Awang Adek tuding jari kepada penganjur LTdL | | |
Mohd Nor Yahya |
KOTA BHARU, 3 Mac: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dianggap cuba mengalih kesalahannya ‘merampas’ flag off kepada pihak penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL). Malah tanpa segan silu beliau mendakwa penganjur menjemputnya untuk melepaskan pelumba LTdL, seperti dilapor media hari ini sedangkan Pengerusi Jawatankuasa LTdL peringkat negeri, Abdul Fattah Mahmood menegaskan nama Awang Adek langsung tidak ada dalam senarai untuk melakukan flag off dan ia telah dipersetujui semua pihak. Mengulas isu tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, tidak timbul sama sekali kerajaan negeri mahu memburukkan namanya memandangkan perlakuan kelmarin cukup memalukan. “Sebagai seorang Timbalan Menteri yang dilantik atas kuota senator amat tidak sopan sekali merampas flag off yang diberi kepada orang lain. “Beliau sepatutnya sedar Menteri Besar sebagai mewakil kerajaan negeri dijemput khas bagi melakukan upacara pelepasan. Takkan pula dalam situasi begitu orang yang tiada kaitan dengan kerajaan negeri diberi peluang,” katanya di sini. Menurutnya, semua orang tahu beliau masih bermimpi untuk menjadi Menteri Besar berdasar kepada sepanduk yang dilekatkan di seluruh Kelantan menjelang pilihan raya umum lalu. Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, imej Awang Adek begitu tercalar di Kelantan bermula dengan penafiannya terhadap hak ke atas royalti minyak dan janji-janjinya ditabur kepada pengundi di Bachok. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Abdullah Ya’kob berkata, pihaknya mengutuk keras tindakan pengurusan LTdL kerana memberi kebenaran kepada Awang Adek melakukan pelepasan dengan membelakangi keputusan dibuat sebelum itu. Katanya, biar pun program terbabit sekadar acara sukan, namun ia begitu memalukan rakyat Kelantan kerana ia berlaku di hadapan ahli sukan dari serata dunia. “Kalau seorang menteri yang datang ke sini pun mereka tidak boleh berbuat sesuka hati, inikan pula seorang Timbalan Menteri yang bertaraf senator. “Saya yakin perbuatan Ketua Umno Bachok itu memalukan Perdana Menteri kerana semangat 1Malaysia tidak wujud dalam insiden tersebut,” katanya. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, Dewan Muslimat menganggap perbuatan tersebut sebagai amat biadap dan memalukan seluruh rakyat. |
No comments:
Post a Comment