Tuesday, June 8, 2010

Najib Bakal Digantung Keahlian Parlimen Kerana Berbohong??

Heret je si montel ini ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika dia benar-benar menipu di Parlimen. Gantung setahun kalau boleh..Kalaulah kes Anwar, tak sempat nak bersin, dah kena heret jawatankuasa tu walaupun BN gagal lawan hujah anwar.

Semalam najib kata yang lesen judi belum diluluskan dan ia keluar tajuk besar akhbar fitnah raktyat, Utusan. Tapi pada 12 Mei lalu, Berjaya milik vince tang beri notis kepada Bursa Malaysia yang menyatakan:

'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Jadi siapa yang berbohong??? mestilah si Najib montel..judi sukan tak beroperasi lagi sebab world cup 3 hari lagi..jadi memang najib talam 2 muka montel..memang suka berbohong..

Judi: Siapa berbohong - Najib atau BERJAYA?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.

No comments: