Oleh: Tok Janggut
PRU13
makin hampir, Pakatan Rakyat nampaknya masih bergelut dengan
permasalahan daftar pengundi yang kebanyakan meragukan. SPR pula buat
pekak badak sebab semuanya itu ada hasilkerjanya atas arahan UMNO bagi
memastikan kemenangan berpihak kepada UMNO nanti dan pegawai SPR akan
terus bertugas dalam SPR tetapi jika UMNO/BN tumpas, maka nasib dan
kedudukan pegawai tinggi SPR akan tergugat kerana ada kemungkinan mereka
akan disiasat kerana bersekongkol dengan UMNO membuat kerja-kerja
menipu dalam pilihanraya dan khianat kepada amanah rakyat serta akan
diseret ke mahkamah, ini tidak mustahil akan berlaku.
Kepada
Pakatan Rakyat, tumpukan usaha kepada semua kawasan Parlimen kerana
dengan kemenangan kawasan Parlimen sahaja kita akan berjaya ke
Putrajaya. Jangan bimbang tentang Dun dan negeri kerana jika kita
berjaya berkuasa di Putrajaya, usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri
yang dikuasai oleh UMNO/BN amat mudah sekali.
Ini adalah kerana
kita sedia maklum boleh dikatakan semua wakil rakyat UMNO hidup mewah,
maka inilah yang akan kita korek untuk mengetahui dari mana mereka dapat
wang yang sebegitu banyak. SPRM akan kita tugaskan dan jika perlu
tambah kakitangan untuk menyiasat semua ADUN UMNO/BN kelak dan mana-mana
yang terbukti terlibat dengan rasuah, jangan lepaskan...heret ke
mahkamah, jika sabit kesalahan maka jawatan mereka sebagai ADUN akan
gugur dengan sendirinya, maka dengan ini jika diadakan sekali
pilihanraya kecil pun calun-calun lain dari UMNO/BN akan fikir dua kali
untuk dicalunkan kerana jika menang pun akan disiasat juga harta mereka
sehingga ke akar umbi. Akhirnya negeri-negeri yang dikuasai UMNO/BN
akan tumbang dengan sendirinya dan Pakatan Rakyat akan menguasai
negeri-negeri tersebut dengan mudah.
Bukan itu sahaja, wakil
Parlimen dari UMNO/BN pun akan kita siasat hingga ke akar umbi akan
kekayaan yang mereka perolehi selama ini datang dari mana, jika dari
hasil rasuah, salahguna kuasa maka wajib dirampas semua harta mereka dan
dijadikan hasil negara atau negeri. Seret mereke ke mahkamah dan akan
gugurlah status mereka sebagai ahli Parlimen. Oleh itu jika sekarang ini
UMNO/BN buat kerja menipu dengan kerjasama SPR untuk menang, silakan,
tapi ingat! Jika Putrajaya tumbang, kita tidak akan lepaskan SPR dan JPN
yang membuat kerja kotor selama ini. Begitu juga akhabr Utusan dan TV3
wajar dibatalkan lesen percetakan dan penyiaran mereka nanti, jika
dibiarkan mereka terus beroperasi, negara dan rakyat akan menjadi
hancur.
Peristiwa di Lahad Datu mungkin digunakan oleh kerajaan
untuk melengahkan PRU13 di Sabah atau untuk istiharkan dharurat. Jika
benar, maka nampak sangatlah seolah-olah peristiwa ini dirancang kerana
kedudukan dan kekuatan UMNO/BN di Sabah sudah goyang. Jika ditanya tak
mungkin peristiwa ini dirancang kerana mengorbankan nyawa anggota
keselamatan. Jawapanya, lupakah kita peristiwa di Memali? Akibat
angkara Mahathir ramai orang kampung yang ditembak mati. Apakah
penduduk kampung di Memali mempunyai mortar, M16, kereta kebal atau bon
C4? Mereka rata-rata hanya mempunya pisau untuk menoreh getah, sabit
untuk memotong rumput dan lalang di kebun, jadi mengapa dibunuh juga?
Sehinggakan ada anggota keselamatan yang turut terkorban, dengan apa
mereka dibunuh? Dengan pisau getah? Dengan sabit rumput?
Yang
pastinya peluru senjata automatik sesama mereka tersasar mengenai rakan
mereka sendiri. Mengapa ini terjadi? Tidak lain dan tidak bukan hanya
niat jahat Mahathir untuk memburukan PAS kononya PAS parti sesat,
pengganas dan penderhaka. Dimanakaha Mahathir dan pemimpin UMNO ketika
itu di mana pihak keselamatan di arah supaya bertempur dengan orang
kampung yang lemah itu? Orang kampung dan pihak keselamatan bertempur
sesama sendiri sehingga berlaku kematian sedangkan Mahathir dan pemimpin
UMNO lain duduk bersenang-lenang dan bebas ke sana ke mari.
Kemudian
isu Al Maunah juga di zaman Mahathir. Apakah terfikir oleh kita
bagaimana begitu mudah kumpulan Al Maunah ini boleh masuk ke kem tentera
mengambil senjata dengan begitu mudah? Bukankah depoh senjata di kawal
dengan ketat. Ini seolah-olah pergi mengambil barang di rumah sendiri
dan seolah-olah kawasan itu di arah dan di kosongkan dari kawalan
tentera.
Akhirnya ramai yang mati dan direkacipta berbagai
propaganda dan fitnah bagi memburukan kumpulan itu di mata masyarakat.
Tujuanya juga seperti di Memali iaitu untuk mengaitkan PAS juga dengan
kumpulan Al Maunah.
Najib mengutuk sesiapa yang mengatakan peristiwa Lahad Datu sebagai sandiwara sebagai keji dan tidak berhati perut.
Apakah
kerja membunuh orang Kampung di Memali dan membunuh Al Tantuya yang
dikatakan sedang hamil (anak siapa?) dengan menggunakan letupan C4 itu
tidak keji dan tidak berhati perut? Lahad Datu menimbulkan banyak
persoalan dan wasangka rakyat. Ini adalah kerana bagaimana begitu mudah
kumpulan bersenjata itu masuk seolah laluan mereka itu diarah supaya
dikosongkan bagi memudahkan mereka masuk atau mereka semua mempunyai
"IC" biru yang diberikan ketika zaman Mahathir dulu? Peristiwa ini
adalah berpunca program "IC" zaman Mahathir dulu. Mahathir wajib
disiasat dan dihumban ke penjara angkara kerja keji dan khianatnya
terhadap negara dan kini rakyat Sabah menanggung azabnya. Selain dari
itu, UMNO nampaknya menggunakan isu Lahad Datu ini untuk menyerang Dato
Sri Anwar Ibrahim dan Tian Chua. Ini juga salah satu sebab rakyat
melihat akan kebenaran bahawa peristiwa ini hanya bertujuan untuk
memburukan Pakatan Rakyat.
Persoalanya, jika kita sama-sama
berfikir secara tenang dan melihat situasi politik negara sekarang ini,
apa benarkah memang berlaku kemasukan kumpulan bersenjata ini melalui
perairan kita? Jika selama ini bot nelayan asing yang kecil pun dapat
disekat dan dihalang oleh pasukan keselamatan kita yang mengawal
perairan negara, masakan kumpulan bersenjata yang dikatakan melebihi 150
orang ini dengan mudah sahaja masuk dengan menaiki feri atau kapal
besar dari bot nelayan tanpa dapat dikesan? Apakah kumpulan ini
sebenarnya adalah PATI yang jumlah sudah beratus ribu orang yang sudah
duduk bertahun-tahun di Sabah dan sudah mendapat "IC" biru hasil kerja
Projek IC Mahathir dulu dan sudah berkali-kali mengundi dalam
pilihanraya sebelum ini? Apakah jumlah kumpulan bersenjata ini hanya
sekitar 150 orang atau lebih dari seribu orang? Jika tidak masakan
perlu dihantar 7 batalion tentera, PGA dan jet pejuang untuk menyerang
mereka? Tak masuk akal.
Yang paling munasabah dari peristiwa
Lahad Datu ini ialah, kumpulan bersenjata ini adalah penduduk asing
yang telah diberikan kad pengenalan biru oleh Mahathir dulu. Mereka
kini adalah rakyat Malaysia dan warganegara Malaysia. Mereka bukan
penceroboh tetapi rakyat tempatan hasil Projek IC Mahathir yang bangun
memberontak. Itu sebabnya kerajaan menggunakan polis, tidak menggunakan
tentera. Pihak tentera hanya digunakan kemudian itupun pengarah
operasi tetap di bawah Ketua Polis Negara.
Mengapa kerajaan tak
menghantar FRU yang selama ini begitu ganas membelasah rakyat pada
perhimpuna BERSIH? Kita nak tengok setakat mana hebatnya FRU bila
berhadapan dengan kumpulan bersenjata ini, selama ini FRU hanya berani
pada rakyat yang lemah , tidak berdaya dan tidak bersenjata sahaja.
Kecut perut kot.
Kumpulan bersenjata ini yang juga penduduk tetap
Sabah mungkin sudah dijanjikan akan diberikan tanah sekiranya mengundi
UMNO/BN sejak zaman Mahathir lagi tetapi hanya janji kosong. Kini
mungkin Najib menabur janji lagi agar mereka mengundi UMNO/BN dalam
PRU13 nanti tetapi oleh kerana sudah kerapkali ditipu dan dikhianati
maka kali ini mereka mendesak diberikan tanah yang dijanjikan oleh Najib
sebelum PRU13 kerana jika tidak, selepas menang nanti, janji akan
tinggal janji juga.
Pemimpin kumpulan ini telah membuat
kenyataan baru-baru ini bahawa kumpulan mereka telah menjalani latihan
ketenteraan di Sabah dan mereka masih mempunyai banyak senjata canggih
yang disembunyikan di Sabah yang diberikan oleh bekas pemimpin Libya
Muamar Ghadafi dulu yang digunakan untuk menyerang tentera kerajaan
Filipina dulu. Kenyataan kerajaan bahawa kumpulan ini datang melalui
laut hanyalah untuk mengaburi mata rakyat bagi menutup kerja khianat
Mahathir dan UMNO dalam "projek IC" Mahathir dulu dan cubaan untuk
mengelak dari diketahui oleh rakyat akan perkara sebenarnya. Jika
tidak, tidak mustahil rakyat yang masih menyokong UMNO akan turut marah
dan menolak UMNO dalm PRU13 nanti. Yang pasti, kejadian ini berlaku
adalah berpunca dari "projek IC" Mahathir dan UMNO, kini pihak
keselamatan dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa korban angkara
Mahathir dan UMNO.
UMNO ingat kaum Sulu dan pendatang lain yang
terlibat dengan kumpulan bersenjata ini sama seperti Melayu UMNO agaknya
yang boleh dipermainkan, ditipu dan digula-gulakan semata-mata untuk
mendapatkan undi dengan berbagai janji palsu, sekarang terimalah
padahnya, senjata sudah makan tuan. Janganlah cuba hendak merekacipta
dengan kedatangan kumpulan ini melalui laut, kerana mereka semua ini
sudah berada lama di Sabah dan mengundi bagi pihak UMNO kerana terpedaya
dengan janji, kini mereka sudah hilang sabar dan bangkit memberontak.
Tak mustahil kesemua mereka itu mepunyai IC biru yang diberikan oleh
Mahathir si bapa pengkhianat dan petualang negara itu. Angkara projek IC
Mahathir dan angkara janji palsu UMNO, kini anggota keselamatan dan
rakyat Sabah menanggung bebanya dan menjadi korbanya sedangkan pemimpin
UMNO sibuk berebut projek, berebut jawatan, nak jadi calun PRU13 dan
sibuk mencari idea bagaimana nak rompak harta rakyat dan nak bagaimana
cara nak tipu rakyat lagi. Mahathir kini duduk selesa kehulu kehilir
menjual temberangnya, dia sudah tidak peduli apa nak jadi pada rakyat
Sabah, pada polis dan tentera. Manusia seperti Mahathir ini sepatutnya
sudah lama dihumban ke penjara Sungai Buluh. Angkara beliau juga bangsa
Melayu menjadi hancur dan aqidah umat Islam menjadi lebur.
Pemimpin
UMNO bertempik ke hulu ke hilir menyindir dan mencabar pemimpin Pakatan
Rakyat kononya mereka adalah penyelamat dan kes Lahad Datu ini
sedangkan mereka seronok duduk di bilik hawa dingin, tidur malam di
hotel mewah, makan disediakan sedangkan anggota keselamatan (polis dan
tentera) bersengkang mata, bergadai nyawa, makan dan minum ala kadar,
solat entah ke mana, tidur sekadar melepaskan rasa mengantuk, letih
tidak terkata semata-mata untuk berdepan dengan kumpulan bersenjata ini.
Itulah sebenarnya wajah pemimpin UMNO. Mereka cetuskan ketegangan
semata-mata untuk politik mereka dan memperalatkan polis dan tentera
demi untuk kekalkan kuasa. Yang jadi mangsa ialah polis, tentera dan
rakyat. Inikah kerajaan dan pemimpin yang harus kita bela dan
pertahankan lagi? Oleh itu, wahai anggota tentera, anggota polis dan
semua rakyat jelata, ayuh kita sama-sama tumbang dan kuburkan UMNO/BN
atau kini dikenali sebagai "Firaun Kecil" dalam PRU13 nanti demi
kesejahteraan dan keamanan negara serta keselamatan harta rakyat dan
negara.
Kita lihat sahaja sekarang kerajaan menolak gencatan
senjata dan tidak peduli samada pihak keselamatan terus memburu dan
membunuh kumpulan bersenjata tersebut atau dibiarkan mereka lari pulang
ke negara asal mereka, ini adalah kerana mereka semua itu sudah tidak
berguna lagi buat UMNO/kerajaan, jika dibiarkan mereka terus tinggal di
Sabah, yang pasti mereka semua itu tidak akan mengundi dan menyokong
UMNO/BN lagi dalam PRU13 ini. Oleh itu UMNO/kerajaan hanya cuci tangan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment