Kes Sialfol macam bollywood
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes Fitnah 2 yang didalangi Umno-Barisan Nasional mempertikaikan keterangan pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur berhubung terjumpanya sampel air mani pada badan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Malah beliau menyifatkan percanggahan keterangan doktor HKL dengan laporan perubatan hospital sebagai drama Bollywood.
Anwar membayangkan kemungkinan spesimen DNA yang diperolehi daripada tersebut telah diletakkan pihak tertentu bagi mensabitkan beliau dengan kesalahan liwat.
Beliau juga berkata pakar forensik, Dr David Wells yang diterbangkan khas dari Australia untuk membantu pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh, telah menyatakan prosedur pemeriksaan dakwaan liwat oleh HKL adalah diluar amalan biasa.
Dr Wells adalah profesor kriminologi di Universiti Melbourne serta bertugas di Victorian Institute of Forensic Medicine.
Anwar ketika ditemui di luar mahkamah berkata bukti dan dakwaan saksi perbicaraan ini akan dicabar oleh barisan peguamnya yang akan menampilkan 'kejutan'.
"Kita tidak gusar dengan perkembangan ini. Bahkan dalam laporan tersebut ada juga menyatakan terdapat lebih daripada seorang pemilik DNA. Ini seperti drama Bollywood.
"Kita ada pakar yang akan meneliti keterangan doktor yang pada mulanya mengesahkan dalam laporan bahawa tiada penembusan. Doktor (Dr Razali) turut membawa laporan baru daripada kajian makmal. Setelah dua tahun, baru pertama kali kita mendapat tahu mengenai perkembangan ini," kata Anwar.
Beliau berkata sebelum ini pihak pembelaan tidak pernah dimaklumkan dengan penemuan bukti baru tersebut.
Malah notis penangguhan yang dibenarkan hakim selama dua hari tidak dapat memberikan masa yang cukup kepada barisan peguambela untuk membuat persediaan.
Peguam Sankara Nair yang ditemui selepas prosiding menjelaskan bahawa barisan peguambela telah meminta pandangan lanjut daripada pakar termasuk pakar mikrobiologi.
"Ada bukti baru yang ditampilkan hari ini yang berlainan dengan laporan yang dikemukakan. Ini bersalahan, kerana seolah-olah kita telah di'ambush' dengan bukti baru. Sepatutnya kita diberikan peluang dan ruang untuk membuat persediaan," katanya.
Beliau menganggap keterangan Dr Razali tidak konklusif dan barisan peguambela akan memulakan soalbalas terhadapnya apabila prosiding bersambung esok.
"Banyak lagi perkara lagi yang boleh disanggah," kata Sankara.
Sehubungan itu ketika ditanya samada testimoni Dr Razali memeranjatkan, Anwar berkata perkara sebegini telah dilakukan sejak 12 tahun yang lalu dan beliau tidak berasa risau.
"Anda akan rasa terkejut jika membaca laporan tersebut. Ia menyebut air mani dan sampel DNA dijumpai dari dua individu.
Ini betul-betul drama Bollywood.Ini semuanya adalah serangan politik terhadap saya. Ini amat jelas. Anda juga akan terkejut air mani tersebut kepunyaan siapa," tegas beliau.
Karpal juga menyatakan prosiding hari ini tidak mengesahkan identiti individu yang dikaitkan dengan air mani yang dijumpai pada badan Saiful sambil mengandaikan kemungkinan ia diletakkan dengan sengaja .
Dr Razali semasa keterangan beliau memberitahu mahkamah adanya dua sampel DNA kepunyaan dua lelaki dan sampel itu diperolehi daripada bahagian atas dan bawah dubur Saiful.
Anwar mendakwa pihak pendakwa tidak bercakap benar apabila mereka tidak membenarkan pasukan pembelaan akses kepada sampel air mani atas alasan hanya ada satu sampel sahaja.
Beliau merujuk kepada kenyataan awal Dr Razali bahawa doktor tersebut menyimpan sebanyak dua set sampel kawalan.
"Apa yang dikatakan oleh doktor adalah perkara baru. Dia berkata ada beberapa spesimen tetapi pihak polis dan pendakwa kata tidak ada lagi spesimen yang tinggal.
"Sekarang setelah satu setengah tahun hanya spesimen ini yang tinggal. Ini semua amat pelik. Saya serahkan kepada peguam dan saya tidak risau. Setelah 12 tahun berhadapan dengan propaganda media, perkara ini tidak ada kesan kepada saya," kata Anwar.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
No comments:
Post a Comment