Sunday, March 20, 2011

Barangkali Datuk Seri Mustapa Mohamed Sudah "Nyanyuk"...

Hari ini dalam Utusan Malaysia Online Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan membuat kenyataan seperti berikut:
RM2.4 bilion untuk Kelantan
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


KOTA BHARU 20 Mac – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion bagi fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembangunan Kelantan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu bagi melaksanakan 426 projek baru di negeri itu termasuk penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang menyenaraikan projek-projek untuk fasa kedua sebelum dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mendapatkan peruntukan.

“Projek-projek ini dilaksana bagi memberikan kemudahan kepada rakyat di negeri ini terutama dari aspek infrastruktur kerana masih banyak lagi yang diperlukan oleh rakyat Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan mahu setiap program yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan pulangan baik terhadap setiap wang yang dilaburkan itu.

“Kita perlu lihat semula kepada skop projek supaya tidak berlaku pembaziran dan tidak melebihi kehendak rakyat,” katanya.
Sebelum saya memanggil Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai "orang tua nyanyuk", saya ingin mengingatkan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan 1 Kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan seperti yang dilaporkan didalam Harakahdaily bertarikh 22hb. September, 2010 seperti berikut:
Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan
Harakahdaily

KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan kerajaan pusat di negeri Kelantan.

Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.

“Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti.

“Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan,” katanya seperti lapor web gegarkelantan.net.

Menurut Aiseri lagi, pengambilan tanah tersebut melibatkan 16 kementerian dan perkara tersebut akan dimaklumkan segera kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan.

Ditanya kerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat berhubung pengambilan tanah di negeri ini, beliau memberitahu kerajaan negeri memberi kerjasama sebaiknya.

“Kerjasama yang kita berikan kepada Pusat dalam hal ini amat memberangsangkan dan amat mudah dan ia tidak timbul soal kelewatan kelulusan tanah untuk pembangunan di negeri ini," katanya lagi.

Beliau juga berkata sehingga kini tidak ada sebarang permohonan dari kerajaan pusat untuk mengambil tanah bagi pembangunan negeri ini dihalang.

Tambahnya bermula dengan RMK9, sebarang kelulusan tidak perlu lagi dibuat dalam Mesyuarat Exco negeri kerana Pejabat Tanah dan Galian hanya perlu berurusan dengan Timbalan Menteri Besar untuk disegerakannya.

PAS mula megambil alih pemerintahan negeri itu selepas Pilihan Raya Umum 1990 setelah mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Sejak mentadbir negeri itu, PAS mendakwa Kelantan sering dianaktiri oleh kerajaan pusat khususnya dalam meyalurkan peruntukan.

Manakala terbaru, Kelantan sedang berdepan kerajaan pusat dalam usaha mendapatkan hak royalti rakyat negeri itu.
Saya tidak faham apa perlunya KERAjaan Pusat membazirkan sejumlah RM2.4 billion untuk projek pembangunan di Kelantan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) padahal "hutang" pembangunan yang sedia ada masih belum terlaksana.

Saya juga ingin bertanya, hasil dari pembekuan sebanyak 118 Projek Pembangunan di Kelantan sejak 20 tahun dulu, KERAjaan Pusat sudah pasti juga masih menyimpan baki "bajet" keatas 118 Projek Pembangunan "Beku" yang nilainya sudah pasti berbillion-billion RM.

Kemana perginya "bajet beku" tersebut..? masih dibekukan, atau telah disalurkan kepada proksi-proksi KERAjaan Pusat di Kelantan..? Kalau masih di"beku"kan, sila bentangkan "Belanjawan Beku" tersebut supaya rakyat Kelantan & Malaysia tahu tiada penyelewengan berlaku selama ini.

Kalau sudah disalurkan pada "proksi-proksi" KERAjaan Pusat, juga sila bentangkan supaya rakyat Kelantan tahu "proksi-proksi" KERAjaan Pusat tidak ada yang menyeleweng wang peruntukan tersebut.

Kalau janji-janji lama masih tak dapat diselesaikan, janganlah cuba bermanis-manis mulut menjanjikan gula-gila yang baru.

JAMBANtan Manek Urai sudah jadi Gula-Gila.

RM2.4 billion itu untuk apa sebenarnya..?

Barangkali Datuk Seri Mustapa Mohamed sudah Nyanyuk.

Perisik Rakyat.

No comments: