Friday, June 4, 2010

Alahai Saiful..mengaku jelah semua kerana fulus...

Pasukan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan pembelaan bahawa ketua pembangkang itu tidak berada dalam unit kondominium yang didakwa oleh pengadu Saiful bukhari Azlan sebagai tempat beliau diliwat.

Peguam Karpal Singh berkata Anwar berada di unit kondominium sebelah menghadiri mesyuarat dengan beberapa orang semasa Saiful mendakwa kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 antara pukul 3 hingga 4 .30 petang.


Hakim Zabidin Mohd Diah, pendakwaraya dan peguambela Anwar hari ini meninjau unit berkenaan di Desa Condominium yang dimaksukkan oleh Anwar itu sebelum perbicaraan bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saiful yang dipanggil semula memberi keterangan menafikan Anwar tidak berada di dalam unit Kondominium yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap ketua pembangkang.

Karpal berkata dakwaan liwat pada 26 Jun itu tidak berlaku.

Menurut Karpal, semasa kejadian yang didakwa itu, Anwar berada di Unit 11-5-2.

Saiful: Tidak, Anwar di 11-5-1.

Karpal: Kau bohong.

Saiful: Saya tak setuju. Anwar di 11-5-1.

Karpal kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan notis alibi dan Anwar tidak berada di unit berkenaan semasa dakwaan liwat itu berlaku.

Karpal kemudiannya memohon perbicaraan diteruskan secara tertutup. Hakim membenarkan permohonanan itu dan meminta orang ramai meninggalkan galeri.

Karpal turut menyoal Saiful berhubung insiden di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan di mana dia bersumpah dengan al-Quran bahawa dia diliwat oleh bekas majikannya, Anwar, sehari sebelum hari penamaan calon Permatang Pauh, dua tahun lalu.

Saiful sekali lagi berkata, jangka masa kedua-dua peristiwa itu adalah kebetulan.

Karpal kemudian bertanya kepada Saiful sama ada dia mengetahui bahawa Faez Khairi telah bernikah dengan adik perempuannya, Saidati Adha.

Saiful menjawab mereka melarikan diri. “Saya tak pasti,” katanya.

Apabila diasak oleh Karpal, sama ada dia mengenali Faez dan haki
m, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Saiful untuk menjawab soalan berkenaan, Saiful berkata dia mengetahui bahawa Faez telah bernikah dengan adiknya.

Karpal keemudian bertanya sama ada dia sedar bahawa Faez diancam. Namun soalan itu dibantah oleh Ketua pendakwa, Datuk Mohd Yusof.

Karpal sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.

Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.

Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit.

“Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal kepada pemberita selepas lawatan itu.

Pakar forensik dari Australia, Dr David Wells yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi tidak datang bersama dalam lawatan itu.

Dia diterbangkan ke mari untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic
Medicine, Australia

Prosiding kes Fitnah 2, ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semula dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memangggil saksi, Dr Mohd Razali Ibrahim, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur memberitahu mahkamah berhubung latar belakang dan kelayakannya.

Yusof : Sehingga kini, berapa kes-kes dubur yang diperiksa awak?

Razali: kira-kira 100 kes berhubung penyiasatan dubur dalaman bergantung pada kes.

Yusof: Apakah prosedur untuk mengambil sampel-sampel dubur.

Razali: peralatan steril, kesat

Mahkamah ditangguhkan seketika selepas ketua peguam bela Karpal Singh memohon prosiding dilakukan dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan pakar forensik memahami keterangan saksi.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan prosiding dibuat menggunakan bahasa Inggeris.

Menurut Razali, beliau hanya berjumpa dengan pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan semasa pemeriksaan dibuat.

Mahkamah kemudiannya memanggil ketiga-tiga saksi di masuk ke kamar untuk pengecaman.

Yusof : Siapa lagi ada di sana?

Razali : Jururawat, polis dan pegawai perubatan

kemudian yusof menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memeriksa dubur Saiful.

Yusof : Selepas pemeriksaan, ada kamu tandatangani laporan perubatan tersebut.

Razali : Ya, saya cuma tandatangani bahagian saya.

Yusof : Apa penemuan semasa pemeriksaan itu?

Razali : Saya tidak boleh buktikan ada penembusan tanpa kesan luka.

Karpal cuba memperolehi kebenaran untuk menyoal balas Dr Razali pada masa yang lain, tetapi ia dibantah oleh pihak pendakwaan.

Semua pihak yang terbabit kemudiannya beredar ke kamar hakim dan berbincang selama kira-kira 15 minit.

Apabila perbicaraan diteruskan, Karpal memohon penagngguhan bagi membolehkan pasukannya merujuk pakar perubatan.

Meskipun mendapat bantahan, hakim membenarkan permohonan itu. Perbicaraan akan bersambung jam 9 pagi, esok.


FAEZ   (dua dari kanan) pada sidang media di Firma Guaman Edwin   Lim Suren & Soh untuk menafikan dakwaan beliau melarikan adik Mohd   Saiful, semalam.

Sementara itu, FAEZ (dua dari kanan) pada sidang media di Firma Guaman Edwin Lim Suren & Soh untuk menafikan dakwaan beliau melarikan adik Mohd Saiful, semalam.

Adik ipar kepada saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan beliau melarikan adik Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk berkahwin di selatan Thailand pada Mac tahun lalu.

Faez Khairi, 27, berkata adik Saiful, Saidati Adha secara rela mengikutinya ke negara itu untuk bernikah secara sah dengannya.

“Saya difahamkan Mohd Saiful ada membuat pengakuan di mahkamah pada Isnin lalu, saya dan Saidati melarikan diri dan perkahwinan kami adalah tidak sah,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Faez berkata, mereka sudah lama merancang perkahwinan itu tetapi tidak mendapat restu bapa mentua Azlan Mohd Lazim menyebabkan Saidati sendiri membuat keputusan untuk berkahwin di negara berkenaan.

“Saiful Bukhari mengetahui dan sedar mengenai perkahwinan perkara itu, malah selepas berkahwin, kami ada berjumpa dengan beliau sebanyak dua kali. Beliau perlu menjelaskan perkara sebenar kerana imej dan maruah saya terjejas berikutan keterangannya di mahkamah Isnin lalu,” katanya.

Dalam perbicaraan kes liwat Isnin lalu, Mohd Saiful ditanya mengenai keluarganya dan berkata ibu bapanya sudah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun dan beliau tinggal dengan bapanya dan adiknya, Saidati.

Menjawab soalan peguam Karpal Singh mengenai sama ada adiknya sudah berkahwin, Mohd Saiful berkata pada tahun lalu adiknya dibawa lari ke Thailand dan beliau tidak pasti sama ada adiknya sudah berkahwin atau tidak.

Pada sidang media itu, Faez yang ditemani peguamnya, N Surendran turut menunjukkan kepada media salinan sijil nikahnya sambil mendakwa sijil nikah asal dibuang oleh bapa Saidati.

Sementara itu, Surendran berkata, anak guamnya kecewa dan malu dengan kenyataan Mohd Saiful itu dan berharap orang ramai mendapat gambaran sebenar melalui sidang media yang diadakan semalam.

“Dakwaan terhadap anak guam saya adalah tidak benar dan menjejaskan reputasi beliau. Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa anak guam saya bersama adik perempuannya bersekedudukan sedangkan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah, ” katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

No comments: