Umum mengetahui beberapa kerat pemimpin dan ahli PKR keluar parti dan menyertai UMNO semenjak dua menjak ini. Senario ini jika dilihat melalui kacamata Utusan, maka Pakatan Rakyat sedang menghadapi masalah. Sebenarnya tanggapan itu merupakan tanggapan untuk Pilihanraya sahaja. Jika dilihat, setiap yang melompat itu atas dasar apa? Jika lompatnya itu seperti Zaid yang keluar UMNO dan menyertai PKR sedangkan beliau masih seorang menteri penuh yang mendapat ganjaran dan imbuhan yang bukan sedikit sebagai seorang menteri, maka bolehlah dimengertikan ada sesuatu kepincangan dari parti yang telah beliau tinggalkan. Jika lompatnya itu kerana tidak mendapat pangkat dan kemewahan "projek" atau jawatan "CEO" maka parti yang ditinggalkan tidaklah bermasalah tetapi parti yang bakal ditungganginya itu bakal berdepan dengan masalah.
Maka proses pembersihan dalam Pakatan rakyat sedang bermula. Pendokong kebenaran dan keadilan sejagat terutama PAS yang membawa model keadilan Islam perlu lebih gigih untuk membantu proses pembersihan ini sehingga suatu masa kelak Pakatan Rakyat ditunjangi oleh pemimpin yang benar-benar wibawanya. Ikhlas dalam perjuangannya. Hidup dan matinya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan Islam di muka bumi milik Allah ini. Kita meyakini suatu masa nanti acara lompat-melompat ini bakal melanda dunia UMNO pula kerana sekali melompat mereka rasa seronok dengan lompatannya. Tak percaya ? Tanya Presiden PERKASA.....
No comments:
Post a Comment