Tan Sri Musa Hassan telah turut mendedahkan bahawa Tan Sri Robert Phang
telah bertindak mengugut Pegawai Polis iaitu sekiranya projek tersebut
tidak diluluskan , Pegawai Polis tersebut akan ditukarkan 24 jam .
Tindakan Tan Sri Robert Phang adalah merupakan satu tindakan jenayah
yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam telah bertindak
mengugut penjawat awam .
Turut sama terlibat dalam kes tersebut ialah Ketua Polis Negara Tan Sri
Ismail Omar telah melakukan rasuah salahguna kuasa mengarahkan Pegawai
Polis tersebut untuk menandatangani komisyen bagi memenuhi arahan Tan
Sri Robert Phang.
Kerana Pegawai Polis tersebut terus gagal mengikut arahan Tan Sri Ismail
Omar dan Tan Sri Robert Phang , akibatnya pegawai tersebut ditukar 24
jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan
tersebut sedangkan sepertimana pendedahan Tan Sri Musa Hassan projek
komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.
Tindakan Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri Ismail Omar adalah merupakan
satu tindakan jenayah yang amat serius dan sebagai warganegara yang
bertanggungjawab dan bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan
lebih memahami dan menguasai undang-undang negara .
Beliau yang mempunyai maklumat yang cukup lengkap untuk melakukan
tindakan yang sewajarnya lebih-lebih lagi ianya melibatkan dana awam
bernilai ratusan juta ringgit iaitu projek komunikasi Motorola dari
sistem analog ke digital PDRM.
Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia.
Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan
Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft
Global PLC yang berpangkalan di Israel.
Ramai tertanya - tanya mengapa tiba - tiba Musa Hassan muncul. Dia
sendiri terpalit banyak dakwaan salah guna kuasa ketika bertugas.
che'GuBard sendiri satu ketika pernah mengusung dan mendedahkan wujud
akuan bersumpah oleh pegawai tinggi polis yang mengaitkan Musa Hassan
dengan kegiatan kongsi gelap yang dilindungi, namun kes tersebut terus
tutup dan tidak di siasat.
sila klik sini untuk membaca salinan penuh akuan bersumpah tersebut.
Musa pula sebaliknya selepas senyap seketika selepas berhenti terus memulakan isunya dengan kononya ada anggota tingginya ditekan oleh pimpinan Bn untuk melepaskan penjenayah. klik sini
che'GuBard sendiri pernah membuat sekurang - kurangnya 4 laporan polis
terus ke atas Musa Hassan salah satunya kerana dengan jelas menjadikan
PDRM tunggangan Umno untuk urusan politik. klik sini
namun dalam kisah Altantuya kenapa Musa masih cuba berselindung
sebaliknya hanya melepaskan peluru kapur ? Dia menembak keliling tanpa
mendedahkan siapa pemimpin Bn yang terlibat ?
Adakah benar Musa Hassan hanya alat Dr.Mahathir untuk memberikan
tekanan kepada Najib dan Hishamuddin agar akur dengan senarai calun yang
Dr. Mahathir ajukan ?
Oleh kerana itulah Musa Hassan hanya memberikan peluru kapur tidak
menembak tepat. Isu yang dilontarkan pula hanya untuk sensasi media dan
beliau tidak tampil membuat laporan SPRM mahupun laporan polis terhadap
apa yang didedahkannya sendiri.
Selagi Musa Hassan tidak tampil membuat laporan, bagi SAMM mungkin
ada kebenaran Musa Hassan hanya alat politik Dr.Mahathir untuk menekan
Najib dan sepupunya Hishamuddin. Kenapa Dr.Mahathir memilih Musa
Hassan sebagai alatnya ini mungkin kerana Najib pasti tidak berani
mengusik Musa kerana Musa ialah Ketua Polis ketika Altantuya mati
dibunuh.
Namun dalam isu pendedahanya rakyat perlu mengambil serius kerana ia mengakibatkan kemusnahan negara.
No comments:
Post a Comment