Thursday, April 29, 2010

Kenangan di Hulu Selangor

Banyak udang banyak garam...
Banyak orang banyak ragam...

Ada pejuang jadi petualang...
Ada pejuang terus berjuang...

video

Pepatah orang lama...
Bodoh macam lembu...


Tapi ye lah....zaman dah berubah...
dunia dah makin maju....
Pepatah orang baru...
Bodoh tak semestinya lembu...
Cerdik tak semestinya Melayu...

Perkasa pejuang Melayu tak sokong Melayu...
UMNO pejuang Melayu tak sokong Melayu...

Zaman sudah berubah...
Dunia makin maju...
Lembu pun sudah berubah...
Melayu bila nak berubah...

Wednesday, April 28, 2010

Bahtera Nabi Nuh ditemui



HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Tuesday, April 27, 2010

Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

(Gambar: Khalid menunjukkan laporan polis yang dibuat saksi utama dalam kes bunuh Aminul Rashid)

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.-Hrkh

PRK HULU SELANGOR- PERSPEKTIF PERJUANGAN TG NIK AZIZ



"Sebagaimana kita maklum, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu telah berpihak kepada Barisan Nasional. Sementara Pakatan Rakyat pula berjaya mempertahan undi yang diperolehi pada 2008 lalu. Sekadar ingatan, pada pilihan raya 2008 Pakatan Rakyat mendapat 23,177 undi dan pilihan raya kecil ini mendapat 23,272 undi. Bermakna jumlah undi Pakatan Rakyat tidak berkurang malah bertambah 95 undi.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor – Satu Perspektif Perjuangan

Berdasarkan pilihan raya kecil ini, kenapa keputusannya jadi begitu? Sudah tentu di pihak Pakatan Rakyat ada kelemahannya menyebabkan tidak mencapai undi majoriti. Sebaliknya, pihak Barisan Nasional pasti ada kekuatannya menyebabkan mereka menang dan mencapai undi majoriti.

Atas dua nilai itu, segala kelemahan yang ada di sebelah Pakatan Rakyat, maka kita hendaklah sedia memperbaiki dan mengambilnya sebagai pengalaman. Paling penting untuk digunakan bagi mempersiapkan pasukan lawan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Begitu juga, segala kekuatan yang ada di pihak Barisan Nasional hendaklah dijadikan asas kajian dan disesuaikan dengan keupayaan Pakatan Rakyat. Malah harus jadikan ikutan demi memantapkan jentera pilihan raya untuk berdepan dengan Barisan Nasional nanti.

Pengalaman Pengkalan Pasir

Ukuran pilihan raya kecil Hulu Selangor mungkin sesuai dibandingkan dengan pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada Disember 2005. Keputusannya sama, iaitu PAS telah kalah sebanyak 134 undi. Namun yang penting ialah pengajaran diperolehi daripada kekalahan itu telah mendorong kepada gerak kerja mempersiapkan jentera, terutama pendaftaran pemilih dan program cakna rakyat.

Hasilnya pada pilihan raya umum 2008, PAS kembali meraih kemenangan besar mencecah majoriti lebih 2,348 undi. Wajarlah pihak Pakatan Rakyat di Selangor membina kembali imej kalah itu kepada matlamat kemenangan.
Terlodeh kekotoran Umno

Kempen kotor Barisan Nasional memburuk-burukkan Zaid adalah gambaran strategi kempen bebal pihak Barisan Nasional yang akhirnya memabukkan pemimpin Umno/Barisan Nasional sendiri denga isu minum arak. Sebagaimana didedahkan oleh rakan-rakan kita dari KeADILan yang pernah ’tidur sebantal’ dengan pemimpin itu, hanya Tun Abdullah Ahamad Badawi (Pak Lah) sahaja yang dikatakan tidak terlibat dengan gaya hidup yang memabukkan itu. Pak Lah yang diketahui tidak minum arak itu pun turut dilodehkan sendiri oleh Umno. Sedangkan minum arak itu adalah ummul kabir (ibu bagi segala dosa besar).

Semuanya, sekaligus mendedahkan sebahagian besar perangai pemimpin mereka, dan ini mencerminkan pegangan longgar Islam pemimpin Umno yang boleh dipanggil Islam Umno. Atas pendedahan ini, sukacita dinyatakan sikap PAS yang tidak bersetuju untuk berbaik dengan Umno amatlah tepat.

Perjuangan Islam sesuai bersama Pakatan Rakyat

Sesungguhnya, pendekatan kempen Pakatan Rakyat telah memberi ruang kepada PAS mendedahkan Islam. Ini kerana rakan-rakan parti Pakatan Rakyat adalah parti yang memperjuangkan bangsa dan tidak berasaskan Islam. Malah, parti-parti rakan Pakatan Rakyat dilihat sama dengan perjuangan parti-parti politik di negara-negara Eropah yang jelas tidak memperjuangkan Islam.

Hakikat parti yang tidak memperjuangkan Islam ialah parti tidak akan membawa perjuangan ke arah mentakwakan Allah. Sedangkan perjuangan Islam adalah bermatlamat membawa anggotanya bertakwa dari segi akidah, ekonomi, muamalat, munakahat, perundangan dan bertakwa dalam serba-serbi kehidupan.

Oleh sebab itu, bila manusia tidak didedahkan dengan Islam melalui aktiviti parti atau program kerajaan, bagaimana kita nak bawa manusia itu mengenali diri dan mengenal tuhan? Jauh sama sekali bagi manusia untuk memahami asas-asas martabat diri di dunia mahupun di akhirat. Kepada rakan Pakatan Rakyat, terimalah pendekatan Islam yang dibawa PAS ini sebagai isi perjuangan yang boleh melengkapkan keharmonian masyarakat berteraskan agama.

Tazkirah kiamat

Sebenarnya rangkaian perjuangan politik Islam hendaklah dikaitkan dengan dunia dan akhirat. Merujuk firman Allah SWT (al-Waqiah 56:3) bermaksud, “Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).” Justeru itu, setiap orang harus ingat bahawa Allah berkuasa penuh di akhirat nanti. Maka Allah akan merendahkan pangkat dan kedudukan orang-orang yang didapati ingkar terhadap perintah-Nya. Sebaliknya Allah akan meninggikan pula orang yang taat kepada Allah di akhirat kelak.

Sehubungannya, tanggungjawab parti yang memperjuangkan Islam hendaklah memupuk kefahaman kepada masyarakat agar menerima kebenaran Islam dan menerimanya sebagai satu sistem hidup yang menyeluruh di dunia sehinggalah ke akhirat.
Begitu pula, firman Allah SAWT (al-Hasyri 59:19) bermaksud, “dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).” Natijah perjuangan yang berlandaskan nafsu tanpa dikukuhkan dengan akal akidah Islam pasti tidak menjadi amalan yang boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak. Malah, Allah SWT mengecapkan para pejuang nafsu itu sebagai puak fasik dan penentang Allah yang tegar.

Sehubungan itu, peringatan penting untuk para pejuang parti politik sekalian, hendaklah kita memastikan perjuangan yang didukung itu boleh mengingati kita kepada Allah sepanjang masa. Janganlah jadi seperti sesetengah pejuang parti yang langsung tidak ingin menyentuh aspek agama dalam program mereka. Maka janganlah tiru perjuangan orang-orang yang lupa diri dan melupakan Allah. Ingatlah, kita akan menerima bala daripada Allah apabila kita lupa diri, tak ingat dosa-pahala dan tidak langsung mengingati Allah.

Sebenarnya, sifat lupa diri dan melupakan Allah termasuk dalam sifat orang-orang yang fasik. Janganlah semata-mata kita berjuang dan berpolitik menyebabkan kita tergolong ke lembah kefasikan. Semoga Allah menyelamatkan umat Islam daripada karenah perjuangan yang fasik.
Wassalam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

MCA: Gesaan MP Pasir Mas hasutan, mahu BN jauhi Perkasa

Posted by RAKYAT MARHAEN
KUALA LUMPUR, 27 April — MCA menyelar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan berunsur “perkauman menebal” yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.
Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan anggota Parlimen Pasir Mas itu yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina, yang Ibrahim anggap sebagai “tidak berterima kasih” dan “tidak menghargai” amat dikesali.
“Kenyataan itu juga berunsur hasutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Ahad yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan.
Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi “perkauman menebal”.
Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.
Gan berkata jika Barisan Nasional mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.
Jika tidak, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata beliau dipetik Bernama.
“Saya bangga menjadi wakil rakyat yang datang dengan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebarang kenyataan supaya rakyat berterima kasih dan menghargai merupakan pencabulan terhadap amanah dan keyakinan yang diberikan rakyat.
“Mana-mana ahli politik yang membuat kenyataan berunsur perkauman dalam komuniti mereka sendiri akhirnya akan diketepikan oleh rakyat. Saya pasti jika Ibrahim Ali bertanding sebagai calon di kawasan bukan Melayu, beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi,” katanya.

Lagi simpati terhadap Anwar menjelang prosiding kes liwat bulan depan?

Posted by RAKYAT MARHAEN
Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 27 April — Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dilihat meneruskan usaha untuk mendapatkan simpati masyarakat antarabangsa berhubung kes liwat terbaru beliau — yang kedua sejak 1998 — menjelang prosiding kesnya disambung semula bulan depan.
The Malaysian Insider difahamkan Ketua Pembangkang itu mengetuai delegasi ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Yusmadi Yusoff, Ahli Parlimen Balik Pulau dan Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor ke Jakarta, Indonesia untuk menghadiri perhimpunan agung keenam World Movement for Democracy dari 11 hingga 14 April lalu, beberapa hari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Yusmadi memberitahu, jawatankuasa pemandu gerakan itu, yang diketuai bekas perdana menteri Kanada Kim Campbell, telah memulakan inisiatif untuk mengundang kesemua ahli persidangan dalam usaha menghimpunkan solidariti global bagi Anwar dan juga pejuang prodemokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi.
Anwar juga merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat.
“Sekurang-kurangnya 300 ahli Parlimen masyarakat madani telah menandatangani petisyen dan berjanji untuk mendapatkan lebih banyak sokongan dari negara masing-masing,” kata Yusmadi kepada The Malaysian Insider hari ini.
Akhir bulan lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 10 Mei hingga 30 Ogos depan sebagai tarikh menyambung perbicaraan kes liwat Anwar.
Hakim Mohamad Zabidin Md Diah menetapkan 10 hingga 14 Mei depan untuk perbicaraan dan akan disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun, 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.
Petisyen itu menurut beliau, telah dihantar oleh pengarah perhimpunan Bambang Harymurti kepada Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan sejurus selepas selesainya perhimpunan itu, menggesa agar siasatan bebas dijalankan berhubung perbicaraan Anwar dan juga Suu Kyi.
Katanya, lebih 500 orang termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat madani, ahli-ahli Parlimen dan sarjana dari 110 negara Caribbean, Asia, Afrika, Eropah, Amerika Latin dan rantau Timur Tengah telah menghadiri pertemuan itu.
Surat berkenaan, menurut Yusmadi, menggesa Asean menjalankan siasatan bebas mereka sendiri berhubung perbicaraan “pejuang demokrasi” selepas ia memeterai Suruhanjaya Hak Asasi Antara Kerajaan.
“Ini adalah permulaan bagi kami mendapatkan sokongan daripada komuniti global. Ketika perhimpunan, adalah jelas nasib Anwar dikongsi oleh kesemua anggota yang bersetuju perbicaraannya adalah satu pelanggaran jelas hak asasi manusia,” katanya.
Sambil menekankan Pakatan Rakyat menggunakan mekanisme demokratik terkemuka untuk mendapatkan keadilan, beliau mempertahankan tindakan Anwar mendapatkan simpati antarabangsa.
“Kita akan menolak sebarang usaha yang mengatakan yang ini sebagai tidak demokratik, lebih-lebih apakah tahap kepercayaan yang kita letakkan terhadap sistem kehakiman negara untuk memastikan Anwar mendapat perbicaraan yang adil,” kata beliau.
Justeru kata beliau, masih ada masa bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “untuk membetulkan kesilapan” yang dilakukan pemimpin terdahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Kerajaan tidak boleh melihat yang ini sebagai satu bentuk campur tangan. Sebenarnya, mereka seharusnya melihat ini sebagai rintihan warga global,” katanya.
Menurut Yusmadi, petisyen ini hanya sekadar peringatan komuniti global untuk memperjuangkan maruah diri seseorang yang seharusnya menjadi keutamaan berbanding kedaulatan negara.

BETULKAH 'PERKASAM' BERJUANG UNTUK MELAYU

Posted by RAKYAT MARHAEN
·

Perkasa atau nama mesra mereka saya panggil 'PERKASAM' bukan main marah kepada pengundi Cina kerana tidak mengundi calon BN Kamalanathan pada PRK Hulu Selangor Ahad lalu.

Lantas Pengerusi Perkasam, Berahim Al Lompati menggesa kerajaan menilai semula bantuan untuk kaum Cina. Malah beliau menuduh kaum Cina sebagai TIDAK BERSYUKUR. Kalau begitu pegangan dan minda Berahim ini nampaknya beliau juga mungkin menganggap semua yang tidak mengundi BN sebagai rakyat yang tidak bersyukur termasuk pengundi beliau sendiri di Pasir Mas yang mengundi PAS pada PRU 2008 yang menyebabkan beliau menang dan menjadi Wakil Rakyat sekarang. Kalau macam itu, Orang Kelantan negeri asal Al Lompati juga tidak bersyukur tidak mengundi BN pada 2008.

Cetek sungguh pemikiran Al Lompati ini sehingga perkara sedemikian pun tidak dapat difikirkan oleh beliau. Dek kerana ingin membodek dan mengipas Al Lompati tidak dapat berfikir secara waras. Orang Umno sendiri tidak setuju dengan pandagan esktrim beliau ini termasuk Khairy Jamaluddin. Kalau hendak membodek pun biarlah logik dam diterima akal. Jangan sampai orang melihat kita bingung dan bangang. Nampak Al Lompati lebih Umno dari orang Umno sendiri. Inilah yang kita katakan orang GILA TALAK semua perkara yang tidak masuk akal pun di boleh buat.


Saya harap Al Lompati dapat kembali waras dalam mengeluarkan kenyataan takut-takut nanti budak-budak tadika pun gelakkan beliau nanti.

Seperkara ini saya juga mengapa Al Lompati @ Perkasam tidak menyokong dan berkempen untuk Zaid Ibrahim kalau betul Perkasam berjuang untuk Melayu. Bukankan Zaid itu Melayu. Jadi kalau betul Al Lompati Ultra Melayu mengapa beliau terhegeh-hegeh berkempen untuk 'Kamal' Anathan. Memang muka tidak malu betul Al Lompati ini.

Timbul pertanyaan dalam diri saya Perkasam ini berjuang untuk Melayu atau untuk Berahim Al Lompati. ????Kasihan ahli Perkasam dipermainkan oleh Brahim Al Lompati.

POLIS 1 MALAYSIA BERMAHARALELA

SALAM UKHWAH DAN KEADILAN SAHABAT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN.......

SHAH ALAM, 27 April — Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal pagi semalam ketika didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis, meminta supaya allahyarham anaknya tidak digelar penyamun atau penjenayah kerana beliau lebih mengenali siapa sebenarnya anaknya itu.

“Sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkannya saya sangat terluka dan mohon supaya jangan gelarkan arwah anak saya sebegitu rupa. Tidak adil menuduh anak saya sebegitu tanpa pengesahan,” Norsiah, 61, berkata beliau tidak mengatakan anaknya itu sempurna namun bagi dirinya, Aminulrasyid adalah seorang remaja yang aktif dalam pelbagai sukan, periang, mempunyai ramai kawan dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini.

“Saya tidak sangka sikapnya yang manja berlebih-lebihan dengan mencium dan memeluk saya saban hari sejak akhir-akhir ini menjadi kenangan yang ditinggalkannya. Malah dia beria-ria mahu membersihkan kubur arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2004 tetapi itu tidak kesampaian,” katanya.

Norsiah berkata keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini malam tadi.

Aminulrasyid, 15, dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Menurut polis sebilah parang ditemui dalam kereta itu.

Noh pula berkata beliau akan membangkitkan isu kematian remaja itu dalam mesyuarat kabinet esok bagi meminta supaya polis menjalankan siasatan kes itu secara adil.

Beliau berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sendiri telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara terperinci dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat......

KAMI WARGA YG CINTAKAN KEAMANAN DAN KEADILAN MOHON DAN MENDESAK SUPAYA:

1) Satu penyiasatan yg terperinci telus dan adil..Kalau sekadar menemui parang dlm kereta tidak memberikan kuasa mutlak kpd polis untuk melepaskan tembakan sehinggakan menyebabkan kematian...nyawa polis yg melepaskan tembakan ketika itu tidak terancam dgn kematian...kesalahan yg dilakukan oleh simati bukanlah kesalahan yg menerima hukuman mati...

2) Kebelakangan ini rungutan demi rungutan kedengaran yg polis sudah dikira "trigger happy"...ini amat memberikan gambaran buruk kepada PDRM kita...

3) Mana hilangnya suara Pemuda Umno, Perkasa dan Pekida dalam memperjuangkan isu ini?...mengapa isu tomahan yg mempalitkan kezaliman polis kamu semua pakat senyap belaka?

perlu diambil ingatan...majoriti anggota dan pegawai polis sama yg masih bertugas maupun yg telah bersara adalah mereka yg dedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas mereka....

Sebab itu kenaikan gaji dan imbuhan yg diluluskan oleh kerajaan pada 25hb Mc 2010 yg lalu sempena menyambut Hari Ulang Tahun Polis tiada sebarang bantahan malahan disokong penuh....

4) Kembalikan kegemilangan dan kehebatan PDRM dimata hati rakyat...motto.. TEGAS,ADIL DAN BERHEMAH hendaklah dijadikan amalan dan juga dilihat ianya diamalkan..

5) Adakah polis 1 malaysia 1 Israel benar-benar bertindak ala-polis Israel?
Jangan salahkan rakyat sekiranya rakyat berkata..." POLIS BABI ISRAEL.."

Ikuti suara YB Khaid Samad dalam isu ini.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Keluarga juvana mati ditembak polis tuntut penjelasan

SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada juvana yang mati terbunuh petang tadi menyuarakan rasa kecewa dengan dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.
"Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga.

"Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa tak kenal dia."

Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut.

"Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus, itu saja," ujarnya,

Kakak mangsa, Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula tidak menyedari arwah memandu kereta suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas menonton kejohanan bola sepak Eropah.

Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36, menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta di luar kediaman.

Pada ketika itu, menurutnya, kelihatan polis serta penduduk tempatan sedang berhimpun mengelilingi keretanya.

Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit, iaitu adiknya.

Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, di sini.

Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan sekeras-kerasnya.

Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.

"Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran," ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.

Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh. -Hrkh

P94 Hulu Selangor :Video yang tidak akan keluar dalam RTM dan sekutu







Monday, April 26, 2010

Yang tersirat dan tersurat...


YANG TERSURAT


YANG TERSIRAT


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Anwar: BN belanja RM65,000 bagi setiap pengundi

Posted by RAKYAT MARHAEN

Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.

"Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.

Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor.

" Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.

Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.

"Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.

"Kami an
ggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.

Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008.

"Tiada apa untuk Najib raikan," katanya.

Sedikit Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor

Posted by RAKYAT MARHAEN

Parti perasuah besar di Malaysia, BN kini berbulan madu selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi walaupun membelanjankan jutaan ringgit selain dengan cara kotor dan jijik dalam Pilihan Raya paling tersebut.
Namun, apa yang pasti Pakatan Rakyat (PR), harus mengambil apa jua iktibar akibat kekalahan itu termasuklah faktor-faktor berikut.
Jentera PR tidak digerakan semaksima mungkin.
Parti Barang Naik, BN, yang memulakan kempen kotornya dengan mengaitkan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim dengan arak, walaupun dibalas dengan penerangan ratusan ribu risalah oleh Angkatan Muda PKR bersama jentera Pakatan Rakyat tetap dilihat gagal.
Ini kerana tinjauan erapakatan.com mendapati ada beberapa buah kampung kecil langsung tidak menerima bahan kempen itu.
Anehnya, di kampung tersebut turut tiada bendera PKR selain jentera BN awal-awal lagi telah mendirikan bilik gerakan mereka.
Malah, di salah sebuah papan kenyataan di balai raya tersebut jelas menunjukkan risalah BN dengan propaganda fitnahnya jelas tertera di situ.
Perpecahan ahli PKR di Hulu Selangor
Selain itu, walaupun tindakan Dr. Halili Rahmat yang keluar parti tidak diikuti oleh orang rapatnya teermasuklah mereka yang bersamanya seawal tahun 1998 dulu, namun perpecahan yang wujud dikalangan ahli parti itu dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bukan lagi rahsia besar.
Sumber memberitahu, sekurang-kurangnya terdapat empat kem PKR dalam kawasan itu terutamanya selepas kemenangan PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Empat kem itu pula bukan sahaja mengadakan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing malah wujud usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain termasuklah dalam satu mesyuarat beberapa bulan sebelum pencalonan Datuk Zaid Ibrahim.
Empat kem itu yang antaranya bergerak di bawah sekretariat tertentu, juga bergerak mengikut Cabang, Parlimen dan pemimpin tertentu sekaligus melumpuhkan jentara PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.
Antara Ofensif dan Defensif
Turut menjadi faktor kekalahan PR pada kali ini juga ialah apabila jentera parti lebih bersikap defensif atau bertahan berbanding startegi ofensif atau menyerang seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Ini terbuti apabila awal-awal lagi jentera BN melakukan serangan dan provokasi melalui bebarapa bill board dan kain rentang, sesuatu yang berbeza dari sebelumnya yang mana pihak Pakatan Rakyat lebih mendahului.
Bill Board itu termasuklah mengaitkan calon PR dengan arak, selain menggambarkan gabuang parti PKR, PAS dan DAP sebagai bermasalah yang diletakkan di jalan-jalan utama dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.
Kesimpulan
Walaubagaimanapun, PRK di Hulu Selangor sudah pun menjadi sejarah, tinggal lagi bagaimana PR mengambil iktibar dari kekalahan itu kerana jumlah majoriti 1,725 yang diraih oleh BN itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jutaan ringgit campur perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka.
Malah, keputusan itu bolehlah disifatkan sebagai ‘kalah’ kerana jumlah keseluruhan undi BN jika dicampur dalam ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen itu seperti mana dalam PRU lalu adalah jauh lebih tinggi berbanding angka 1,725 itu.
Sebelum ini, BN meramalkan mereka akan menang kira-kira 5,000 majoriti dan angka 1,725 undi itu jauh lebih kecil selain bantuan Suruhanja Pilihan raya (SPR) yang memindahkan ribuan pengundi termasuklah ke kawasan Selayang yang dilihat bertujuan untuk memenangkan BN sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.
Tetapi yang pasti, undi masyarakat Cina terhadap PR bukan sahaja terus mencatatkan peningkatan malah pastinya menjadi igauan ngeri buat BN menjelang PRK Parlimen Sibu Mei ini.
Untuk rekod, masyarakat Cina di Hulu Selangor terdiri daripada luar Bandar berbanding masyarakat Cina di majoriti kawasan Bandar dalam Parlimen Sibu yang pastinya membuatkan fakta ini mengganggu tidur Presiden Umno, Najib Razak.

Oleh Masdar Wahid

PRK Hulu Selangor: Perkasa gesa BN tangguh bantu kaum Cina

Posted by RAKYAT MARHAEN
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 26 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kontroversi menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.
“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.
“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.
Walaupun analisis menunjukkan sokongan pengundi Cina masih belum memihak kepada BN tetapi ia menerima peningkatan undi komuniti India hampir 10 peratus.
BN meletakkan sasaran majoriti 6,000 undi.
Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider awal minggu lalu Ibrahim sendiri meletakkan majoriti 3,000 kepada BN tetapi Khamis lalu menurunkannya kepada 1,500 undi.
Kata beliau, apa saja yang kaum Cina minta kerajaan sedia berikan tetapi mereka tidak berterima kasih.
“BN kena ambil hati orang Melayu yangg tetap setia pada BN.
“Oleh itu dasar afirmatif untuk memperkasakan kaum Melayu dan Bumiputera mesti diterus dan dilaksanakan dengan tegas,” kata beliau dengan merujuk kepada Model Ekonomi Baru yang sedang dirangka.
Malam tadi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.
“Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.
“Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru,” katanya.


