.

Keputeraan Sultan Kelantan





"Pada 30-31 Mac nanti akan berlangsung sambutan keputeraan Al-Sultan Kelantan bagi tahun ke-60. Sebelum ini, 25 Mac (Khamis) malam Jumaat telah diadakan solat hajat dan doa selamat untuk Al-Sultan Kelantan dan hari Haul al-Marhum Sultan Yahya Petra (nenda Pemangku Raja Kelantan sekarang, Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra) diadakan di Masjid Muhammadi.

Majlis solat hajat itu dimulakan dengan solat maghrib, diikuti solat hajat, tahlil, doa selamat dan solat isyak telah dihadiri sama Pemangku Raja dan Tengku Bendahara.

Tengku Temenggong tidak diumumkan hadir. Turut hadir ialah Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Suasananya amat tenang, harmonai dan terasa keberkatannya.

Pada malam majlis solat hajat itulah, Setiausaha Sulit (tidak Sah) kepada Sultan, Datuk Wan Hshim telah ditahan polis ekoran daripada laporan polis (antaranya dibuat oleh Datuk Abdul Halim, Pengelola Istana dan Haji Shafii Ismail, Penolong Setiausaha kerajaan Negeri atas dakwaan membuat kenyataan palsu berhubung dengan pemecatan Pemangku Raja dan perlantikan abang Tengku Razaleigh, Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah sebagai Pemangku Raja menggantikan Tengku Muhammad Fariz yang merupakan tengku Mahkota Kelantan.

Logiknya polis bertindak demikian, kerana kesan sidang media Wan Hashim itu, telah wujud keresahan, rasa malu dan tercabar maruah rakyat negeri Kelantan atas gambaran pemecatan Pemangku Raja. Di samping muncul pula, syak wasangka yang tidak ketahuan atas keadaan kesihatan Al-Sultan yang didakwa telah bertitah memecat Pemangku Raja.

Jika benar berlaku titah itu bermakna Al-Sultan telah sihat, dan sewajarnya Tuanku Al-Sultan boleh kembali bertakhta semula tanpa melantik Pemangku Raja lagi. Inikan pelik, Pemangku Raja dipecat Pemangku Raja lain pula dilantik. Maka, pihak rakyat jelata menghitungnya dan terjumpa jawapannya ialah Tuanku Al-Sultan sebenar tidak bertitah sebaliknya masih belum boleh bertitah.

Atas logik itulah, polis bijak mempertimbangkan bahawa Wan Hashim perlu dikurung dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana mempalitkan institusi istana, majlis perajaan dan pemangku raja.

Jika di parlimen heboh digegarkan pembohongan Datuk Seri Mohd Zaharain yang mempalitkan Datuk Seri Anwar dengan Yang Di-Pertuan Agung dan Angkatan Tentera berkaitan agenda 16 September, maka pihak polis berjanji untuk menyiasat Datuk Seri Anwar. Justeru itu, kini telah jelas Wan Hashim telah mempalitkan nama-nama 'diraja' yang sudah tentu polis tidak boleh berdiam diri.

Kini, Wan Hashim telah ditangkap dan majlis sambutan keputeraan bakal disambut. Maka, dijangkakan pihak Pemangku Raja akan memanggil orang besar-besar Negeri dan Negara berhimpun di Istana Balai Besar pada pagi 30 Mac ini.

Harapan rakyat jelata tidak ada lagi pihak yang akan menganggu tugas Pemangku Raja menjalankan penganugerahan pingat dan darjah kebesaran Negeri Kelantan.

Semuga Tuhan Yang Esa memberkati pemerintahan Tuanku dan menganugerahi keselamatan dan kesejahteraan berpanjangan ke pangkuan Al-Sultan dan Pemangku Raja.


- 2 RUANG IKLAN MASIH KOSONG -

Pencapaian 2 tahun Pakatan Rakyat

Oleh : SharpShooter

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh

Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional.

Selangor


Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang

Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta (belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97 ribu per sekolah, RM60 ribu kepada setiap sekolah Cina dan RM63 ribu kepada setiap sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.

Kedah

Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan.
Sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan

Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri.

Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan.

Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan.

Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.-Harakahdaily

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Dr Mahathir Label Pak Lah 'Mr Corridor'


Sumber : SuaraKeadilan

KUALA LUMPUR 28 Mac - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan pentas Perkasa untuk menghentam penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa merasmikan Mesyuarat Agung sulung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah bersara daripada jawatan selama setahun namun beliau masih menjadi sasaran lidah tajam Dr Mahathir yang terus mengkritik dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang tidak selari dengan pemikiran beliau.

Pada mesyuarat Perkasa tersebut Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk memperli kepimpinan Abdullah yang dianggap sebagai kerajaan yang hanya tahu memperkenalkan koridor ekonomi dan bukan pembangunan ekonomi.

Abdullah bersara pada April 2009, setahun selepas Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan yang amat memalukan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Situasi sekarang lebih baik daripada zaman pemerintahan Pak Lah.Semasa Pak Lah menjadi PM, saya langsung tidak boleh bercakap.Saya juga tidak dijemput oleh sesiapa. Dia seorang yang liberal dan demokratik tetapi orang seperti saya tidak dibenarkan bercakap. Tetapi Najib beri saya peluang bercakap maka dia seorang yang baik. Najib mempunyai idea untuk negara.

Harapan saya untuk Datuk Seri Najib adalah lebih lagi berbanding penyandang,Mr Corridor Terlalu banyak koridor tetapi apa yang kamu boleh jumpa dari semua koridor tersebut? Media seharus membuat laporan terhadap semua koridor tersebut sepanjang 5 tahun itu dan apa yang sudah dibuat,kata bekas Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan itu.

Dalam majlis yang menyaksikan adegan mencium keris oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beliau juga menyalahkan penggantinya itu sebagai penyebab utama situasi ketegangan kaum sekarang dan kononnya Malaysia lebih bersatu semasa 23 tahun di bawah pentadbirannya.

Krisis istana: TG Nik Aziz minta rakyat Kelantan bertenang

MACHANG, 28 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meminta rakyat bertenang ekoran berlaku krisis membabitkan istana Kelantan sekarang.

Katanya, rakyat hendaklah bertenang dan berdoa kepada Allah Taala meminta supaya krisis yang berlaku sekarang tidak berpanjangan.

“Saya bimbang berulang kembali peristiwa lama iaitu pelantikan raja seperti di Ketereh suatu ketika dahulu, itu memalukan,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan kilang GMP Nutraseutikal di Labok, hari ini.

Kilang itu milik Kilang Biotech Corporation Sdn Bhd anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Abdul Fattah Mahmood dan Wan Ubaidah Omar.

Selain itu, anggota parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman serta Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Hassan Muhamad juga hadir.

Khamis lalu, krisis membabitkan istana Kelantan memuncak apabila Tengku Muhammad Faris Petra cuba dilucut jawatannya sebagai Pemangku Raja.

Kenyataan itu dibuat bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan.

Ekoran itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias yang juga Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) mengumumkan Pemangku Raja memecat Yang Dipertua MPN, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah dan diganti dengan Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.

Peristiwa pelantikan raja di Ketereh berlaku pada 29 April 1993 apabila Tengku Ibrahim Petra disambut besar-besaran pemimpin Umno ketika pulang ke Kelantan.

Menteri Besar turut berdoa mudah-mudahan Pemangku Raja berada di dalam keadaan sihat walafiat dan Tuanku Sultan sihat kembali.

“Keduanya kita kena ingat memerintah negeri ini bukan satu tradisi tetapi terlibat sama dengan agama iaitu ada dosa dan pahala.

“Hendak memerintah negeri dengan sebarangan tidak boleh,” ujarnya.

Beliau juga berkata, krisis itu tidak sukar diselesaikan apabila semua pihak kembali kepada perlembagaan negeri memandangkan tuanku masih lagi gering sekarang.

“Saya telah melawat bersama anggota-anggota Exco dan melihat tuanku berada di atas kerusi roda, kena ada orang di kiri dan kanan baginda sebagai orang tengah.

“Jadi keadaan tuanku ini perlu memakan masa lagi, perlu kepada penjagaan doktor dan tuanku perlu serah kepada anakandanya, Tengku Muhammad Faris untuk mentadbir negeri.

“Insya Allah rakyat Kelantan akan berdoa semoga tuanku sihat walafiat dan anakanda Tengku Mahkota dapat memandu Kelantan secara fizikal dan rohani,” katanya.

Ditanya krisis itu berlaku kerana ada pihak enggan mematuhi undang-undang, beliau tidak mahu ganggu perkara tersebut.

“Saya bukan ahli undang-undang. Yang menjaga perlembagaan ada orangnya iaitu peguam,” ujarnya.

Mengenai cadangan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) supaya diadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (Dun) katanya, itu masalah teknikal.

Menurutnya, kalau boleh beliau tidak mahu isu berkenaan dihebohkan, dan apabila ada persidangan Dun tentunya ia menjadi heboh.

