KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta umat Islam di Malaysia mengamal politik berasaskan tradisi keilmuan
Berucap selepas solat hajat di kediamannya di Segambut malam tadi, beliau mengingatkan, politik semasa di Malaysia sejak dulu tidak terikat dengan legasi dari tradisi keilmuan terdahulu.Ketua Umum KEADILAN itu juga meminta rakyat menjadikan Buku Jingga sebagai panduan kerana ia mengangkat tradisi ilmu, kefahaman dan pembinaan pembentukan akhlak untuk difahami dan diaplikasi dalam kehidupan semasa.
“Kita rasa kita faham (politik dan buku Jingga), tetapi sebenarnya tahap pengetahuan umum itu sangat tipis. Yang mendalami (teks klasik keilmuan) tak dapat kaitkan dengan situasi semasa
“Jangan dok fikir pasal DNA, video itu. Itu akan memisahkan kita dari tunggak, prinsip maqasid, bahawa agama itu ialah memelihara jiwa, harta, menjamin kebebasan mutlak, berpersatuan dan memelihara maruah lelaki atau wanita,” katanya.
Beliau berucap demikian depan lebih 400 orang yang hadir pada majlis solat hajat dan doa selamat serta tazkirah di kediaman Anwar di Bukit Segambut di sini, malam tadi
Antara yang hadir ialah Presiden Wadah, Dr Siddiq Fadhil dan hampir semua bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) serta cendikiawan agama, selain pimpinan parti.
Dalam ucapannya, Anwar berkata, Buku Jingga bukan sahaja bertujuan politikal mampu membawa perubahan tahap pemikiran sebagai manusia moden bertamadun.
“Kita kena teruskan supaya kita tak lupa dalam kesibukan, dalam politik kita yang tak berkesudahan, kita perlu tumpu pada isu pokok dalam kerangka besar untuk mengangkat martabat umat ini dengan keyakinan, akhlak, ilmu.
“Buku Jingga ini program alternatif, selain daripada good governance, yang penting adalah ekonomi,” katanya.
Mengulas respon kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Buku Jingga, beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini takut berdebat walaupun sembrono membuat tohmahan kononnya, Buku Jingga akan bankrapkan negara.
“Akhirnya saya ajak dia debat, dia tak sambut. Malah dia perlekehkan saya, nak ‘londehkan’ saya. Jadi saya tak fikir dia akan bersedia untuk berdebat,” katanya.
No comments:
Post a Comment