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata, MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.
Ibrahim berkata kemenangan BN membuktikan rakyat mahu ketenangan dan kesetabilan politik.
“Ia juga bukti rakyat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak) sebagai perdana menteri. Ia juga membuktikan politik perkauman ditolak rakyat.
“Cuma pengundi kaum Cina nampaknya tidak berterima kaseh pada kerajaan BN. Jelas pengaruh MCA dan Gerakan ditolak masyarakat Cina.
“Pelbagai tuntutan kaum Cina, kerajaan layan, tapi balasannya tidak seberapa,” katanya.
Katanya, usaha pihak tertentu untuk memburukkan nama Perkasa dalam pilihan raya Hulu Selangor juga tidak memberi kesan.

Hulu Selangor tidak jejas komitmen Pakatan Rakyat 'ke Putrajaya'

KUALA LUMPUR, 26 April: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) menyeru seluruh pendukung Pakatan Rakyat supaya menjadikan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam untuk meningkatkan semangat dan istiqamah di dalam perjuangan menuju 'ke Putrajaya'.

“Keputusan pilihan raya itu memberi ruang kepada kita untuk terus meningkatkan komitmen dan istiqamah memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat sama ada dalam pilihan raya kecil selepas ini atau pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika dihubungi pagi ini.

Tambahnya, keputusan itu tidak sekali-kali menjejaskan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Menurutnya, hasrat `ke Putrajaya’ hendaklah menjadi fokus utama para pendukung Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Selaku Pengarah Pilihan raya PAS pada pilihan raya kecil itu, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para petugas parti dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Zaid Ibrahim.

PAS, ujarnya, menerima keputusan pilihan raya itu dengan hati terbuka dalam konteks demokrasi.

“Kita tidak anggap ia sebagai kekalahan tetapi tak menang saja,” ujarnya seloroh berdasarkan undi majoriti di ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya umum lalu menyaksikan Pakatan Rakyat memperolehi 20,108 undi di Dun Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru berbanding BN berjumlah 26,264 sementara 23,177 undi bagi kerusi parlimen sementara BN pula 22,979 undi.

Pada pilihan raya kecil semalam, Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat daripada PKR mendapat 23,272 undi sementara calon MIC (BN), P Kamalanathan memperoleh 24,997 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil semalam, undi Pakatan Rakyat cuma berkurang 95 sahaja berbanding pilihan raya umum 2008 sementara BN meningkat 2,018 undi.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan 48,935 daripada 64,500 pengundi atau 75.87 peratus keluar membuang undi manakala 47,845 pengundi daripada 63,593 atau 75.24 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.-Hrkh

Terus berjuang, kerja lebih kuat - TG Nik Aziz


KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam.

Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.

Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral.

Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.

Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid Heret BN ke Mahkamah?


ZAID Ibrahim kemungkinan akan membantah keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berakhir semalam di mahkamah. Ini berikutan berlakunya rasuah secara meluas dalam pilihan raya berkenaan.

Antara bentuk rasuah dilakukan selain pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat semasa proses pilihan raya berlaku ialah pemberian wang ringgit melalui agen-agen BN.

Maklumat sedang dikumpul seberapa banyak yang boleh berhubung dakwaan berkenaan. Zaid juga dijangka akan membuat sidang akhbar esok berhubung tindakan yang akan diambil. Dalam pilihan itu Zaid kalah ditangan Kamalanantha dengan kekurangan undi sebanyak 1,725. Beliau mendapat 23,272 undi manakala Kamalanathan mendapat 24,997. Sebanyak 731 undi yang ditolak.

Sehubungan itu juga satu panel terdiri dari kalangan penguam terkemuka akan dibentuk untuk merangka satu memorandum untuk dihantar NGO hak asasi manusia dan pencinta demokrasi tulen di seluruh dunia. Memorandum itu menjelaskan kepincangan berhubung proses perjalanan pilihan raya di negara ini yang dikatakan berat sebelah, tidak ada dan memperalatkan jentera kerajaan.

Memorandum ini bakal menjadi dokumen baru untuk digunakan oleh para pendokong demokrasi tulen bagi mengkritik perjalanan pilihan raya di negara ini. Ia juga nanti akan digunakan oleh Bersih - sebuah badan bertindak dan memperjuangkan pilihan raya bersih dan telus yang pernah berarak menggegarkan negara beberapa tahun lalu.

Sekiranya memoranum ini menjadi kenyataan inilah tindakan pertama secara profesional diambil bagi mempersoalkan kepincangan perjalanan pilihan raya dan demokrasi di negara ini yang dikatakan pincang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang.

Petiysen ke atas pilihan raya Hulu Selangor itu dan memorandum itu dilihat bakal memberi tekanan baru kepada kerajaan agar berlaku telus dan adil dalam setiap pilihan raya.

Sunday, April 25, 2010

Perjuangan Dato Seri Anwar terus diuji dan berliku

"Akhirnya kawasan Parlimen Hulu Selangor kembali ke pangkuan kerajaan BN setelah 2 tahun dibawah PKR.PRK Hulu Selangor ini adalah dianggap PRK paling penting serta penentu bagi pihak PR dan BN bagi menunjukkan diantara kedua pihak ini manakah yang benar-benar dapat menawan hati rakyat.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa PRK Hulu Selangor bagi menentukan jatuh bangunnya imej BN yang diketuai Najib Razak mahupun PR yang diketuai Anwar Ibrahim.

Namun ramalan awal banyak mengatakan bahawa kerajaan BN akan memenangi PRK P94 ini dengan alasan bahawa Najib dilihat begitu berusaha melakukan perubahan terhadap pentadbiran kerajaan UMNO-BN walaupun kerajaan BN mahupun penerajunya sendiri menghadapi pelbagai dakwaan skandal yang agak serius.Kemenangan pihak BN dengan majoriti 1725 dalam PRK P94 pada hari ini adalah jawapan atau penerimaan rakyat Hulu Selangor terhadap perubahan yang dibawa oleh Najib.

Di pihak Anwar pula ia adalah suatu ujian dan dugaan besar yang bakal dipikul oleh beliau selaku peneraju PKR-PR.PKR baru sahaja menghadapi masalah dalaman yang agak serius apabila 4 ahli parlimen mereka telah bertindak menjadi ahli bebas kerana tidak serasi dengan dasar parti selain terpalit dengan isu masalah peribadi yang mendorong mereka keluar parti. Dugaan yang terkini pula ialah apabila PKR telah mengalami kekalahan dalam PRK Hulu Selangor menentang calon BN dari MIC.Ini bermakna kerusi parlimen PKR dalam parliomen semakin berkurangan.

