Friday, June 4, 2010

ALBUM: Kongress AMK di Perdana Resort

Kongres AMK berjaya walaupun Ketua AMK Kelantan melompat

Kongres AMK ke 6 yang berlangsung di Kelantan berjaya diadakan walaupun Ketua AMK Kelantan melompat dan mendakap Ezam senatak katak kotak sewaktu prk di Hulu Selangor.

Syabas Pemuda Guchil ucapkan pada AMK Kelantan yang bertungkus lumus menjayakan Kongres kali ini.

Ini aja gambar yang ada dalam koleksi Pemuda Guchil


Kongres dimulakan dengan wakil Rakyat Palestin menceritakan penderitaan rakyat Palestin. Sedikit sumbangan ikhlas dialu-alukan.




Ketibaan Shamsul Iskandar Ketua AMK Pusat diiringi dengan konvoi motosikal AMK Kelantan dan Kumpulan Dikir Barat Kelantan.



Semua hadirin berdiri nyanyi lagu Negaraku dan lagu Kami Arus Perjuangan..lagu rasmi Parti Keadilan rakyat.



Exco Amk Pusat


Tetamu vip Ustaz Azman Sapawi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat turut hadir...LEPAS JUMAAT Ust Azman Sapawi pergi Demo Anti-Judi di Masjid Bachok....


Mustaffa Kamil Ayub turut hadir...

Hadiah tengkolok dari kumpulan Dikir Barat Kelantan kepada Shamsul Iskandar.



Macam Pak Haji Muda pula Shamsul Iskandar tetapi sekali pandang macam Singh pun ada..

Persembahan Dikir Barat Kelantan memang wajar dipuji walaupun orang luar Kelantan hanya 60% sahaja faham bahasa Kelantan tetapi mesej yang disampaikan dalam Dikir Barat menyentuh jiwa anak muda...


Ucapan Dasar Shamsul Iskandar.



Sidang Media - Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.



No comments: