Wednesday, March 17, 2010


Dua ribu orang asli jalan-jalan cari makan di Putra Jaya


Ini bukan Tengku Maria, pengacara kuat makan rancangan
popular TV3 "Jalan-Jalan Cari Makan". Ini ialah Tijah,
pengasas Jaringan Kampung Orang Asli Semalaysia

Benarkah kedatangan mereka sekadar jalan-jalan cari makan di Putra Jaya? Begitulah sinisnya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Shafie Afdal yang dilaporkan sambil tersenyum berkata :

"Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan."

Mereka cuma nak mengambil gambar di Putrajaya yang
selama ini mereka cuma tengok di televisyen-Shafie Afdal

"Yang majoriti ini kumpulan yang jumpa dengan saya tadi. Sebenarnya mereka nak datang, di samping nak menyaksikan penyerahan memorandum ini.

"Mereka juga datang untuk cuti sekolah hendak ambil gambar di Putrajaya sebab mereka cuma tengok Putrajaya dalam televisyen."

Shafie Afdal nampaknya cuba memperlekeh dan mempersendakan perhimpunan yang melibatkan lebih 2,000 Orang Asli di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanahtersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.Lihat gambar-gambar dibawah

Shafie ingat Orang-Orang Asli itu 'Jakun' sangat macam dia! Hoi! ingatlah sikit, Tijah tu seorang peguam ; kalau tidak silap saya beliau ada pejabat di Kuala Lumpur.Sikap Shafie bukan sahaja memperlekehkan kaum Orang As li ini tetapi cuba menghina mereka seoalah-olah mereka ini baru keluar dari hutan belantara.

No comments: