Helen Ang
Pada 13
Mei setibanya perdana menteri di stesen RTM kira-kira pukul 10.30 malam,
beliau terus berucap menerusi televisyen dengan mencelah di
tengah-tengah sebuah rancangan kegemaran ramai.
Sila baca dengan teliti.
Teks ucapan Tunku Abdul Rahman (13 Mei 1969):
“Kejadian
yang tidak diingini telah pun berlaku di Kuala Lumpur dan pasukan
keselamatan telah pun mengawal dengan kuatnya di serata-rata tempat dan
penjuru-penjuru jalan. Dengan keadaan yang demikian, saya terpaksa
mengisytiharkan Darurat di Kuala Lumpur. Curfew pun telah dimulakan dan
dijalankan. Dan saya telah memberikan kuasa mengisytiharkan darurat
ataupun state emergency di serata-rata negeri lagi, sekiranya wajib
berbuat demikian, kerana hendak menjaga keamanan negara dan nyawa dan
harta benda dan dengan ini adalah menjadi tanggungjawab saya dan saya
akan menjalankan dengan sekuat-kuatnya kuasa saya itu.
“Saya
minta pertolongan semua pihak yang bertanggungjawab supaya bekerjasama
dengan pegawai-pegawai keamanan untuk menolong menjaga keamanan di
negara kita ini dan penduduk-penduduknya sekalian. Kejadian yang berlaku
itu tidak ada sebab. Apa yang diperbuat oleh parti pembangkang pada
semalam, kita tidak ingini dan saya pegang dan tuduh mereka telah
memulakan kejadian yang jahat itu, kejadian yang khianat itu. Tetapi
balas-membalas bukan boleh menimbulkan baiknya.
“Saya
rasa sangat-sangat susah hati di atas apa yang telah berlaku kerana dua
bulan lamanya saya berpusing di tempat-tempat memberi syarahan dan
mengingatkan kepada sekalian penduduk-penduduk segala dakyah anti itu
bangsa, anti itu bangsa boleh menimbulkan pergaduhan yang besar di
antara bangsa-bangsa, penduduk-penduduk di negara kita ini. Oleh sebab
negara ini ialah berbilang bangsa, saya rasa hal seumpama ini harus
berlaku, hal pergaduhan yang seumpama ini harus berlaku dan sekarang ini
telah pun berlaku, sungguhpun caranva sederhana.
“Semuanya
yang bertanggungjawab kenalah menjalankan kepentingan mereka supava hal
ini tidak merebak. Mahulah setiap tempat meletakkan jawatankuasa
muhibah serata tempat-tempat itu boleh menjaga keselamatan dan perasaan
baik waspada antara satu kaum dengan lain kaurn. Negara ini bergantung
kepada tuan-tuan sekalian. Tolong masing-masing yang jujur dan ikhlas
kepada saya yang menjaga negara ini supaya tidak berbangkit hal-hal yang
berbahaya. Negara yang kita kasihi ini adalah kehendak pertolongan
tuan-tuan sekalian. Saya doakan kepada ke hadrat Subhannahuwataallah.
Selamatkanlah semua penduduk-penduduk sekalian!”
Muka depan The Straits Times (15 Mei 1969)
Kenangan Tunku Abdul Rahman
“Saya
tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenangkan kejadian yang telah
menimpa ibu kota dan negara kita yang aman ini. Saya telah berasa
gelisah dan berjalan mundar-mandir serta menghabiskan masa saya di atas
sejadah untuk berdoa kepada Allah SWT. Saya berdiri di beranda luar
bilik tidur saya dan menghalakan pandangan saya ke bandar sambil
memerhatikan api yang menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran
Kampung Baru dan di sebelah utara.
“Kuala
Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran di
sana sini dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak
di atas bukit. Inilah satu pemandangan yang sangat menyedihkan dan saya
tidak menyangka saya akan menyaksikan kejadian yang seperti itu semasa
hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala
usaha-usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang bahagia dan aman, dan juga
menghancurkan impian saya hendak menjadi perdana menteri yang paling
bahagia sekali di dunia ini.
“Ketika
saya memerhatikan api yang menjulang tinggi, terbayang di mata saya
kejadian dashyat yang sedang berlaku pada malam yang mengerikan itu, dan
saya terkenang kepada peristiwa-peristiwa lepas yang menyebabkan
timbulnya malapetaka itu. Pada masa itu juga saya sedar dan insaf bahawa
jika hendak difahami sebab-sebab kenapa boleh tercetus peristiwa yang
buruk itu, maka perlulah dikaji satu per satu kejadian-kejadian yang
telah lepas.
“Pada
hari itu saya menerima laporan mengenai perarakan Gerakan yang telah
diadakan semalam. Mereka telah melemparkan kata-kata nista terhadap
orang Melayu dan menyuruh orang Melayu pulang ke kampung-kampung dan
desa kerana kapal layar (lambang Perikatan) telah ditenggelamkan.
Kesemua hal ini terbayang dalam ingatan saya yang merupakan sebahagian
daripada sebab-sebab berlakunya rusuhan itu.”
– Petikan buku ’13 Mei Sebelum dan Selepas’ (memoir Tunku Abdul Rahman, halaman 81)
Perarakan mayat Lim Soon Seng melalui perut ibukota
9 Mei
1969: Kata-kata yang tertera pada sepanduk (gambar atas) berbunyi “死 的 光
彩,生 的 伟 大” (kematian yang cerah ‘berwibawa’, kehidupan yang ‘gemilang’)
Lim Soon
Seng, seorang sukarelawan pilihanraya yang mati dibunuh, telah
mencetuskan kontroversi yang sama hebatnya dengan kematian Teoh Beng
Hock zaman kita.
10 Mei 1969: Hari membuang undi.
Dalam
pilihanraya umum 1969, MCA telah kalah teruk kepada DAP yang pertama
kali bertanding PRU – parti itu didaftar pada 1966 – serta MCA langsung
tewas di Pulau Pinang kepada Gerakan yang ditubuhkan Dr Lim Chong Eu
setahun awal pada 1968.
12 Mei 1969: Perarakan sambutan kemenangan oleh pembangkang
DAP menyambut kemenangan PRU di jalanan
Suasana kempen pilihanraya tegang
Tunku
memperingatkan “jika hendak difahami sebab-sebab kenapa boleh tercetus
peristiwa yang buruk itu, maka perlulah dikaji satu per satu
kejadian-kejadian yang telah lepas”.
Peristiwa
血債血還 (hutang darah dibayar darah) tidak berlaku secara spontan dalam
suatu ruang kosong (vacuum) ataupun tanpa apa-apa kesinambungan. Ia
sebenarnya menyusuli “kejadian-kejadian yang telah lepas” — untuk
meminjam cakap Tunku Abdul Rahman.
Contohnya,
berlaku rusuhan kaum di Pulau Pinang pada bulan November 1967 di mana 4
orang terbunuh serta dikeluarkan perintah berkurung oleh pihak
berkuasa.
Mengimbau suhu pilihanraya bersejarah itu, Tunku menyorot kembali keberlangsungan sebuah kempen yang sengit. Katanya:
“dua
bulan lamanya saya berpusing di tempat-tempat memberi syarahan dan
mengingatkan kepada sekalian penduduk-penduduk segala dakyah anti itu
bangsa, anti itu bangsa boleh menimbulkan pergaduhan yang besar …”.
Kempen PRU tahun 1969 berbekalkan “dakyah anti itu bangsa, anti itu bangsa”.
Dalam kempen PRU tahun ini, di samping politik perkauman juga sekarang dicampur-adukkan unsur-unsur benci agama.
Fanatik Kristian pun ada sekarang
Ridhuan Tee sudah berkali-kali mencemuh kaum minoriti serta agama-agama yang dianuti mereka.
Orang
India dan agama Hindu beserta perayaan-perayaan untuk dewa-dewi seperti
Thaipusam dihina bukan hanya oleh seorang pelampau agama Islam seperti
Ridhuan sahaja.
Pelampau agama juga berwajahkan fanatik Kristian yang benci patung disembah (idolatry).
Mungkin
disebabkan sesetengah orang Kristian yang duduk di kawasan perumahan
mewah bandar adalah orang yang berada serta memiliki segulung kertas
ijazah, maka mereka memandang rendah penganut agama-agama lain sebagai
“low class”.
Cuba
tanya kenapa si evangelis begitu beriya-iya mahu memurtadkan orang yang
miskin serta yang kurang bersekolah? Kenapa mereka bergerak di kalangan
gelandangan Melayu? Kenapa disasarkan penganut Hindu golongan kelas
pekerja?
Tingkahlaku
evangelis yang ‘born again’ ke dalam agama Kristian membayangkan mereka
tidak menghormati asas-asas peradaban dan kepercayaan tamadun lain.
Contohnya dalam soal mahu kebas kalimah Allah serta evangelis mendakwa hal mencuri itu bukan menjadi isu (“non-issue”).
Orang
Islam diwajib menunaikan 5 solat dan dalam setiap sembahyang pula
diulangi ucapan syahadah yang mana kalimah Allah disebut dua kali.
Justeru kalimah Allah tidak lekang dari bibir seseorang Muslim untuk
sepanjang hari, sepanjang minggu dan sepanjang hayat.
Maka pastilah orang Islam amat sayangkan kalimah Allah serta memandang berat seandainya ia disalahgunakan.
Pendekatan golongan Kristian yang meremehkan hakmilik kalimah Allah tidak kurang perbuatan seorang pendakwah mualaf Shah Kirit yang
pernah menghina amalan Hinduisme dan Ustaz Ann Wan Seng (PAS) yang
menghina amalan Taoisme — screenshot atas, dia menggelar kepercayaan
“King Kong” masyarakat Cina ibarat doa “kong kali kong”.
Bukan
Ridhuan Tee seorang sahaja yang memperlekehkan Thaipusam. Malah
kedengaran banyak rungutan dari golongan berusia kaum Cina dan kaum
India bahawa evangelis Kristian tiada mempunyai rasa hormat bagi tradisi nenek-moyang keluarga mereka.
Mula-mulanya si evangelis ekstremis ini kurang ajar terhadap masyarakat Hindu dan Buddha yang lemah di negara.
Namun apabila mereka sudah berani tunjuk taring kepada masyarakat Islam yang kuat …
No comments:
Post a Comment