Din Beramboi Kembali Ke Rahmatullah Disyakki Deggi
Pelawak dan penyampai radio, Din Beramboi yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS), Isnin lalu disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.
Akhbar kelmarin melaporkan, Din Beramboi sebelum ini mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.
Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.
Sebelum ini Pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome.
“Dia mengalami perdarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya.
No comments:
Post a Comment