Macam macam
berita tentang pencerobohan yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah yang
NAMA Lahad Datu cuma kita akan lihat diskrin TV semasa bulan puasa jika
tidak disebabkan insiden ini...
Samada benar atau tidak apa yang dipaparkan oleh artikel dari (Klik sini) penulis
tidak berani nak berkata apa sebab terlalu banyak cerita disebalik
cerita , cuma sekadar berkongsi apa yang dibongkarkan ini.
Sultan Sulu
kata negeri Sabah hanya diberi pinjam kepada Malaysia sahaja. Menuntut
hak mereka kembali agar negeri Sabah kembali di bawah naungan
pemerintahan mereka.
Mari kita baca Kronologi ini :
- Akhir
tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan
Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan
dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan
keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga
Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.
- Sultan
Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi
agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka
sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka
SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan
dengan mereka.
- Sultan
Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang
sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan
sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana
seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan
gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan
Kesultanan Sulu (SSDI).
Sultan
Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu).
Mereka ni adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri
jadi Sultan Sulu sama-sama. Walau pun setiap mereka mengangkat diri jadi
Sultan Sulu namun mereka nampak akrab walhal dalam Protokol Kenaikan
Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa.
- Tiga hari
sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana
Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar
sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan
punya misi untuk berperang.
- Menurut
laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong
Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot
sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari
kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka
dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan
bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.
- Kemudian
beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut
laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang
satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang
satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.
- Menurut
laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih
memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan
kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu.
Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan
kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan
hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera
Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.
- Lahad
Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke
kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana
berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood.
Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu
itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi
strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum
latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.
- Ada
laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama
mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil)
dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil
video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka
seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri
seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia.
Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan
Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat
bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan
begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau
Tawi-Tawi. Selamat.
- Malaysia
nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di
mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur
oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu
pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada pula spekulasi yang
menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan
BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula
Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa
kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada
Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga
yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk
dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama
lagi di Sulu-Mindanau.
- Akhirnya
bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka
itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu
dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah
seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang
dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik
kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris
sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak
seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak
walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk
dibunuh oleh MALAYSIA.
- Nyata
sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis
alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang
dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil
tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan
gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.
- Mereka
berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka
maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang
kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun,
kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku
apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.
- Sultan
Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman
tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat
memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan
Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan
Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum
ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin
mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat
menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga
kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun
sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata
Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.
Foto: Rakyat Sultan Bantilan II membanjiri bandar Jolo ketika perarakan besar-besaran beberapa tahun yang lalu.
Keluarga
Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI)
yang dijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini.
Perarakan demi perarakan secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun
sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "DO SOMETHING". Kerana
menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya, bukan milik
kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun
melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak pernah
belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari
pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya
menulis pelbagai buku sejarah Sulu.
Al-fadhil
Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah memberikan ceramah di Lahad Datu pada
tahun 2005. Beliau adalah guru perjuangan kepada Sultan Bantilan II.
Ustaz senantiasa menjadi penasihat kerohanian Sultan Bantilan II walau
pun Baginda Sultan berada jauh di Jolo Sulu Darul Islam. Ketika ceramah
ini sedang berlangsung, Sultan Bantilan II berada di sisi Ustaz Hj Halim
yang ketika itu Baginda hanya dikenal sebagai DATU LADJAMURA BIN DATU
WASIK ARANAN PUYO.
Samada benar atau tidak apa yang dipaparkan oleh artikel dari (Klik sini) penulis
tidak berani nak berkata apa sebab terlalu banyak cerita disebalik
cerita , cuma sekadar berkongsi apa yang dibongkarkan ini.
No comments:
Post a Comment