Tuesday, June 8, 2010

Implikasi misi kemanusiaan GAZA kepada negara


"Assalamualaikum,,..
Misi kemanusian yang kelihatan seperti gagal mengandungi beberapa implikasi kepada perjuangan menentang Yahudi laknatullah dan turut mambawa kesan besar ke atas negara kita.Think tank misi ini diisi oleh gabungan NGO seluruh dunia dengan Turki menjadi penaung.Sementara di peringkat kerajaan, kerajaan Malaysia tidak terlibat sama seperti tidak terlibatnya kerajaan kerajaan lain sama ada yang bergabung dengan OIC, Asean, Nato, EC atau dengan PBB sendiri.Usaha kemanusiaan GAZA yang diberi nama LL4G dan turut diserta oleh PGPO bersama HALUAN PALESTIN, YAYASAN AMAL Malaysia, MUSLIM CARE dan beberapa NGO negara lain tidak langsung melibatkan kerajaan Malaysia serta tidak pula diketahui keterlibatan NGO seperti PPIM, PEKIDA dan PERKASA.

Jadi semua usaha ini tidak harus dilihat sebagai usaha kerajaan Malaysia atau kerajaan lain lain negara selain Turki yang secara resminya menjadi penaung kepada gabungan NGO LL4G.Ianya juga bukan lakonan atau wayang seperti yang didakwa oleh setengah pihak dan ianya juga bukan usaha Mahadir sebagai pengerusi PGPO atau Mukhriz yang menjadi penaungnya atau YB Nizar Zakaria yang mengetuai misi bagi pihak PGPO.Walaupun YB Nizar ialah MP BN, namun penglibatannya tidak harus didakwa sebagai komintment BN atau kerajaan Malaysia kerana selama gabungan NGO merangka rancangan misi, kerajaan Malaysia tidak terlibat langsung.

Oleh itu kehadiran bena berlambangkan simbol BN/UMNO ketika menyambut kepulangan aktivis yang ditawan Israel boleh dianggap lakonan yang melucukan dan sudah tentu kehadiran Muhyidin diragui atas kapasitinya sebagai TPM kerajaan Malaysia.

Inilah implikasi yang cukup besar kerana sesiapa yang mengikuti perkembangan misi dari awal pasti menyedari bahawa BN/UMNO dan kerajaan Malaysia tidak terlibat langsung.Dari itu kehadiran bena berlambang BN/UMNO ketika sambutan itu boleh dilihat sebagai percubaan menanggguk di air keruh sedangkan ramai orang tahu bahawa kerajaan Malaysia menggunakan kepakaran APCO yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai Yahudi seperti Israel sebelum misi bantuan ini berjalan lagi.

Di mana APCO ketika BN/UMNO menyambut kepulangan aktivis yang menentang sekutu mereka?Walaupun ada suara yang mengatakan PR tidak terlibat dalam misi ini tetapi PR telah menyatakan sokongan mereka pada ketika BN/UMNO cuma menyatakannya ala kadar sahaja.Kehadiran seorang MP BN dijadikan bahan dakwaan bahawa kerajaan dan BN/UMNO turut menyumbang serta kesediaan PGPO yang dipengerusikan oleh Mahadir dan dinaungi oleh Mukhriz dijadikan modal untuk menyatakan komintment BN/UMNO serta kerajaan Malaysia.Kita tetap menghargai penyertaan PGPO,Mahadir, Mukhriz serta YB Nizar Zakaria namun barang diingat bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui oleh kepimpinan utama mereka masih menggunakan khidmat APCO.

Jadi penyertaan mereka dalam misi ini bukan sebagai wakil kerajaan atau BN/UMNO tetapi wakil salah satu NGO yang meyertai misi sahaja.Kita mendengar Najib tersekat sekat ketika berucap di majlis sambutan para aktivis walaupun selepas itu kita juga mendengar apa sebenarnya terjadi ketika serangan Israel dari mulut para aktivis sendiri.Kita terharu apabila diberitahu bahawa 3 aktivis Malaysia terkena tembakan peluru getah dan kita bersyukur apabila diceritakan ada bau harum kasturi di tengah tengah jenazah yang terkorban.Ini merupakan satu lagi implikasi yang harus dilihat lebih serius oleh rakyat Malaysia kerana kerajaan negara masih lagi menggunakan khidmat nasihat APCO pada ketika ALLAH menunjukkan kebesarannya dalam trajidi serangan ini.

Para aktivis juga ada mengatakan bahawa intifada' ke 3 sudah bermula dan kali ini Israel bukan sahaja berdepan dengan rakyat Palestin tetapi penduduk dunia.Ini juga memberi impak yang besar kepada negara kita kerana intifada' kali ini turut mengheret APCO yang bakal berdepan dengan rakyat Malaysia.Bersama APCO ialah BN/UMNO.Kesemuanya ini bukan lagi wayang tetapi hakikat yang sudah terjadi, seperti mana Kerajaan Mesir tunduk kepada desakan rakyatnya yang turut menyokong misi kemanusiaan ini untuk membuka semula sempadan GAZA.

Yang masih menjadi tanda tanya, sejauh mana rakyat Malaysia melihat misi kemanusiaan GAZA ini sebagai pemangkin untuk menolak yahudi dan orang orang yang bersengkongkol dengan mereka.

"

No comments: