
Mahkamah ditangguhkan Isnin lalu apabila diberitahu bahawa adik Karpal Singh telah meninggalkan dunia.
Hari ini, kehadiran polis di kompleks mahkamah, Jalan Duta, lebih ramai berbanding sebelum ini berikutan tekanan daripada penyokong dan pemimpin BN yang mendesak ketua pembangkang untuk itu memberikan sampel DNA.Sementara itu, menurut seorang lagi peguambela, R Sivarasa siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua umum PKR itu.
“Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.
“Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa.
“Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada
semua keterangan dari dulu sampai sekarang,” katanya.
No comments:
Post a Comment