Thursday, April 1, 2010

POPULARITI YB BUKAN KERANA KELULUSAN TINGGI

"Memang benar apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, untuk menjadi seorang YB yang hebat tidak semestinya dia seorang yang kaya dan berkelulusan tinggi. Penulis bersetuju dengan pendapat beliau...

Beliau juga menyatakan bahawa KEKAYAAN dan KELULUSAN TINGGI bukanlah faktor penentu kepada kehebatan seseorang YB. Maknanya, populariti seseorang YB itu tidak hanya diukur kepada kaya dan cerdiknya mereka, tetapi diukur juga kepada BUDI PEKERTI dan PERKHIDMATAN mereka kepada masyarakat!!!

Tetapi, persoalannya sekarang ialah apakah YB-YB UMNO/Barisan Nasional telah memenuhi 2 kriteria yang dinyatakan; iaitulah:

1. Berbudi pekerti Mulia; dan


2. Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat???

Beliau berkata, apa yang perlu diberi perhatian oleh Wakil Rakyat ialah TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK DISUKAI RAKYAT...YB perlu tahu apa yang tidak disenangi rakyat seperti contohnya MUDAH BERJANJI tetapi TIDAK TAHU MENUNAIKANNYA!



Perdana Menteri juga menasihatkan YB-YB supaya mendekati rakyat supaya rakyat tidak 'jauh hati' kepada wakil rakyat mereka...mungkin sebab itulah diperkenalkan slogan: Rakyat Didahulukan...



Apa yang penulis ingin tegaskan ialah bukankah apa yang dinyatakan (dinasihatkan) oleh Perdana Menteri kepada YB-YB itu sudahpun diketahui umum bahawa itulah kewajipan sebenar sebagai seorang Wakil Rakyat???



Penulis berpendapat, nasihat/teguran beliau kepada Wakil Rakyat UMNO/BN menandakan betapa MEROSOT atau mungkin TIADA LANGSUNG kedua-dua kriteria utama dikalangan YB-YB UMNO/BN sekarang...



Sudah terlalu lewat rasanya seorang PM/Presiden sebuah parti yang telah memerintah negara lebih 50 tahun, menyedari dan menasihati wakil-wakil rakyat mereka agar memenuhi hanya 2 kriteria utama tersebut!!!

Selama ini, budaya UMNO/BN adalah budaya kebendaan dan mereka mengajar rakyat mengejar kebendaan! Setelah sedar bahawa mereka tidak mampu lagi mengikat wakil-wakil rakyat serta ahli-ahli parti dengan KEBENDAAN, maka barulah nasihat-nasihat (yang dahulunya diabaikan) diberikan nafas baharu...

Maka, keluarlah nasihat-nasihat seperti: " Bukan bererti kita tidak ada harta, tidak akan popular kerana pengundi tidak bergantung kepada kekayaan kita!!!"...

Walau bagaimanapun, nasihat tetap nasihat, ia mampu memberi peringatan kepada kita. Namun, apalah maknanya nasihat itu jika rakyat sudahpun kenal wajah sebenar wakil rakyat yang mereka pilih...Masanya terlalu lama untuk YB-YB memenuhi 2 kriteria itu kerana rakyat telah mulai celik matanya...mereka tak boleh diulit oleh kata-kata manis pemimpin mereka!!!

Akhirnya, penulis berpendapat, rakyat sebenarnya tidak kisah jika YB mereka tidak kaya, asalkan mampu memberikan harapan kepada mereka (rakyat) untuk terus hidup...Yang paling rakyat benci ialah Wakil Rakyat yang hanya mengejar kekayaan untuk diri mereka sendiri dengan mengabaikan kehidupan rakyat!!!

No comments: