Pembangkang perlu bertaubat – Utusan Meroyan
HULU SELANGOR 10 Jan. – Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.
“Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar.
“Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan,” katanya.
Beliau yang ketika diwawancara oleh TV3Suku.com nampaknya begitu teguh menjelmakan keimanannya dengan berpesan-pesan kepada pembangkang supaya bertaubat. Inilah contoh pemimpin yang baik dan mampu memimpin negara bersandarkan kepada ajaran Islam yang syumul. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sememangnya adalah pemimpin berjiwa rakyat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia setelah sekalian lama. Kita berharap agar ramai lagi pemimpin seperti Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang akan lahir dari dalam UMNO.
“Kita minum dulu!” Kata Hishamuddin sebelum menyuruh pembangkang bertaubat.
Apabila ditanya mengenai adakah minum arak itu haram dan perlu bertaubat? Datuk Hishamuddin Tun Hussein melenting sambil memegang keris.
Kelihatan anak tekak Hishamuddin hampir terkeluar ketika menjerit
Wartawan Tv3Suku.com masih belum serik dan meneruskan pertanyaan. “Jadi maksud datuk, datuk tak perlu bertaubat selepas meminum arak seperti saranan datuk kepada pembangkang?” Dengan bingkasnya beliau bangun lagi dan bertempik.
Datuk Hishamuddin Tun Hussein bertempik menjelaskan hujahnya
Alamak! Nampaknya keadaan semakin tegang. Datuk Hisamuddin Tun Hussein kelihatan tidak dapat menahan amarahnya. Dia masih tak faham tentang macam mana semua orang susah betul nak faham yang arak tidak haram. Kalau haram, takkanlah dia nak minum. Malah dalam lingkungan keluarga dan sahabat handai, bukannya dia seorang sahaja yang minum.
Opps! Ini bukan ahli keluarga. Ini perempuan simpanan. Seorang pramugari yang telah ditangkap mempunyai hubungan sulit dengannya di Johor Bahru. Perempuan ini juga dipercayai perempuan yang sama dibawa ke Mongolia bersama-sama dengan rombongan Perdana Menteri suatu ketika dulu.
Ini baru betul bini dia. Kelihatan matanya cemey sebelah. Terlebih mabuk agaknya.
Datuk Hishamuddin Tun Hussein cuba bersembunyi di balik gadis-gadis mabuk. Tapi nak buat macam mana, misai tak boleh sorok.
“Aku sarankan supaya pembangkang bertaubat”, gebang Hishamuddin kepada kawan-kawannya.
Kesimpulan: Malayau adalah sebuah negara sarkis. Dalam amalan sarkis, beruk kelihatan bijak. Harimau yang garang akan taat menurut kata. Singa hilang mahkota raja. Dan yang paling penting, makhuk yang paling kaya sekali adalah tokey fun fair dan tokey sarkis. Rakyat Melayau di tipu lagi. Padan muka.
Kah kah kah!
Cerita di atas adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa. Sebarang kebenaran hanyalah kebetulan yang tidak dirancang.
Yang Benar,
Che’ Tat
No comments:
Post a Comment