Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan itu sebagai “taktik kotor” yang bertujuan mengelirukan rakyat bahawa Anwar tidak bermoral.
Katanya terlalu banyak faktor untuk diambil kira yang akhirnya mempersoalkan kredibiliti individu di sebalik rakaman video berkenaan.
“Siapa jurukamera? Bagaiamana dengan peralatan, pelakon sebenar, editornya?” soalnya selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan parlimen.
“Dalam Islam, menuduh seseorang tidak bermoral akan ditolak jika ada kekeliruan, justeru perlu empat saksi yang adil dan berhemah,” katanya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula meminta rakyat Malaysia meluahkan rasa 'kemarahan dan membidas' dakwaan terbaru yang dilemparkan ke atas Anwar. Katanya, politik di Malaysia kini memasuki tahap 'pembunuhan watak'.
Senada dengan Hadi, Lim juga mempersoalkan mengapa tayangan itu dibuat ketika DUN Sarawak dibubarkan dan turut mempertikaikan cara tayangan itu dilakukan.
“Isu ini bermotifkan politik bagi menentang Pakatan dan juga kerana menjelang pilihan raya Sarawak. Ia menunjukkan BN gusar kerana keputusan pilihan raya negari akan mempunyai impak ke atas pilihan raya umum,” katanya.
Lim berkata adalah jelas individu atau kumpulan tertentu berkenaan cuba memesongkan pendapat umum di Sarawak ke atas Pakatan.
No comments:
Post a Comment