Habislah. Nampak gaya memang tidak syak lagi PKR dan wakilnya Zaid Ibrahim akan bungkus di pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor. Kempen PKR dan pakatan langsung tidak mendapat sambutan. Siapa pon tak mau datang. Ini dipercayai kerana beberapa faktor. Faktor pertama, sebab ceramah PKR dan pakatan tak ada makan-makan. Faktor kedua, sebab ceramah PKR kena duduk atas tanah. Faktor ketiga, semua ahli PKR termasuk Wan Azizah sudah melompat masuk UMNO. Perkara ini diburukkan lagi dengan gempa bumi yang melanda Felda Soeharto dan menyebabkan orang-orang Felda semua tidak dapat keluar rumah untuk menyatakan sokongan kepada PKR dan pakatan kerana sibuk membetulkan rumah masing-masing. Punca gempa bumi ini masih belum diketahui.
Lingkuplaa PKR. Ceramah Anwar pon dah tak ramai orang datang. Semua orang sudah tahu Anwar memang kaki temberang. Ceramah ini katanya diadakan di Bukit Sentosa.
Yang datang cuma Tuan Guru Hadi Awang. Itupun sebab dia kena bagi ceramah. Kalau dia tak bagi ceramah, dia sendiri pon tak datang. Dalam majlis ceramah ini, Anwar cakap Hadi dengar, Hadi cakap, Anwar dengar. 2 orang jer ada. Habis lingkup la PKR.
Ini gambar ceramah UMNO. Ramai orang ceramah UMNO. Tapi kenapa ada bendera PKR? Mungkin sekarang UMNO ada strategi baru. Guna bendera PKR nak tarik orang ramai datang ceramah. Kah kah kah!
Ini pon agaknya masih gambar ceramah UMNO. Humang aiii.. Ramai giler orang. Memang UMNO kuat di Hulu Selangor. Kalau macam nilah, senang-senang jer abang Kamal MIC dapat kalahkan Zaid. Tak payah turun kempen pon tak apa. Kah kah kah!
Eh! Adoi! Silap laaa. Ini memang ceramah PKR! Tapi kenapa orang ramai??? Mana boleh ceramah PKR ramai. Ini mesti PKR tipuuu. Ini mesti gambar super impose macam gambar Hishamuddin… Woit PKR! Mana aci super impose! Kah kah kah!
No comments:
Post a Comment