Sunday, March 14, 2010

Rahman Yaakub mempamerkan kebodohan seperti mana pemimpin Umno lain...


Ini adalah terjemahan dari sini

Kuching, 11 Mac - Meskipun berpendapat bahawa Kelantan tidak berhak untuk mendapatkan tuntutan royalti minyak, Tun Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak (gambar) ketika Petroleum Development Act (PDA) dikuatkuasakan pada 1974, kelmarin, beliau tidak mampu berkata mengapa negeri tetangga Terengganu boleh menerima daripada kerajaan persekutuan pembayaran royalti minyak.

Kelmarin, beliau mengatakan bahawa kedudukan undang-undang yang menetapkan tuntutan royalti minyak di Sabah dan Sarawak adalah berbeza daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Beliau membezakan kedudukan Sarawak daripada Kelantan - yang kini bercadang untuk menuntut hak royalti minyak daripada kerajaan persekutuan - dengan argumen bahawa negeri Malaysia Timur boleh bergantung pada perisytiharan era penjajahan bahawa perairan persisir pantai diperluas hingga tiga batu nautika.

Tetapi beliau terdiam ketika ditanya oleh The Malaysian Insider tentang mengapa kerajaan persekutuan telah membayar royalti minyak kepada Terengganu sementara menolak untuk melakukannya untuk Kelantan.

Petronas telah membayar Terengganu 5 peratus royalti minyak pesisir pantai sejak pengeluaran bermula pada tahun 1978 tetapi berhenti setelah PAS menawan negeri itu dalam pilihanraya umum 1999.

Petronas berjanji untuk meneruskan bayaran langsung dua kali setahun dari bulan Mac 2009 setelah diubah kepada bayaran ‘wang ehsan’ yang disalurkan melalui ejen-ejen persekutuan.

Pertama kali, minyak dijumpai di Laut China Selatan dari Terengganu pada tahun 1973, setahun sebelum Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein mengarahkan Tengku Razaleigh menubuhkan Petronas dan menjadi pengerusi pertamanya.

Dia mengatakan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau percaya Kelantan tidak boleh mendakwa bahawa minyak ditemui dipersisir pantainya , tidak seperti Sarawak dan Sabah.

"Jika tidak ada kenyataan bahawa pantai merupakan sebahagian daripada perairan teritorial negeri maka anda tidak boleh mendakwa," katanya. Tapi ketika ditanya mengenai pendapat Tengku Razaleigh bahawa Kelantan layak diberi hak untuk royalti minyak kerana Terengganu sudah menerima bayaran tahunan, Abdul Rahman berkata dia tidak boleh komen mengenai hal negeri-negeri lain.

"Terserah kepada negeri-negeri tersebut untuk mengurus masalah ini dengan kerajaan persekutuan," katanya.

Abdul Rahman juga terdiam tentang peruntukan-peruntukan yang dibuat PDA bahawa tidak ada perbezaan antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di semenanjung.

Bahagian 2 daripada PDA memberikan pemilikan dan hak eksklusif untuk mengeksplorasi dan mendapatkan minyak kepada kerajaan persekutuan asalkan kerajaan negeri menandatangani "Vesting Deeds"

'Vesting Deeds' tersebut telah ditandatangani oleh beberapa Mentri Besar dan Ketua Menteri, termasuk Abdul Rahman, untuk memberikan hak eksklusif kerajaan persekutuan dan sebagai ganjaran bayaran lima peratus royalti minyak bila minyak dijumpai.

Abdul Rahman membantah , bagaimanapun, kedudukan undang-undang negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berbeza dari Sabah dan Sarawak. Abdul Rahman mengatakan bahawa Sarawak berhak keatas bayaran royalti minyak kerana Ratu Elizabeth pada tahun 1954 menyatakan bahawa kawasan perairan Malaysia Timur melebihi tiga batu nautika.

Perisytiharan Kerajaan Inggeris ini digunakan oleh kerajaan Sarawak untuk membincangkan bayaran untuk negeri, kata Abdul Rahman.

PDA dan peruntukan undang-undang selepasnya bagaimana pun tidak mencerminkan kenyataan bahawa kedua-dua negeri Malaysia Timur dilayan berbeza.

Komen : Dulu, saya sangat menghormati orang tua ini sewaktu dia jadi Menteri Pelajaran Malaysia.Tapi bila baca komentarnya diatas, saya sangat meluat sekali. Siapa yang orang tua ni nak tipu?

Dia nak tipu orang Melayu Kelantan kononya Kelantan tak layak terima royalti. Kalau betul minyak dijumpai di luar perairan Kelantan, wang ehsan pun Kelantan tak layak terima ; tetapi Kelantan dapat pula wang ehsan!

Itulah yang pelik. Jangan bagilah Wang Ehsan kepada Kelantan jika benar minyak tu diluar perairanya, jika nak bagi atas dasar “ehsan”, bagilah juga kepada Perlis, Kedah, Pulau Pinang ….

Terengganu dapat royalti masa UMNO memerintah dahulu, tetapi bila PAS memerintah, UMNO Pusat tiba-tiba kata Terengganu tak layak terima royalti, hanya layak wang ehsan.

Lebih baik kita berpandu pada cakap orang yang tahu pasal perundangan.Bekas Peguam Kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (gambar sebelah) menegaskan bahawa pembayaran Royalti kepada Negeri tidak menggunakan kaedah 3 batu nautika seperti yang diwar-warkan pemimpin yang mewakili Kerajaan Pusat sekarang.

Pembayaran yang dibuat adalah berdasarkan kepada istilah On-shore (daratan) dan Off-Shore (perairan) serta tidak berbangkit sama sekali kaedah 3 batu nautika.

"Kalau ada pendapat menyebut Royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang 3 batu nautika, itu pendapat yang salah. Kerajaan pusat, Negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat 5% tidak kira dilokasi mana carigali dilakukan.( kantoilah orang tua Sarawak tu!)

Tidak benar sama sekali ada perbezaan Royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan Negeri di Semenanjung dalam soal ini", ujarnya di sini / end

No comments: