Saiful Bukhari Azlan meminta ayahnya,
Azlan Mohd Lazim kembali ke pangkal jalan kerana didakwanya "telah
menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim".
Beliau
membuat kenyataan itu dalam satu sidang media sebentar tadi selepas
bapanya pagi tadi memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa tuduhan liwat
terhadap ketua umum PKR itu selama ini satu konspirasi politik.
"Demi Allah, agama, bangsa dan negara
tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan
berganjak dengan dakwaan saya," kata Saiful.
"Saya
akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala
keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan
hingga akhir hayat," katanya.
Menurutnya, beliau tidak tahu sebab ayahnya membuat dakwaan itu pagi tadi.
Katanya, beliau sendiri sebelum ini
langsung tiada masalah dengan ayahnya itu dan kali terakhir berbual
dengan beliau menerusi telefon semalam.
Katanya lagi, mereka turut bercuti ke Kelantan baru-baru ini dan ada bertemu dengan bapanya itu pada hari Isnin lalu.
Namun, cubaan untuk menghubungi bapanya tengah hari tadi gagal kerana bapanya dipercayai mematikan telefonnya, kata saiful lagi.
Menurut Saiful, beliau yakin ayahnya
"menjadi mangsa politik Anwar" kerana sidang media ayahnya pagi tadi
diaturkan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, dan dilakukan untuk
"mengalih perhatian isu pengkhianat negara".
"Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat saya kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
"Kepada
seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan
permainan jijik Anwar Ibrahim," katanya yang turut ditemani peguam
pemerhati kesnya sebelum ini, Zamri Idrus.
Dalam
sidang media pagi tadi, Azlan turut mendakwa segala kenyataan Saiful
dalam perbicaraan liwatnya sebelum ini diaturkan oleh Zamri.
Menjawab soalan wartawan, Zamri menafikan perkara itu dan mempertimbang
untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azlan berhubung dakwaan
tersebut.-Mikni.com
**********
Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful.
keputusan mahkamah membuktikan Anwar bebas dari tuduhan liwat... Apalagi yang ko tak puas hati Saipoool??
"kebenaran
tetap akan tertegak.. meskipun seluruh makhluk bantu-membantu menegakkan
kebatilan.. Allah berpihak kepada orang2 yang benar.. ape nak takut..
masanya tetap akan tibaa.."
No comments:
Post a Comment