MANILA: Adik Sultan Sulu, Raja Muda Agbimuddin Kiram masih hidup
dan selamat di Lahad Datu namun dia dan pengikut-pengikutnya berada
dalam keadaan kelaparan kerana terpaksa bersembunyi daripada anggota
keselamatan Malaysia, kata ahli keluarganya pada Jumaat.
Jurucakap Sultan Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata berdasarkan
maklumat yang disampaikan Agbimuddin, anggota tentera Sulu kini sudah
'berkumpul semula' selepas serangan pertama ke atas mereka pada 1 Mac
lalu.
"Mereka sentiasa bergerak, tidak dengan bot atau dengan mana-mana cara
pengangkutan tetapi keupayaan sendiri...mereka berjalan. Mereka sangat
kelaparan," kata Idjirani pada sidang media seperti yang dilaporkan
Philippine Daily Inquirer.
Idjirani berkata dia dapat bercakap dengan Agbimuddin kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.
Terdahulu, anak perempuan daripada Jamalul Kiram, Jacel Kiram
memberitahu media bahawa bapa saudaranya masih selamat di Lahad Datu.
No comments:
Post a Comment