Dalam temuramah dengan Malaysiakini, beliau mendedahkan bahawa MEB akan menghapuskan kuota pemilikan ekuiti termasuk kuota bumiputra bagi memberikan peluang yang adil dan bebas untuk semua pihak melabur termasuk pelabur asing. Tindakan ini katanya adalah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negara dan membuka ruang pasaran yang lebih luar untuk membantu rakyat.
Mula dengan Liberalisasi Ekonomi
Cis! pandai dia putar belit. Kalau diingat semula. Tahun lepas Najib juga umumkan Dasar Liberalisasi Ekonomi dimana 5 strategi dirangka iaitu :
- Kerajaan menurunkan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.
- Seterusnya, pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus
- pemansuhan FIC
- Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
- Nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000.
Perasan tak? Tahun lepas kuota ekuiti Bumiputra dan bukan bumiputra masing-masing telah diturunkan sehingga 12.5 peratus. Dengan pengumuman MEB ini pula, kuota ekuiti telah dihapuskan 100 peratus.
Intipati MEB
Selepas ini pelabur asing bebas untuk bersaing merebut saham dalam syarikat-syarikat yang berkepentingan dan strategik. Semalam, Khazanah Nasional umum untuk jual 32.2 peratus kepentingannya dalam Pos Malaysia. Tidak mustahil, Pos Malaysia akan dikuasai pelabur asing sama seperti yang berlaku pada Bernas yang dijual sebahagian sahamnya kepada syarikat dari Hong Kong-Wan Tak.
Selain itu KWSP di benarkan melabur lebih banyak aset di seberang laut….Hei! KWSP adalah duit rakyat, bukan duiat mak bapak kamu. Kena tanya pandangan pencarum dulu. Sepatutnya dana KWSP ditumpukan untuk melabur dalam negara. Kenapa nak banyakan pelaburan luar negara dan biarkan pelabur asing pula masuk melabur dalam negara.
Kerajaan dan KWSP kononya akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang dengan nilai pembangunan sebanyak 5 Bilion.
Hah! satu lagi hab baru diwujudkan-Sungai Buluh. Tapi apa cerita WPI, ECER, NCER, SDC dan SCORE yang dilancarkan zaman Pak Lah. Najib juga kaki Koridor sama macam gelaran Mahathir pada Pak Lah yang disebut sebagai Bapa Koridor Malaysia…
Tidak cukup dengan itu, beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender untuk dimajukan. Tendernya adalah terbuka, maknanya syarikat asing boleh joint tender sekali. Kalau perasan, dikawasan itu begitu banyak bangunan yang dulunya milik rakyat Malaysia sudah terjual kepada pelabur asing. Kondominium mewah disitu kebanyakannya dikuasai oleh pelabur dari Singapura, Hong Kong dan lain-lain.
Saya juga tidak bersetuju jika syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio diswastakan tanpa kawal modal dan kuota ekuiti. Kerana dengan penghapuskan kuota ekuiti maka syarikat yang berkepentingan ini akan tergadai pada pelabur asing.
MIDA dikorporatkan. Saya boleh setuju tapi ia harus diletak dibawah kawalan kerajaan sebagai satu GLC yang mana fungsinya diperbesarkan sebagai perunding pelaburan negara.
MEB program kira semula untuk gadai negara
Secara tepat, saya menganggap MEB hanyalah satu program kitar semula dimana sebelum ini dasar penswastaan telah dilaksanakan dizaman Mahathir. Beberapa syarikat dan agensi perkhidmatan milik kerajaan diswastakan. Tapi kali ini Najib cuba wujudkan kembali dengan versi yang lebih ganas lagi tanpa apa-apa syarat dalam kawalan modal dan ekuiti.
Walaupun Anwar kata MEB cuba meniru Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan, namun saya melihat dengan beberapa pengubahsuaian, jelas ia merugikan rakyat. Dasar AEM dicuri dan dicampuradukan dengan Dasar Liberalisasi Ekonomi Najib yang akhir hanya bertujuan untuk mencari jalan pintas bagi menjual kepentingan rakyat dan negara ini. Perkara yang berbeza akan berlaku jika AEM benar-benar dilaksanakan.
Apa pun jua, rakyat perlu buka mata, dan desak dasar ini dinilai semula. Tahun lepas kita gagal halang Dasar Liberalisasi Najib. Kali ini Najib mengambil cara yang paling biadap iaitu melancarkan dasar ini diluar Parlimen tanpa membawanya ke institusi tertinggi rakyat itu untuk dibahaskan. Saya setuju dengan pandangan Presiden PAS, Tok Guru Hadi Awang bahasa perkara ini perlu dibawa ke Parlimen. Jelas Najib membelakangkan hak rakyat dan kita harus bersatu menolak dasar ini sehinggalah ia dibahas secara terperinci di Parlimen.
Kita tidak mahu pada masa akan datang rakyat dinegara ini kehilangan hak mereka yang disapu warganegara asing. Jika hari ini Najib boleh minta bantuan nasihat dari APCO yang juga syarikat milik Zionis, tidak mustahil esok lusa lebih banyak saham-saham syarikat negara ini dikuasai Zionis. Ayuh tentang sebelum terlambat. Saya tak tolak pembangunan dan dasar untuk bangunkan ekonomi negara. Tetapi kalau ia merugikan rakyat, wajib kita tentang.
Pakatan, Perkasa, ahli Umno, parti Politik lain, NGO dan seluruh rakyat harus bangkit tentang dasar ini! tiada kompromi
No comments:
Post a Comment