Sampai Masanya Kelantan Kaji Semula Perjanjian Dengan Petronas |
Perjanjian ini termeterai antara kerajaan pusat dengan tiga belas buah kerajaan negeri. Secara ringkasnya semua orang kampung dan orang bandar samada yang cerdik maupun yang bodoh tidak pernah mempersoalkan detail tentang perjanjian tersebut kerana kerajaan pusat sentiasa membayar royalti kepada kerajaan negeri yang mengeluarkan hasil minyak tersebut secara teratur.
Krisis pertama tentang pentafsiran perkataan royalti atau ehsan ditimbulkan sendiri oleh kerajaan pusat bila PAS mengambilalih pemerintahan Terengganu pada tahun 1999. bayaran royalti mula ditukarkan kepada istilah wang ehsan.
Petronas diberi hak ekslusif untuk mengawal selia aktiviti upstream, seperti pemilikan,penerokaan serta membangunkan sumber sumber petrolium. Ada beberapa syarikat asing lain yang terlibat dalam aktiviti upstream dibawah perjanjian product sharing agreement dengan petronas seperti ESSO,shell sabah selatan, nippon oil dan banyak syarikat lain.
Sementara aktiviti downstream adalah melibatkan seperti jualan runcit produk petrolium, penapisan, proses gas asli dan pemasaran. Aktiviti downstream ini juga diserah kepada beberapa syarikat lain seperti Esso, petronas dagangan, shell trading, caltex dan syarikat syarikat lain.
Ini bermakna seandainya aktiviti ini diambilalih oleh kerajaan negeri semula, maka kerajaan negeri juga mampu untuk melakukannya sendiri. Dengan berpandukan apa yang telah dilakukan oleh petronas, kerajaan negeri juga mampu mencari berbagai syarikat lain yang layak dan berkemampuan untuk menjalankan aktiviti samada upstream maupun downstream.
Semua maklum jika ada satu pihak melanggar mana-mana klausa perjanjian maka layaklah satu pihak lagi menuntut perjanjian tersebut dikajibalik atau dibatalkan terus dan segala hakmilik sepatutnya diberikan semula kepada kerajaan negeri.
Malah jika ianya di'sub' atau di'assign' terus oleh kerajaan negeri kepada syarikat asing, kerajaan negeri akan dapat menikmati hasil royalti yang lebih besar dari apa yang terkandung dalam akta petrolium. Dengan nilai pasaran dan permintaan semasa nilai bayaran royalti boleh mencapai sehingga 30 peratus .
Nyatalah kerajaan persekutuan seringkali meruntuhkan semangat persekutuan kerana Kerajaan Negeri tidakl pernah dijajah oleh Kerajaan Persekutuan. Demi semangat persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Negeri sebenarnya telah mengurangkan kedaulatan negeri dengan menyertai negeri-negeri Melayu bersekutu. Namun, Kerajaan Negeri sering dilayan seolah olah tidak berada di dalam Malaysia bila mana geran pembangunan tahunan yang sepatutnya dibayar kepada Kerajaan Negeri disalurkan kepada JPP bagi negeri-negeri yang diperintah pembangkang . Kita tidak mahu sekeras Ku Li yang ingin Kelantan kaji semula kedudukan dalam kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan-kerajaan negeri dibawah pakatan pembangkang memang ada hak untuk mengkaji kedudukan mereka dalam persekutuan malah boleh membentuk negara baru pakatan rakyat sekiranya semua dun meluluskan usul tersebut dengan perkenan Sultan.
Oleh itu, segala perjanjian yang berat sebelah, tidak jelas dan merugikan rakyat negeri harus dikaji balik demi kedaulatan Kerajaan Negeri dan hak-hak rakyat di bawah naungan pemerintahan sultan sentaias terjaga dan terpelihara.
No comments:
Post a Comment