Kekalahan PRK ini juga akan digunakan dengan semaksima mungkin oleh kerajaan UMNO-BN untuk menghentam dan merosakkan imej Anwar selaku peneraju PKR dan juga PR.Ini adalah permulaan pihak UMNO-BN untuk menggunakkan isu kekalahan PKR-PR ini sebagai senjata baru dalam politik mereka dalam menghadapi PR.Namun kekalahan pihak PKR bukanlah bererti perjuangan dalam membela suara rakyat telah berakhir.Anggaplah ia sebagai satu cabaran positif bagi menghadapi PRU-13 nanti.

Anwar Ibrahim akan terus berhadapan dengan pelbagai ujian yang penuh dengan berliku demi untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN dengan membawa wadah perjuangan baru terhadap seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan besar yang positif terhadap negara dan seluruh rakyat. Buat penyokong PKR-PR sekarang ini bakal berhadapan dengan perang persepsi daripelbagai pihak dalam mahupun luar parti.Apapun terus perjuangan sehingga PRU-13,Insyaallah PR bakal menjadi parti pemerintah.

3 ADUN S'gor nafi 'khabar angin' meninggal dunia


Dalam suasana panas menanti keputusan rasmi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini, tiga anggota ADUN Selangor pula 'panas hati' apabila khabar angin heboh memperkatakan bahawa mereka telah meninggal dunia.

Bermula dengan ADUN Kota Damansara (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, khabar angin itu kemudian dikaitkan dengan ADUN Damasara Utama Dr Cheah Wing Yin (DAP) dan juga ADUN Sungai Burong Shamsuddin Lias (BN), hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.


Bilik berita Bernama dan telefon bimbit wartawan hari ini dihujani dengan panggilan bertalu-talu daripada orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan tersebut selain daripada ingin mendapatkan perkembangan mutakhir keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Nyata khabar angin itu tidak berasas apabila Shamsuddin ketika dihubungi Bernama menjawab panggilan tersebut sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.

"Alhamdulillah saya masih sihat, tiada apa-apa. Memang saya terima banyak panggilan dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bertanyakan kesahihan khabar angin bahawa saya sakit tenat dan sudah meninggal dunia," katanya.

Katanya beliau sihat dan berada di Hulu Selangor bagi membantu jentera BN dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

"Saya kecewa dengan dengan budaya suka menabur fitnah dan khabar angin seperti ini. Ia perlu dicegah dan dihentikan kerana boleh merosakkan masyarakat," katanya.

Shamsuddin turut meminta orang ramai khususnya rakan-rakan dan pengundi di kawasannya supaya bertenang dan tidak mempercayai khabar angin itu.

"Terima kasihlah kerana menelefon dan menghantar SMS kepada saya. Ramai terperanjat dengan berita kematian saya ini. Apapun saya masih sihat dan masih hidup," katanya.

Dr Mohd Nasir pula walaupun gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksinya berhubung khabar angin itu tetapi disahkan sihat dan tidak terbabit dalam sebarang kemalangan jalan raya oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan yang memaklumkannya melalui twitter.

"Dr Nasir, pengerusi PSM dalah selamat dan sihat. Beliau tidak terlibat dalam sebarang kemalangan seperti disebarkan dalam khabar angin," tulisnya dalam twitter itu yang menggunakan identiti twitter Arul PSM Sec-Gen, yang disiarkan di lamanweb rasmi PSM.

ADUN Damasara Utama, Dr Cheah yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Sunway selepas terlibat dalam kemalangan 13 Mac lepas, turut menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun pembantu khas beliau, Richard Yap ketika dihubungi menafikan perkara itu dan menyifatkannya sebagai khabar angin semata-mata.

Sebaliknya Yap berkata, keadaan Dr Cheah kini bertambah stabil dan beliau dijangka dipindahkan ke wad biasa esok.

"Selepas Rabu ini, kami jangkakan pelawat dibenarkan melawat beliau," katanya.

ADUN itu mengalami kecederaan serius di kedua-dua belah kakinya selepas terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam.

Keputusan Rasmi… BN Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi

Keputusan Rasmi Selepas Kiraan 137 Saluran

PKR:23,272

BN:24,997

Majoriti: BN Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi

Keputusan Hulu Selangor yang Menghairankan?

Dari keputusan rasmi yang kita dapat:

PKR - 23,272
BN - 24,997
Majoriti - 1725

Saya mengucap syukur kepada Allah SWT kerana telah mentaqdirkan keputusan seperti ini. Ia bermakna kekuataan PR masih utuh dan kuat. BN dengan menggunakan segala kekuatan dan keupayaan mereka cuma mampu meraih 1725 majoriti sahaja

Secara mudahnya, majoriti BN itu didapati dari undi pos (650) serta undi-undi rosak pada 2008 yang kembali pada BN (1466)


Apabila dijumlah keduanya menjadi 2110 undi. Dan majoriti BN yang baru didapati hanyalah 1725, dibawah undi rosak yang kembali + undi pos.

Perlu diingat, ini adalah kawasan yang PALING KUAT UMNO dalam SElangor dan dalam Malaysia. Sekiranya keputusan ini dijadikan rujukan, maka ia bermakna UMNO akan KEKAL KALAH di Selangor dan di semua kerusi yang mereka menang tempohari.

KEPUTUSAN YANG MENGHAIRANKAN. ADA PENGUNDI HANTU?

Keputusan baru Hulu Selangor ni juga satu bentuk keputusan yang menghairankan. Mengapa saya kata demikian? K

Kerana Undi PKR NAIK berbanding 2008:

2008 : 23,177

2010 : 23,272

Bererti kenaikan sebanyak 95 undi. TAPI dalam naik pun PKR tetap kalah.

Saya menghidu terdapatnya RAAMAAAIIII hantu2 yang telah mengundi, ditambah lebih 1000 pengundi yang telah di buang nama mereka dari senarai oleh SPR.

Suka tak suka, perlu ada siasatan terhadap keputusan ini. Saya menghidu penipuan sekali lagi.

Kepada penyokong dan pendokong PR, jangan jatuh semangat. Kita kena tipu dan di masa lain mereka tak boleh tipu lagi, inshaalah.

PILIHANRAYA AKAN DATANG - KOTA DAMANSARA

Sunday, April 25, 2010


Bersiap sedia utk satu lagi pilihanraya kecil. Dr Cheah Wing Yin ADUN Kota Damansara DAP kemalangan jalanraya dan meninggal. Jenazah di hospital Sg Buluh-Info dari anggota PDRM

BERITA TAK CONFIRM!!

PRK N8: Sungai Burung bermakna Sungai yang 'Banyak Burung'

N8 SUNGAI BURONG
Jumlah Pengundi: 18,988
Peratusan Kaum: M: 86.1 % C: 11.3% I: 2.5% L: 0.0%
1. Datuk Mohd. Shamsudin Lias (BN) (8,872)
2. Abdul Ghani Samsuddin (Pas) (6,162)
Majoriti: 2,710
Jumlah undi: 15,370
Peratus mengundi: 80.95%
Undi rosak: 336

Sambil mendapat berita terkini tentang PRK P94, sempat 'surf' keputusan PRU12 Negeri Selangor, Darul Ehsan.

Tetiba sahaja teringat akan DUN kawasan ini. Entah kenapa. Mungkin sebab baru makan nasi kandar berlaukkan burung puyuh goreng.

LIVE : Keputusan PRK Hulu Selangor

2010 Apr 25

8.48 PM : PKR 20582 | BN 21617 (-1035)

Keputusan Terkini/Tidak Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen P094 Hulu Selangor

Keputusan ini dibawakan khas oleh

Pakatan Blogger

Calon Parti Jumlah Undi
Datuk Zaid Ibrahim

20582

P.Kamalanathan

21617


Jumlah Pengundian Peratus Pengundian Majoriti

42199

65%

-1035

Saturday, April 24, 2010

Khabar dari Hulu Selangor - Terkini

Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

memang panas beb !!

Di Batang Kali, penyokong Pakatan dan BN, bersorak dan mengejek satu sama lain. Penyokong BN memanggil penyokong Pakatan "bodoh, gemuk" dan melaungkan "liwat", manakala penyokong Pakatan membalas “Umno rasuah" dan “Apco-Umno, "Umno-Yahudi”.

Terdapat satu laporan mengenai pengundi, terutama warga emas, yang pergi ke pusat pengundian yang salah ,kerana tidak tahu yang nama mereka telah dipindah ke tempat lain.

Warga emas yang pergi ke SRJK (C) khususnya, tidak tahu yang nama mereka telah dipindahkan ke pusat mengundi yang lain dalam daerah mengundi Kampung Baharu Serendah.

Seorang lagi warga emas yang pergi ke Sekolah Agama Serendah medapati namanya didaftar mengundi di SRJK (C) Serendah.


Barung panas punya cerita

Berlaku sedikit kekecohan di Batang kali diantara penyokong Pakatan Rakyat dan penyokong BN, ianya berpunca dari barung panas yang didirikan oleh penyokong Pakatan rakyat yang mendapat bantahan dari penyokong BN.Bagaimanapun pihak SPR masuk campur dan dapat meredakan ketegangan diantara kedua belah pihak

Sementara itu di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya saling berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.

Penyokong Pakatan Rakyat dari parti Pas

Aduan polis Orang Asli 'dihalang' mengundi

hulu selangor elizabeth wong police report orang asli village  barricade

Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini di pejabat polis Kuala Kubu Bahru kerana mendakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan Orang Asli daripada keluar mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Dalam laporannya, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan mendakwa beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dari kalangan Orang Asli yang mendakwa terdapat 'samseng' yang mengawal jalan masuk ke perkampungan mereka.

Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.

Elizabeth berkata, beliau telah mengenal pasti dua perkampungan terbabit sebagai Kampung Orang Asli Kirling dan Kampung Orang Asli Pertak.

Elizabeth percaya ia bertujuan untuk menghalang Orang Asli daripada keluar mengundi hari ini. -M'kini

Difahamkan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan sebahagian besar masyarakat Orang Asli mencenderung menyokong Pakatan Rakyat dan mungkin mengundi PKR hari ini.

Elizabeth berkata, beliau mahu polis bertindak segera membuang halangan di dua perkampungan Orang Asli terbabit.-M'kini

Malam Terakhir Kempen PRK P-094

Jam 9:08 malam di Mini Stadium Kuala Kubu Baru...


Jam 9:19 malam... antara Pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah berada di Mini Stadium Kuala Kubu Baru ialah Tian Chua, Azmin Ali, Syed Husseyn Ali, bekas MP Hulu Selangor, SS Subramaniam dari MIC juga kelihatan di atas pentas.


Acara membantai UMNgOk/Beer eNd dimulakan oleh Saudara Tian Chua. Tian Chua adalah "ikon" bagi anak muda. semua anak muda yang waras kagum akan semangat Tian Chua. dalam UMNgOk/Beer eNd tidak ada "ikon" seperti ini... yang ada cuma "ikon" DVD/VCD phorno...


Jam 9:39 malam... acara membantai UMNgOk/Beer eNd diteruskan lagi oleh Ketua AMK Pusat, Syamsul Iskandar... Ketua AMK ini ialah "ikon" bagi mereka-mereka yang suka membuat laporan polis. keh keh keh keh keh...!!!


Jam 9:39 malam... Calon Pakatan Rakyat - Dato' Haji Zaid Ibrahim tiba di Mini Stadium Kuala Kubu Baru. ketibaan beliau disambut dengan begitu meriah... laungan "Re-For-Ma-Si", "KeADILan" dan laungan "Takbir" bergema di Mini Stadium Kuala Kubu Baru.

Ternyata "pembunuhan karektor" yang cuba dilakukan oleh pihak Gerombolan gagal menjatuhkan atau merosakkan kreadibiliti Calon Pakatan Rakyat, malah ianya telah menaikkan lagi kehormatan Dato' Haji Zaid Ibrahim.

Kesilapan lalu adalah kesilapan lalu, Allah itu Maha Pengampun. pintu taubat sentiasa terbuka. Allah mengangkat "darjat" seseorang Hamba-Nya yang bertaubat.


