Thursday, March 17, 2011

BEKAS MENANTU TAIB TUNTUT 30% = RM300 JUTA... LU KIRE LE SENDIRI


Menurut Datin Sri Shahnaz (gambar), bekas isteri Abu Bekir yang hanya boleh menuntut 30% daripada harta sepencariannya iaitu RM300 juta mendedahkan Bekir memilik beberapa buah rumah mewah dan kawasan tanah beribu-ribu hektar, yang tidak sedikitpun menjadi kejutan kepada mana-mana pembaca Sarawak Report.

Menurut Shahnaz lagi, Bekir memiliki tujuh buah kereta mewah termasuk yang berjenama Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Mesarati.

Menurut isteri pertamanya itu lagi, harta-harta milik bersama mereka adalah termasuk saham-saham dalam 15 buah syarikat yang berlainan, termasuk Cahaya Mata Sarawak Bhd (CMS) dan Sarawak Cable Bhd dan juga simpanan-simpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera.
Sarawak Report telah menjalankan penilaian ke atas harta-harta yang dimaksudkan oleh Shahnaz itu.
Abu Bekir merupakan Pengarah utama dan juga pemegang utama ke atas saham-saham dalam CMS bersama-sama saudaranya, Sulaiman Taib. CMS seharusnya sebuah syarikat awam yang mempunyai aset-aset yang diperolehi dari bumi Sarawak menerusi keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri. Namun, sebahagian besar saham-saham CMS dipegang oleh ahli-ahli keluarga Taib Mahmud.

Laporan Tahunan 2009 CMS yang merupakan laporan yang terkini yang ada pada kami masih mendaftarkan arwah isteri Ketua Menteri, Laila, sebagai pemegang utama saham-saham di situ (walaupun kini kita percaya bahawa saham-saham arwah telah dibahagikan antara kedua-dua anak lelakinya itu).

Bagaimana arwah isteri Taib, yang bukannya dari golongan peniaga dan juga bukan pencari nafkah keluarganya, dapat mengumpulkan harta yang sebegitu banyak dan tidak pula pernah mengisytiharkannya kepada umum ataupun kepada pemegang-pemegang saham yang lain dalam CMS!

Abu Bekir dan saudaranya, Sulaiman, merupakan pemegang utama seterusnya dan kesemua empat orang anak Taib mengawal Majaharta, yang disenaraikan sebagai pemegang saham terbesar!

Setiap saham kini bernilai lebih 3 ringgit, dan mana-mana wanita yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan akan dengan mudah membuat perkiraan bahawa jumlah saham-saham adalah secara kasarnya RM150 juta. Ketua Menteri gemar menyalurkan banyak kontrak awam menerusi CMS, untuk mempastikan saham-saham itu berada pada harga yang memuaskan.


No comments: