Ramli Yusuff : Masih sedia untuk berkhidmat
(Alih bahasa dari sini)
Petaling Jaya, Mac 15 - Sekali seorang polis, selalu seorang polis. Dan Datuk Ramli Yusuff (foto), yang dibebaskan daripada dakwaan tidak mendedahkan aset minggu lalu, bercadang untuk melapor diri untuk bertugas di Bukit Aman meskipun beliau mencapai usia bersara 58 pada 1 Mac.
Sekiranya diarahkan untuk bersara, Ramli mahukan pencen dan gratuiti dan semua faedah pencen yang sesuai dengan pangkat Komisioner Polis.
"Saya berharap untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri sebelum melaporkan diri, untuk mengetahui apa nasihatnya keatas saya," Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah kepada The Malaysia Insider semalam selepas mengadakan satu majlis doa selamat atau doa kesyukuran di rumahnya di Petaling Jaya.
Ramli menjelaskan bahawa beliau dimaklumkan ia akan digantung tugas hingga kesnya berakhir selepas dia didakwa pada 2 Nov, 2007 atas tuduhan tidak mendedahkan maklumat mengenai asetnya.
"Jadi, saya masih lagi seorang polis dan saya perlu melaporkan diri.
Terserah kepada kerajaan untuk memutuskan apakah saya harus berkhidmat terus (di kontrak) atau bersara.
"Saya mahukan upacara persaraan yang sepatutnya keatas saya , kerana saya tahu saya telah dikenakan," kata Ramli, merujuk kepada keperitan perbicaraan bila enggan menghurai lanjut kes keatasnya.
Dia menegaskan bahawa penghakiman keatas kesnya ini seharusnya disampaikan pada 24 Feb namun entah kenapa tertunda hingga Jumaat lalu.
"Sekiranya saya telah dibebaskan pada 24 Feb, saya akan melaporkan diri pada hari berikutnya."
Pegawai polis veteran itu didakwa gagal untuk mendedahkan pemilikan 20,000 saham Telekom Malaysia Berhad, saham Permaju Industries Berhad 154.000 dan kepentingan keatas dua pejabat (hartanah) bernilai RM1, 032.840.
Beliau juga didakwa secara berasingan di Mahkamah Sessi Kota Kinabalu atas tuduhan menggunakan pesawat polis untuk meninjau dua hartanah di mana beliau dipercayai mempunyai minat keatasnya.
Kes ini juga berakhir dengan membebaskan Ramli pada 27 Julai , Hakim Mahkamah Sessi, Supang Lian memutuskan bahawa, "Penuntut gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie dan terdakwa berhak dibebaskan .''
Pihak penuntut sedang membuat rayuan keatas kedua kes tersebut. Apa yang mereka cuba membuktikan?
Tidak cukupkah apa yang telah saya lalui?Mengapa mereka perlu membuat rayuan? "Tanya beliau.
Setelah berkhidmat dengan pasukan tersebut dengan cemerlang , polis veteran itu menegaskan bahawa kedua kes tersebut boleh ditangani melalui lembaga disiplin polis.
"Sebaliknya mereka memilih untuk bermain dengan kehidupan saya selepas 38 tahun perkhidmatan.
Mereka seharusnya tidak melayan saya seperti ini, "kata Ramli.
Dia menyesali, bahawa sebagai pegawai kanan polis , bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh saja memanggilnya; tetapi cara sopan begitu tidak dihulurkan kepadanya.
"Pak Lah adalah Menteri Dalam Negeri, saya pegawai ketiga paling kanan dalam pasukan polis, dia setidak-tidaknya memanggil saya dan saya akan menjelaskan," katanya, menggunakan nama gelaran popular untuk mantan perdana menteri itu.
Ramli, seorang sarjana perundangan , menekankan bahawa beliau adalah Pegawai Penyiasatan yang telah berkhidmat paling lama di kedua Jabatan ; Jenayah dan Siasatan Jenayah Komersial.
Di antara kes utamanya atas adalah pembunuhan Jean Pereira , di mana mahkamah membenarkan bukti berdasarkan keadaan persekitaran buat pertama kalinya.
Beliau menambahkan bahawa catatan penyiasatan bagi kes itu kini menjadi pedoman bagi pegawai polis dalam latihan.
Beliau menjelaskan, bahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pernah berkhidmat secara langsung di bawahnya selama enam tahun.
Ramli adalah Timbalan Pengarah CID pada waktu itu sementara Musa adalah Ketua Pendakwaan.
"Pada suatu ketika , saya pernah melayannya seperti adik sendiri.Saya tidak pernah mengharapkan perlakuan seperti ini. "
Bagi masa hadapannya, Ramli mengatakan dia harus membina semula kehidupan dan reputasi dari sifar.
"Saya berharap mereka biarkan saya hidup dalam aman untuk melakukannya," tambahnya.
Puluhan pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara, antaranya bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Dell Akbar Khan menghadiri majlis doa selamat semalam.
catatan : Menjadi tanda tanya kenyataan Hishammuddin : “Saya sudah tahu siapa yang akan menggantikan KPN, saya juga tahu siapa akan menggantikan pengarah, jabatan siasatan jenayah perdaganagan. Jadi tidak perlu membuat spekulasi dan membuat laporan berita tanpa asas,” katanya lagi / end
No comments:
Post a Comment