Wednesday, March 16, 2011

Fitnah II: Undang2 negara jahanam di bawah telunjuk BN

KUALA LUMPUR: Tindakan pendakwa di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional (BN) dalam perbicaraan Fitnah II membelakangi undang-undang apabila ’seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’ berpotensi
menjahanamkan prinsip undang-undang dan imej Malaysia.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin
mempertahankan bahawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
tidak perlu mengemukakan walau sekecil bukti kerana Anwar mempunyai
alibi beliau tidak terlibat seperti yang didakwa pengadu, Mohd Saiful
Bukhari Azlan.

“AMK menegaskan bahawa tiada keperluan untuk Anwar tunduk kepada desakan bebal oleh beberapa pihak. Ini akan menjadikan beliau sebagai ‘bersalah sebelum dibuktikan bersalah’,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Keadilan Daily.com.

Shamsul berkata, isu DNA dimain berulang kali agar memudahkan pendakwa
memalitkan pandangan rakyat dari isu besar yang lain.

Oleh itu, katanya, melihatkan perjalanan kes Fitnah II, ia terbukti
merupakan pembunuhan karakter paling teruk dalam sejarah politik
Malaysia.

“Apa yang berlaku dalam kronologi kes Fitnah II ini adalah pembunuhan
karakter paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara,”
katanya.

Beliau turut memetik Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia
1948 yang menyebut bahawa semua orang mempunyai hak sama rata untuk
perbicaraan adil oleh tribunal bebas dalam mana-mana pertuduhan jenayah
terhadapnya.

Justeru, Shamsul yakin kelompongan dan karut marut kes ini akan
merosakkan bukan sahaja sistem perundangan dan penguatkuasa, malah imej
Malaysia di mata dunia.

“AMK percaya kelompongan kes, ditambah kekarutan pihak pendakwaan serta
penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit di dalam kes yang
sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di
mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula tahun
1998,” katanya . --keadilan daily

No comments: