Sunday, June 13, 2010

DHPP mahu beri kemenangan kepada PAS, tumpas BN

1234 Muktamar Tahunan PAS Ke 56
Oleh Teoh El Sen
PENGKALAN CHEPA: Agenda utama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) buat masa ini ialah untuk memberi kemenangan besar kepada PAS dan menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dengan kerjasama DAP dan PKR dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pengerusinya Hu Pang Chaw berkata, DHPP yang baru dinaik taraf akan meletakkan calon selepas melalui proses penapisan bagi pemilihan calon mengikut lunas-lunas demokrasi.

"Kita tidak boleh kata, kita ada 10 ahli dan kita mahu bertanding di sana sini," katanya pada DSC_0011Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan, di sini hari ini.
Semalam, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan membenarkan ahli-ahli DHPP menggunakan simbol parti pada PRU ke 13 nanti, di kawasan di mana bukan Islam merupakan penduduk majoriti dan kerusi-kerusi akan dikenal pasti kemudian.
Hu menolak kemungkinan penubuhan DHPP mendapat bantahan daripada PKR dan DAP serta menegaskan bahawa matlamat utama DHPP adalah untuk membantu PAS mengguling kerajaan pusat yang memerintah.
Islam membawa keadilan
Mengenai isu tidak boleh mengundi kerana PAS telah memutuskan tidak akan meminda perlembagaannya untuk membenarkan ahli-ahli DHPP menjadi ahli penuh Hu berkata, "ini tidak menjadi masalah selagi ahli-ahli DHPP mempunyai suara dalam parti."
"Kita percaya bahawa Islam boleh membawa keadilan dan demokrasi di negara ini. Tidak penting bagaimana anda mendefinasikan negara Islam atau negara sekular, apa yang penting ialah isinya. Jika Umno memerintah dan rasuah berleluasa, tidak ada gunanya."
DHPP K. DeepakaranTerdahulu, ketika sesi debat ucapan presiden, Setiausaha DHPP K Deepakaran berkata dengan wujudnya dewan ini bermakna PAS telah melangkah setapak lagi di mana faham perkauman ditolak di negara ini.
"Ini merupakan satu cabaran yang besar tetapi dengan sokongan, kami boleh berjuang untuk PAS supaya hasilnya nanti dapat dinikmati bersama.
"Saya berharap para pemimpin PAS boleh memahami perjuangan kami dan menyokong kami di bawah pucuk pimpinan PAS dan di bawah bimbingan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang kami cintai," jelas beliau.
Deepakaran juga menyeru ahli-ahli parlimen PAS mengambil pendirian yang lebih tegas berhubung isu sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang tidak menerima peruntukan kewangan yang sewajarnya dari kerajaan pusat.
"Kami menggesa ahli-ahli parlimen menyuarakannya bagi pihak bukan Islam," kata Deepakaran, menambah lebih banyak program harus di adakan untuk mendaftar lebih ramai ahli.
Beliau berkata, negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat harus mendengar nasihat daripada DHPP apabila melantik ketua-ketua kampung dan untuk mengisi jawatan-jawatan rasmi.
Deepakaran mengakhiri ucapannya dengan laungan "Takbir!" hingga membuat para perwakilan ketawa di dewan muktamar.
Kenyataan yang bercanggah
Sementara itu, wakil Pahang, Hishamuddin Salim memberi amaran kepada para pemimpin yang mempunyai blog untuk dikemaskini dengan kandungan yang baik, "kalau tidak tutup sahaja."
"Apabila para pemimpin membuat kenyataan yang bercanggah dan apabila ahli-ahli menjadi keliru, ianya boleh digunakan oleh musuh-musuh kita.
"Kelajuan masa yang kita perlukan untuk menangani perkara-perkara ini juga penting," kata Hishamuddin, yang mencadangkan supaya seorang jurucakap parti dilantik.
Mohd Nasir Ali, perwakilan Sabah mencadangkan supaya muktamar tahunan juga dijadikan "Hari Kualiti" untuk memberi anugerah kepada cawangan-cawangan parti yang menunjukkan prestasi terbaik agar mereka ini boleh dijadikan contoh.
Wakil Selangor, Mohd Khairuddin Osman berkata penubuhan DHPP merupakan satu langkah yang bijak yang tidak terdapat dalam struktur mana-mana parti politik lain.
"PAS telah mengambil langkah yang bijak…. Umno hanya ada Ketuanan Melayu. Umno sedang panik sekarang ini apabila kita telah berjaya menubuhkan DHPP.
"Kita memberitahu mereka (Umno) bahawa DHPP boleh memenangi undi memandangkan selama ini mereka mengundi MCA dan MIC," katanya, menambah PAS harus terus memupuk perkembangan DHPP dan tidak melupakan mereka yang telah membantu PAS dalam perjuangannya.

No comments: