KISAH di
bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota
keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya
kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa
dirahsiakan atas permintaan.
Kami
terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin
tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan perlu diceritakan
supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu
sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Dia
ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat
kepadanya, sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba
datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa
kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan
jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.
Dia
menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah
Superintendan Ibrahim. Yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang
amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota
kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal
kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada
antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata
jasad yang terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka
benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk
perbuatan mereka.
Dia
bernasib baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam
rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret
oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain.
Dua
puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering.
Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung
luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air
hujan itu.
Akhirnya
dia diselamatkan. Kedua-dua belah tangannya yang hampir putus telah
dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan
tangannya itu.
Airmatanya
berlinang. Dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang
hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang
dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.
Al-Fatihah
buat Pejuang-pejuang yang telah pergi menemui Illahi. Semoga arwah
ditempatkan di kalangan para syuhada. (Trengganu Today)
No comments:
Post a Comment