Tuesday, June 8, 2010

Kes Bung Mokhtar & Zizie

Kita Tunggu Khamis, Nak Lihat Sama ada PRK Kinabatangan Boleh Diadakan Atau Tak

Tentu berdebar-debar Bung..tunggu keputusannya hari khamis ini..kalau mahkamah kekalkan ko bersalah dan rayu lagi ke Mahkamah rayuan syariah..dan ko bung tetap kena penjara dan denda..yahooo, prk kecil akan diadakan di Kinabatangan..

Keputusan nikah Zizie, Bung Moktar, Khamis ini

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 Jun ini untuk kes pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara pelakon Zizie Izette dan suaminya, Bung Moktar Radin.

Pasangan itu hadir di mahkamah dengan ditemani peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan Normawaddah pada jam 11.30 dalam kamar Hakim Kanan Syarie, Mohd Abdul Radzi Abd Latif.

Mereka memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.

Dalam permohonan itu, pasangan berkenaan juga memohon pernikahan tersebut diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mereka bernikah pada 16 Disember tahun lalu di sebuah bumah banglo di Hulu Klang, Selangor Disember tahun lalu dengan mas kawin RM80 tunai dan hantar RM31,000.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran ke atas ahli parlimen Kinabatangan itu.

Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran.

No comments: