Thursday, March 25, 2010

Zahrain Sudah “Kenyang” , Zulkifli “Kembung” Kini


"

Alhamdulillah , tidak payah suruh akhirnya benar lah kalau perkara busuk tu baunya mana boleh tutup , akan keluar dari pekongnya , bernanah , gelembung dan akhirnya pecah.

Agaknya begitu lah dengan kisah lodeh -melodeh dalam beberapa hari kebelakangan ini. Kata YB Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh sudah kenyang baru melompat yang ditujukan kepada YB Zahrain



Usaha anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Ibrahim untuk menyusahkan pimpinan PKR nampaknya makan diri sendiri apabila beliau didakwa 'sudah kenyang baru melompat' dan beliau dikatakan membuat kenyataan 'bodo-bodo'.

Orang yang menyusahkan Zahrain di Parlimen tidak lain dari orang yang dituduhnya mahu melompat meninggalkan BN untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam projek 16 Septembernya.

Ghafur berkata, mungkin umpan yang diberikan kepada mereka yang mahu melompat tidak cukup sebab itu mereka tidak melompat.

"Umpan tak cukup, jadi tak lompat, umpan untuk Bayan Baru besar, sebab itu dia lompat..sekarang dia sudah kenyang,

" Begitu juga , mungkin itu yang terjadi dengan YB Zulkifli Nordin , barangkali "sudah gelembung dan kembung baru ikhtiar supaya dipecat" ,

Kini setelah ‘dipecat’ oleh parti Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin mendakwa beliau pernah ditawarkan ganjaran untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu

"Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.

"Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

Agak menarik bahasa tulisan YB Zulkifli Nordin kini. Terima kasih

No comments: