Oleh: Tok Janggut
Selama
ini kita sering didedahkan tentang penyelewengan dan salahguna kuasa
pemimpin BN terutamanya Melayu UMNO yang mengaku beragama Islam.
Sudahlah harta rakyat, harta negara, wang rakyat, wang negara, kawasan
balak, tanah rakyat (rizab melayu) selama ini tidak selamat di bawah
pemerintahan UMNO ditambah lagi dengan kadar jenayah yang meningkat,
gejala sosial, maksiat, hiburan melampau, arak, zina, buang bayi dan
berbagai lagi kini rakyat dihantui pula dengan kemasukan orang asing
yang menjadi pengundi sebagai mencabar hak warganegara Malaysia dan yang
terkini dengan kemasukan dengan mudah kumpulan bersenjata di Lahad Datu
Sabah.
Sungguh pelik, bagaimana kumpulan bersenjata itu begitu
mudah masuk ke negara kita sedangkan di laut terdapat berbagai unit
keselamatan yang mengawal perairan negara. Kalau dulu rakyat
dikelirukan dengan isu kumpulan Al Maunah yang dikatakan begitu mudah
masuk dan mengambil senjata di kem tentera, pembunuhan Al Tantuya
menggunakan bom C4 juga boleh diambil umpama pergi mengait buah
rambutan, kini kumpulan bersenjata pula masuk tanpa sebarang sekatan dan
halangan.
Dengan berbagai masalah dan bahaya yang mengancam
negara sekarang membuktikan bahawa UMNO/BN tidak boleh diharapkan untuk
menjaga keselamatan rakyat dan negara malahan mereka sebenarnya lah
membawa petaka kepada rakyat dan negara jika dibiarkan terus berkuasa.
Kerja mereka hanya berebut projek, berebut kuasa, berebut jawatan dan
membuat fitnah ke hulu ke hilir dan dalam masa yang sama keselamatan
negara terbiar kerana pemimpin sibuk untuk mengekalkan kuasa dan menipu
rakyat.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah tempelak dan penghinaan
dari Allah kerana selama ini mereka mempersendakan syariat Allah, sunnah
Nabi. Sekarang Allah cabar mereka supaya membuktikan akan kebaikan dan
keadilan undang-undang yang mereka cipta sendiri, apakah lebih hebat
dari ciptaan Allah? Boleh menjamin keselamatan rakyat dan negara?
Apakah
semua peristiwa ini ada muslihat, dirancang atau bebar-benar berlaku?
Jika diberi alasan, bagaimana dikatakan muslihat kerana mempertaruhkan
nyawa pihak keselamatan! Jawapanya mudah juga, apakah selama ini
UMNO/BN menghargai nyawa manusia? Pembunuhan di Memali, kumpulan Al
maunah dan pembunuhan Altantuya sebagai bukti nyawa manusia tiada harga
buat mereka, yang penting kuasa mesti dikekalkan, rakyat mesti
diyakinkan walaupun secara menipu dan mengorbankan nyawa orang bahawa
kononya hanya UMNO/BN sahaja yang mesti dipilih oleh rakyat untuk
memerintah negara. Yang peliknya ialah pihak yang mengarahkan dan
melakukan pembunuhan di Memali, Al Maunah dan Altantuya disanjung,
dihormati, dikawal keselamatan mereka ke hulu ke hilir seolah-olah
mereka ini wira dan hero. Tak peliklah jika berbagai musibah dan
malapetaka yang Allah turunkan k dalam negara kita ini berpunca sikap
rakyat sendiri yang menyanjungi golongan zalim, penjenayah, perasuah,
penipu dan penghina syariat Allah.
Namun sifir mudahnya ialah
bahawa UMNO/BN sudah tahu bahawa Sabah bukan lagi kubu kuat mereka yang
selama ini membantu mereka mendapat sokongan untuk Semenanjung terus
mendapat kuasa dalam PRU. Memandangkan PRU13 UMNO/BN mungkin tewas
kerana sokongan padu rakyat Sabah kini sudah bertukar kepada Pakatan
Rakyat, maka tidak ada cara lain yang boleh digunakan ialah mencetuskan
ketegangan dengan perancangan sulit mereka membawa kemasukan kumpulan
bersenjata dari Filipina dan kemudian UMNO/BN akan umum kan PRU13 di
Sabah akan dikecualikan atau ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan
dan akan dibuat secara berasingan iaitu selepas selesai di negeri-negeri
lain dan dengan itu UMNO/BN akan dapat menumpukan sepenuhnya serangan
di negeri Sabah dalam PRU berasingan itu nanti secara jahat, kotor dan
penuh dengan keganasan serta ugutan demi untuk kemenangan, itupun jika
mereka menang pada PRU13 dinegeri lain walaupun tanpa sokongan Sabah,
tapi jika mereka tewas....nasiblah....UMNO lupa bahawa selama ini
merekalah yang mengizinkan kemasukan rakyat Sulu dari Filipina dan
diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi UMNO/BN dalam
PRU yang lepas-lepas...sekarang padan muka apabila rakyat Sulu mahukan
lebih dari sekadar menjadi pengundi sahaja.
Apakah rakyat masih
tidur, tidak sedar, bermimpi dan masih berangan-angan dengan UMNO? Jika
sudah habis harta negara, harta rakyat dan tanah orang Melayu yang
sememangnya sudah lama tidak selamat, kini keselamatan negara juga sudah
terancam akibat permainan UMNO, masih mahu mneyokong UMNO lagi? Aqidah
umat Islam juga sudah lama tidak selamat dibawah UMNO, apalagi yang
rakyat mahu tunggu?
Kenyataan Mufti Perak dan Noh Gadut berkaitan
kalimah Allah, jika diteliti betul-betul sudah terang dan jelas bahawa
sesiapa yang mengundi dan menyokong UMNO boleh jatuh kufur sertamerta
tetapi UMNO dan pemimpin putarbelit dan tipu rakyat dengan mengatakan
PAS pula yang membenarkan pengguanaan kalimah Allah dalam bible
sedangkan kuasa untuk melulus dan membenarkanya adalah dibawah kerajaan
Pusat yang memerintah iaitu UMNO. Najib cuba untuk menutup kelemahan
pentadbiranya dengan membuat fitnah tanpa menyedarai bahawa beliau
sendiri terpalit dengan kes pembunuhan warga Monggolia dan kes rasuah
terbesar kapal selam tapi yang anehnya beliau bebas ke sana ke mari
tanpa di siasat atau di dakwa semata-mata kerana beliau Perdana Menteri
dan Presiden UMNO. Jika negara luar yang punya pemimpin sebegini, sudah
lama dilanyak oleh rakyat atau ditangkap oleh pihak berkuasa atau
digantung tugas dan jawatanya sehingga siasatan selesai.
Oleh itu
tidak peliklah jika kita melihat perangai dan akhlak pengikut dan
penyokong UMNO yang selalu bertindak ala samseng, ganas dan kebal dari
undang-undang, ini adalah kerana pemimpin-pemimpinya juga berperangai
sama. Apakah golongan seperti ini yang rakyat hendak banggakan untuk
mentadbir negara? Punah ranah jadinya. Inikah kaedah yang diajar oleh
Islam dalam memilih pemimpin dan kerajaan? Mufti dan ustaz pun jadi
punah dan rosak akhlak bila bersama UMNO apatah lagi rakyat biasa yang
jahil bab agama. Jamil Khir dan Masyitah sepatutnya dinobat sebagai bapa
dan ibu segala kefasikan dalam UMNO kerana buta mata dan buta hati
terhadap kesesatan dalam UMNO. Sebenarnya Masyitah ni dah lama rosak
akhlak dan sesat ilmunya.
Harta, wang dan tanah rakyat sudah lama
terancam dan tidak selamat, kini keselamatan negara pula sudah tidak
selamat. Tahniahlah UMNO dan takziahlah buat rakyat yang menyokong dan
mengundi UMNO. Tunggulah sehingga negara benar-benar hancur akibat
angkara UMNO. Apa pun sepeti biasalah, dulu kes Al maunah adalah
perancangan Mahathir kemudian PAS pula dituduh dan difitnah sebagai
dalangnya, kini kes di Lahad Datu pula angkara Najib dan dituduh Anwar
Ibrahim pula dalangnya. Menagapakah kes di Memali dulu UMNO tak kata DAP
adalah dalangnya.Itulah UMNO sebenarnya, mendapat didikan dari Zionis
dan Yahudi.Wallahualam.
No comments:
Post a Comment