Dato' Haji Zaid Ibrahim dan Isteri - Datin Suliana, Loh Gwo Burne... lepak-lepak merehatkan diri. minggu ni adalah minggu "honey-moon" bagi pasangan Dato' Haji Zaid dan Datin Suliana... kesana-kemari macam belangkas, sentiasa berdua.


Jam 9:56 malam... giliran Naib Presiden PKR membelasah UMNgOk/Beer eNd. Azmin cabar Najib untuk berdebat. tajuk debat ialah "Isu Keselamatan Negara". Malaysia patut berbangga dengan Perdana Menteri yang kita ada sekarang. agak sukar untuk mencari "seekor" Perdana Menteri yang pengecut seperti Najib.

Macam mana Najib nak berhadapan dengan Negara luar kalau dengan rakyat Negara sendiri pun "kecut"..?


Jam 10:10 malam... Karpal Singh "The King" tiba. makin lewat malam, makin hangat di Mini Stadium Kuala Kubu Baru. seorang demi seorang Pimpinan Pakatan Rakyat hadir menyatakan sokongan kepada Calon Pakatan Rakyat - Dato' Haji Zaid Ibrahim.


Jam 10:23 malam... hadirin semakin ramai, Mini Stadium dah jadi macam tin sardin... sesak... ada yang mula menjerit-jerit minta yang berada didalam Mini Stadium penuhkan bahagian depan. diluar Mini Stadium, orang ramai berpusu-pusu datang.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang lain-lain terkandas dalam kesesakan lalulintas sepanjang 8 kilometer. skuad motorsikal dikerah ke jalanan untuk mengambil para Pimpinan Pakatan Rakyat yang terkandas dalam kesesakan.

Hadirin dianggarkan mencecah lebih dari 10,000 orang... ini signal yang baik untuk Pakatan Rakyat. Melayu, Cina, India, Orang Asal... semua berduyun-duyun memenuhi Mini Stadium. tiada makanan atau minuman percuma disediakan.


Jam 10:25 malam... Giliran "The King" pula membelasah UMNgOk/Beer eNd. semua mesti ingat perkataan ini - "Kawan-Kawan"... hahaha...!!! Karpal pandai buat lawak "kawan-kawan"...

Semua hadirin ternganga bila "The King" berucap...


Jam 10:34 malam YB Zuraida tiba bersama dengan Isteri kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.


Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. semakin hari, Negeri Selangor semakin stabil. rakyat Selangor sangat-sangat beruntung mendapat seorang Menteri Besar yang berkreadibiliti dan bijak dalam mentadbir Negeri Selangor.


Jam 10:41 malam... Thamrin bin Tun Ghafar Baba tiba... gerombolan semakin kusut... seorang demi seorang bekas gerombolan mula meninggalkan perjuangan "Kebangsaan" yang menjadi tunjang perjuangan gerombolan. "Bangsa" bukan lagi menjadi tunjang perjuangan mereka yang faham akan Demokrasi. "Bangsa" bukan lagi menjadi paksi perjuangan mereka-mereka yang faham kehendak Agama Islam.


Jam 10:51 malam... Media Perdana tidak akan memaparkan gambar ini. simpan untuk kenangan anda. hari ini sejarah tercipta di Mini Stadium Kuala Kubu Baru. sesiapa yang hadir, anda adalah sebahagian dari sejarah.


Jam 10:54 malam... Dr. Hassan Ali dan Lim Guan Eng tiba serentak... gerombolan bertambah kusut. nak China yang pernah dipenjara kerana membela nasib seorang anak gadis Melayu yang digelapkan masa depannya oleh Pimpinan UMNgOk/Beer eNd kini bukan sebarangan Anak China. Anak China ini sudah bergelar "Ketua Menteri Pulau Pinang".

Gerombolan cukup-cukup benci pada Anak China ini sebab Anak China ini tahu banyak mengenai Agama Islam dan kebaikannya. gerombolan tidak suka orang yang berminat dengan Agama Islam.


Jam 10:57 malam... Mini Stadium bergema dengan laungan "Allahu Akhbar"... China, India, Melayu, Orang Asal semua bangun berdiri memberi penghormatan kepada tetamu paling istimewa pada malam itu. semua kaum melaungkan kalimah "Allah Maha Besar"... tiada kedengaran laungan "Hidup Melayu"... langsung tiada...

Semua hadirin tersenyum gembira menyambut ketibaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang disayangi. semuanya bersemangat. meremang bulu roma mendengar gema Takbir...


Jam 11:09 malam... Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan. 1 Jawatankuasa yang akan mengendalikan kes tertangguh antara Peneroka dan Felda bakal ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Dato' Zaid Ibrahim.

Tiada wang tunai diberikan kepada peneroka oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor akan membantu warga peneroka Felda untuk mendapatkan hak mereka walau dengan apa cara sekalipun.

Banyak hak-hak para peneroka telah dinafikan oleh Felda selama ini dan sudah sampai masanya warga Felda diberi pembelaan yang sewajarnya. Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu mana-mana rakyat didalam Negeri Selangor menjadi "hamba". rakyat adalah "Tuan" dan kita akan angkat hak rakyat ke tempat yang sewajarnya. ini bukan zaman "hamba", ini zaman Keadilan.


Jam 11:14 malam... EXCO Kerajaan Negeri Kelantan - Dato' Paduka Haji Husam Musa tiba di Mini Stadium Kuala Kubu Baru selepas merasmikan Mesyuarat Agung tahunan PAS Selayang. para hadirin berebut-rebut mahu bersalaman dengan orang kuat Kerajaan Negeri Kelantan.


Jam 11:18 malam... bagaimana gerombolan mahu menghadapi gelombang kebangkitan seperti ini..?


Jam 11:21 malam... Lim Kit Siang tiba...


Jam 11:24 malam... Calon Pakatan Rakyat - Dato' Haji Zaid Ibrahim menyampaikan ucapannya yang terakhir dalam tempoh kempen PRK P-094.


Jam 11:33 malam... Mursyidul Am PAS - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan amanat terakhir kepada bakal pengundi P-094.


Jam 11:55 malam... Ketua Umum PKR... amanat terakhir kepada bakal pengundi... pilihan ditangan anda... mahu perubahan atau kekal tanpa perubahan...