Kata beliau, istana merupakan institusi kesayangan orang Melayu, khasnya orang Kelantan.

“Dan apabila timbul sesuatu isu membabitkan istana, kita kena selesai dengan cara bil hikmah. Dan kalau tidak boleh, kita buat kena kembali kepada perlembagaan,” katanya.-Hrkh.

Persidangan DUN Perak : Soalan-soalan yang menakutkan BN/UMNO Perak

Umno/BN sangat bimbang dengan perdebatan dalam Undangan Negeri nanti kerana rakyat akan dapat menilai siapa yang benar dalam krisis politik di Perak.

Adun Pakatan Rakyat telah menghantar 216 soalan ke pejabat Setiasuaha Dewan Undangan Negeri dengan tangan,dua minggu sebelum tarikh persidangan iaitu pada 15hb. Mac 2010, sedangkan sidang DUN diadakan pada 30 Mac 2010.

Namun, Umno/BN menolaknya atas alasan yang sangat tidak munasabah, iaitu hanya kerana soalan-soalan tersebut tidak diemailkan.

Jelas bahawa penolakan tersebut bertujuan mengelakkan perdebatan yang akan merugikan dan mendedahkan tembelang UMNO/BN, lalu mereka memilih jalan pintas dengan menolak semua soalan tersebut atas alasan tidak diemail.

Berikut adalah antara soalan-soalan yang sangat menggerunkan dan akan menggegarkan dewan untuk dijawab oleh kerajaan UMNO BN :-

SOALAN-SOALAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA DEWAN NEGERI PERAK YANG KEDUA BELAS PERAK DARUL RIDZUAN MULAI 30 MAC 2010

sumber : YB TITI SERONG

1. Dalam sidang 7 Mei yang lalu, berlaku perlantikan Yang Dipertua yang baru Dewan Undangan Negeri Perak di mana Ganesan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan yang baru bagi mengantikan YB Sivakumar.

Di bawah peraturan manakah yang digunakan oleh ahli-ahli dewan BN melantik speaker baru sedangkan YB Sivakumar masih menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak yang sah sedangkan usul memilih Yang Dipertua Dewan yang baru telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan mengikut bidang kuasanya dalam Perintah Tetap ?

b) Di bawah peraturan manakah yang membolehkan Ganesan berada di dalam dewan, sedangkan tiada kebenaran oleh Yang Dipertua Dewan ketika itu untuk beliau berada di dalam dewan ?

c) Di bawah peraturan manakah ketika mana YB Sivakumar menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan yang sah pada persidangan 7 Mei yang lalu, tiba-tiba Timbalan Yang Dipertua Dewan mengambil alih tugas Yang Dipertua Dewan bagi menjalankan pemilihan Yang Dipertua Dewan yang baru ?

2. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009, Yang Dipertua Dewan telah menggunakan kuasanya bagi menentukan jumlah pemerhati dan pemberita yang dibenarkan berada di dalam dewan sepanjang persidangan berjalan.

a) Mengapa kuasa Yang Dipertua Dewan ketika itu dinafikan sebaliknya arahan menentukan jumlah pemerhati dan pemberita diambil alih oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri ?

b) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menguasai perjalanan sidang dewan sehingga menghalang Yang Dipetua Dewan menjalankan tugas sebagaimana peraturan dalam Perintah Tetap ?

c) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menghalang pemerhati dan pemberita yang telah diberi kebenaran khas oleh Yang Dipertua Dewan dari memasuki dewan ?

3. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009 yang lalu, DYTM Raja Muda Perak telah menyampai titah ucapan bagi merasmikan sidang dewan tersebut.
  • Adakah tidak menyalahi amalan dalam persidangan dewan di Perak, titah ucapan Tuanku tidak disertai dengan ucapan usul terima kasih dan membahaskannya serta menerima titah ucapan tersebut ?
  • Adakah ia bukan satu penghinaan terhadap titah Tuanku yang langsung tidak dibahas dan diterima ?
  • Di bawah peraturan manakah, usul pemilihan Yang Dipertua Dewan dijalankan sedangkan Perasmian Sidang Dewan 7 Mei yang lalu belum pun disempurnakan lagi ?

    SOALAN-SOALAN BERTULIS

    1.Hasil Hutan
  • Sila buat analisis perbandingan keluasan balak yang telah diluluskan dan hasilnya oleh kerajaan pada tahun 2008 dan 2009 ?
  • Apakah polisi yang diguna pakai oleh Jabatan Hutan Negeri Perak bagi menentukan kelulusan balak dan berapakah keluasan balak yang ditender sepanjang tahun 2009 ?

    2. Sekolah Agama Rakyat (SAR)
  • a)Berapakah jumlah bantuan perkapita kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat yang bukan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)?
  • b) Berapakah pula jumlah peruntukkan yang kerajaan negeri salurkan kepada setiap Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SUWA) ?

    3.Majlis Agama Islam Perak
  • a)Sila nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Majlis Agama Islam Perak dan jumlah yang dikeluarkan oleh setiap anak-anak syarikat?
  • b) Mengapakah kerajaan tidak mengguna pakai kaedah perlantikan Ahli Jawatankuasa Qaryah yang pernah dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam iaitu sama ramai jumlah Ahli Jawatankuasa Qaryah dari penyokong Pakatan Rakyat dan Penyokong BN sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mendapat perkenan Tuanku Raja Muda?

    4. Pemberian suratan hak milik dan Tanah Rezab Melayu
  • a)Sila nyatakan jumlah suratan hak milik yang telah dikeluarkan dari tahun 2000 hingga 2009 mengikut pecahan daerah dengan menyatakan sekali jumlah ekar dan kepada siapa suratan hak milik itu dikeluarkan?
  • b)Berapakah jumlah Tanah Rezab Melayu yang ditukar statusnya di seluruh Perak mengikut pecahan dari tahun 2000 hingga 2009 ?

    5. Pelaboran
  • a) Sila nyatakan jumlah pelaburan asing yang diterima oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan bilangan tahun sejak 2007 hingga 2009 serta nyatakan nama pelabur-pelabur asing itu?
  • b) Baru-baru ini, YAB MB pergi ke beberapa buah negeri antaranya ke Timur Tengah, Amerika dan London, berapakah jumlah pelaburan yang diterima hasil lawatan tersebut serta nyatakan nama syarikat-syarikat yang melabur.?
    Berdasarkan soalan-soalan dan juga jawapan-jawapan yang bakal diberikan nanti oleh Kerajaan BN sudah pasti bakal mengundang satu perdebatan yang panas dan hebat.

    Jelas UMNO/BN Perak sangat takut dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Adun-adun PR terutama soalan-soalan lisan./ end
  • Chua Soi Lek Bakal Ganti Ong Tee Keat Sebagai Menteri Kabinet.

    Kemenangan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA yang baru akan menyaksikan juga pertukaran menteri-menteri kabinet kerajaan Barisan Nasional terutama yang datang dari parti komponen MCA di dalam BN.

    Chua Soi Lek sepastinya akan mengetuai senarai dengan mengenepikan Ong Tee Kiat yang selama ini dilihat begitu terpalit dengan pelbagai macam skandal dan tidak disenangi oleh ahli-ahli MCA khususnya.

    Dr Chua memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

    Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

    Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

    Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

    Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

    Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

    Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.



    Panas.Panas.Panas Tajol Rosli Sokong Sivakumar


    Posted by MisbahulMunir

    YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

    Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

    Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

    Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

    Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

    Friday, March 26, 2010

    Hina Nabi: Pemuda PAS mahu Sweden mohon maaf






















    Krisis Istana: Tengku Abdul Halim sah dilantik Pengerusi MPN



    KOTA BARU, 26 Mac — Tengku Abdul Halim Alhaj Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang baru bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz Hamzah.
    Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha MPN Datuk Mohd Aiseri Alias di sini sebentar tadi.Perkembangan terbaru di sebalik krisis Istana Kelantan ini diumumkan ketika polis masih menahan Setiausaha Sulit Sultan Kelantan untuk siasatan di bawah Kanun Keseksaan.
    Semalam Wan Hashim, yang minggu lalu mendakwa dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, membuat pengumuman mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja manakala Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi majlis itu.Difahamkan ia hasil mesyuarat khas MPN yang diadakan tengah malam tadi.Pelantikan Tengku Abdul Halim,yang juga Tengku Laksamana Kelantan, berkuat kuasa mulai semalam.
    “Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan, dengan ini saya memaklumkan bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd HAmzah (Tengku Sri Utama Raja) dibatalkan pelantikan dan dilepaskan daripada menjadi Yang di-Pertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa pada 25 Mac 2010.
    "Saya juga ingin memaklumkan bahawa Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan dan melantik Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-haj Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana Kelantan) sebagai Yang di-Pertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan berkuat kuasa pada 25 Mac 2010,” katanya.
    Tengku Abdul Halim adalah datuk sedara kepada Pemangku Raja.
    Sehubungan itu, Exco Kerajaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan ketika memberi reaksi terhadap pelucutan dan pelantikan pengerusi berkenaan tidak bertentangan dengan perlembagaan dan ia adalah sah.
    “Pemangku Raja yang menjalankan tugas-tugas Sultan mempunyai kuasa untuk melantik atau sebaliknya.
    “Mengikut perlembagaan, Sultan mempunyai kuasa mutlak untuk melantik dan memecat, dan sekarang ini Pemangku Raja masih menjalankan tugas-tugas Sultan yang mana pelantikannya berdasarkan perlembagaan.
    “Maka dari prinsip undang-undang Pemangku Raja mempunyai kuasa mutlak," katanya.
    Oleh itu kata beliau, jelas menunjukkan tidak ada ruang pertikaian dalam tindakan tersebut.
    Menyentuh penahanan Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Wan Hashim Wan Daud oleh polis malam tadi, beliau tidak berminat untuk memberi komen.
    Namun hanya dengan ringkas beliau berkata “polis hanya menjalankan tugas dan bertanggungjawab bila ada laporan diterimanya.”
    Bagaimanapun, Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim Hanafi enggan mengulas berhubung penahanan Wan Hashim.
    “Tak boleh, saya tak boleh komen. Minta maaf,” katanya ketika ditemui di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini.

    Thursday, March 25, 2010

    Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Ditahan Polis



    Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang pagi tadi mengumumkan mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra (gambar) sebagai Pemangku Raja, malam ini ditahan polis dipercayai untuk siasatan.

    Wan Hashim yang diumumkan pelantikan sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu dilihat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini kira-kira pukul 8.40 malam.

    The Malaysian Insider difahamkan Wan Hashim diambil di rumahnya sebelum di bawa ke IPK.

    Pelantikan Wan Hashim dan kenyataan yang dibuat oleh beliau sejak seminggu dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan.

    Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra bersalaman dengan exco dan pegawai kerajaan negeri ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa hari ini.

    Dalam pada itu pihak polis didapati turut mengadakan kawalan di sekitar Masjid Muhammadi.

    Malam ini pihak kerajaan negeri telah mengadakan solat hajat di masjid berkenaan.

    Istana Pemangku Raja di Telipot juga difahamkan dikawal rapi pasukan kawalan keselamatan.

    Sementara itu seorang yang mengiringi Wan Hashim dilihat keluar dari IPK kira-kira pukul 10.30 malam, namun Setiausaha Sulit tidak kelihatan.

    Polis tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Sementara itu menurut sumber, satu mesyuarat tergempar Majlis Perajaan Negeri (MPN) diadakan di Istana Telipot malam ini.

    Kira-kira pukul 11 malam beberapa anggota MPN dilihat memasuki kawasan istana.

    Sepuluh minit sebelum itu Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad Halim pula kelihatan memasuki istana.

    Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa mesyuarat itu diadakan bagi melantik pengerusi baru MPN ekoran perkembangan pagi tadi.

    Dalam pada itu Bernama melaporkan Tengku Muhammad Faris Petra tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan “merampas kuasa” melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.

    Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

    Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, baginda dihampiri para wartawan yang ingin bertanyakan reaksi baginda mengenai pengumuman Wan Hashim bahawa Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru menggantikan baginda berkuat kuasa serta merta.

    Tengku Muhammad Faris Petra hanya sempat menjawab sambil berjalan: “Tokleh (tidak boleh),Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang,” katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.

    Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

    Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.

    Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

    Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

    “Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

    Beliau berkata Tengku Abdul Aziz, abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

    Mohd Aiseri berkata oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

    Pada sidang media yang sama, Ahmad berkata pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

    “Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan,” katanya.

    Beliau berkata perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

    Ahmad berkata sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim berhubung mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja. -MI


    Tengku Muhammad Faris tenang hadapi kemelut


    KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan "merampas kuasa" membabitkan kerabat diraja Sultan Kelantan.


    Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.


    Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, baginda dihampiri wartawan yang ingin bertanyakan reaksi mengenai pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud, bahawa Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Hamzah, telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru menggantikan baginda berkuat kuasa serta merta. Tengku Muhammad Faris Petra hanya sempat menjawab sambil berjalan: "Tokleh (tidak boleh), Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang," katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.


    Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.


    Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.


    Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.


    eliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.


    "Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.


    Beliau berkata, Tengku Abdul Aziz, abang kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.


    Mohd Aiseri berkata, oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik berikutan Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.


    Pada sidang media sama, Ahmad berkata pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.


    "Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan," katanya.


    Beliau berkata, perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan Perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.


    Ahmad berkata, sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail, telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja. - Bernama