Monday, March 28, 2011

Pakatan: Daim Tak Layak Cakap Pasal Rasuah


KUALA LUMPUR 28 MAC: Kenyataan Tun Daim Zainuddin bahawa negara dalam landasan yang betul dalam mengatasi masalah rasuah hanya satu percubaan menyelamatkan diri bekas Menteri Kewangan itu dari dakwaan-dakwaan rasuah yang membelenggui beliau sepanjang masa beliau menganggotai Kabinet.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Daim pernah dikaitkan dengan penyelewengan dalam penswastaan lebuhraya Plus dan syarikat penerbangan negara, Malaysian Airlines (MAS) jelas meremehkan isu rasuah di negara ini, khususnya di Sarawak di bawah pemerintahan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Saya melihat kenyataan Tun Daim itu sebagai satu percubaan untuk menyelamatkan penekanan isu rasuah besar di Sarawak kerana Tun Daimlah orang paling terlibat dan berkepentingan sejak penswastaan tol PLUS, dan juga MAS, memperkayakan bini dan keluarga hingga berbillion ringgit. Maka sebab itu dia gunakan kesempatan untuk mempertahankan rasuah yang berlaku dan mmebicarakan soal negara yang bebas rasuah," tegas beliau.

Daim,  dalam wawancara dengan Utusan Malaysia semalam, memuji Perdana Menteri Najib Razak dan mendakwa usaha membendung rasuah semakin terhasil di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional.
Secara sinis,  Anwar berkata cubaan Tun Daim untuk memperlihatkan dirinya sebagai tokoh anti-rasuah serta Tan Sri Rahim Tamby Chik sebagai tokoh melawan salah laku lucah adalah satu kombinasi yang 'mantap'.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Daim sebagai ndividu yang tidak layak bercakap isu rasuah dan penyelewengan.
"Saya berpendapat Tun Daim bukanlah orang yang terbaik untuk bercakap berkenaan menentang penyelewengan. Tun Dr Mahathir (Mohamad) dalam bukunya ada menyatakan bahawa terdapat khabar angin pada masa itu yang mempersoalkan integriti TunDaim dan itulah sebab utama beliau digugurkan dari Kabinet,"  kata beliau.
Katanya lagi, sekiranya benar BN serius dalam membanterass rasuah, mereka patut memulakannya dengan membersihkan Sarawak dari rasuah dan penyelewengan yang semakin buruk.
"Contoh terbaik adalah Sarawak, tetapi adakah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berani memasuki Sarawak untuk membersihkan negeri tersebut dari penyelewengan kronik yang melibatkan Ketua Menteri sendiri," tegas beliau.

No comments: