Sunday, March 3, 2013

"PHILIPPINE SABAH CLAIM FORUM" AMBIL KESEMPATAN DARI KEMELUT PERJANJIAN MILF-GPH

ISU TUNTUTAN SABAH DAN SSDI (Sultanate of Sulu Darul Islam)
Siapakah dari kalangan orang Filipina yang tergamak "menuntut Sabah" untuk diserahkan kepada Filipina? Soalan ini pasti akan disahut oleh orang-orang Tausug @ Suluk yang duduk di Sabah hari ini "Langkah mayat kami dahulu!!"
Nampaknya, kesan dari perjanjian damai yang dimeterai baru-baru ini antara MILF-GPH semakin menular kepada lain-lain isu yang lebih mengerikan. Kami dari pihak Gerakan SSDI (Sultanate of Sulu Darul Islam) yang dipimpin oleh PBMM Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzuddin II yang berpusat di Umbul 2, Indanan, Jolo Sulu D.I. telah awal-awal lagi memberikan pandangan dan pendapat kepada mana-mana pihak termasuk kepada beberapa individu yang rapat dengan kerajaan Malaysia agar setiap tindakan  terhadap sebarang perjanjian semestinya dirujuk dahulu kepada gerakan SSDI.
Ini perlu untuk melihat persekitaran dan keadaan semasa berdasarkan kacamata orang-orang Sulu sendiri dalam SSDI kerana kegagalan melihat persekitaran sebelum membuat apa-apa tindakan akan merugikan, membuang masa malah akan menjadikan keadaan lebih huru-hara. Sebab itu dari konteks Kesultanan Sulu, SSDI mendahului mana-mana gerakan kesultanan dari keluarga Kiram, Shakirullah dan lain-lain adalah kerana SSDI bergerak atas landasan yang tepat bersama gerakan rakyat. Satu gerakan yang penuh berhati-hati dan waspada dalam setiap langkah yang diambil menjadikan SSDI berada di hadapan.
SSDI tidak bersetuju dengan sebarang gerakan bersenjata untuk memerdekakan wilayah Kesultanan Sulu kerana baginya wilayah Sulu tetap merdeka hanyasanya rakyat Sulu telah menjadi RAKYAT FILIPINA. Maka sekiranya rakyat Sulu yang menjadi rakyat Filipina itu kembali semula menjadi rakyat kesultanan Sulu maka KEDAULATANNYA sudah kembali. Kerana satu negara tidak akan wujud tanpa rakyat. Sebab itu SSDI bertindak menjalankan program masuk ke kampung-kampung mendaftarkan penduduk Sulu menjadi WARGANEGARA TAUSUG bukan Filipino.
Prof Nur Misuari bersama Komander Ustaz Habier Malik

TUNTUTAN TERHADAP SABAH: Antara nafsu serakah, dendam atau kebenaran.
Prof Nur Misuari pada awalnya sangat baik perhubungannya dengan Malaysia. Tetapi setelah beliau disumbat dalam tahanan selepas penangkapannya beberapa tahun lalu yang dilakukan oleh Malaysia menyebabkan beliau memusuhi kerajaan Malaysia selepas itu. Terutamanya kerajaan dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Muhammad yang mana bertanggungjawab penuh terhadap penangkapan Prof Nur yang beliau anggap sebagai "penganiayaan terhadap saudara sendiri".
Kemarahan Prof Nur semakin bertambah ketika Malaysia mengenepikan beliau bersama MNLFnya dengan termeterainya perjanjian MILF-GPH baru-baru ini. Hanya satu jalan buat kerajaan Malaysia ialah mengadakan pertemuan dengan Prof Nur dan MNLFnya untuk redakan kemelut yang semakin meruncing ini. Kerana, dibimbangi selepas ini Prof Nur dan kumpulan-kumpulan tertentu akan membuat gerakan Tuntut Sabah sebagaimana yang beliau suarakan selepas dibebaskan dalam tahanan.
Secara kasar kita melihat Prof Nur memanaskan kes tuntutan terhadap Sabah ini adalah kerana dendamnya terhadap peristiwa lalu yang dilakukan oleh Malaysia terhadap dirinya. Sebelumnya kita melihat beliau didampingi oleh Sultan Fuad Kiram, seorang Sultan boneka Malacanang berwarganegara Filipino. Mereka menyuarakan bersama untuk menuntut Sabah untuk diserahkan kepada Filipina.
Kemudian beberapa ketika kemudian terdengar desas-desus bahawa Prof Nur rapat pula dengan Sultan-Sultan boneka dari anak-anak Datu Punjungan iaitu Sultan Jamalul III dan Sultan Esmail II tetapi juga dilaporkan gagal. Beliau nampak berusaha untuk melakukan satu gabungan yang boleh menghasilkan impak. Impak itu ditujukan kepada siapa sudah pun jelas.
Bagi SSDI, Sabah bukanlah tujuan untuk dituntut, kerana ia jelas masih dalam wilayah kesultanan Sulu yang sekarang dibawah jagaan Malaysia. Ia tidak perlu dituntut dari tangan Malaysia. Yang perlu bagi SSDI ialah mengadakan perjanjian baru dengan kerajaan Malaysia demi kemaslahatan orang-orang Tausug yang duduk di Sabah dan dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada kemajuan wilayah Sulu Darul Islam. SSDI sangat menentang tuntutan Filipina terhadap Sabah sejak dahulu lagi. Kerana Sabah tiada kaitan dengan Filipina. 


KESILAPAN TERBESAR PEMIMPIN SABAH
Di manakah silapnya baru-baru ini Dr Jeffrey Kitingan telah berjaya bertemu dengan Sultan Muidzullail T Kiram? Apakah sebenarnya motif Dr Jeffrey bertemu Muidzullail? Kalau Dr Jeffrey bertemu Muizdullail hanya kerana mengharapkan keajaiban "Keluarkan Sabah dari Malaysia" maka beliau secara automatik memihak kepada tuntutan Filipina dan memusuhi Tausug. Beliau tersilap bila menyangka Datu Bebot @ Sultan Muizdullail itu adalah Sultan Sulu yang diterima rakyat. Adakah hanya kerana Muidzullail itu anakanda Sultan Mahakutta' Kiram maka dia adalah Sultan Sulu yang sebenar? Nampaknya Dr Jeffrey tidak tahu latarbelakang Sultan Mahakutta'.
Sultan Mahakutta' bin Sultan Esmail Kiram bin Raja Muda Mawallil Wasit bin Sultan Jamalul Alam (yang pajakkan Sabah kepada Inggeris) bin Sultan Pulalun, sebenarnya bermula dari Raja Muda Mawallilwasit sehingga anakandanya Sultan Esmail Kiram II adalah keluarga yang ditolak oleh Tausug dan para Datu serta syarif. Kerana datuk kepada Sultan Muidzullail yang Dr Jeffrey dampingi itu adalah individu yang serahkan Wilayah Sulu kepada Filipina pada tahun 1962. Sultan Esmail bin Raja Muda Mawallil Wasit tiada kedaulatan dan tidak diterima oleh Tausug apatah lagi bertindak serahkan Sulu kepada kafir yang dilaknat oleh nenek moyang Tausug sejak sekian lama. 
Sebab itu mengapa saya katakan Dr Jeffrey bila mendokong Muidzullail bin Sultan Mahakutta' maka beliau secara automatik mendokong tuntutan Filipina. Mungkin juga Tausug tidak hairan sekiranya Dr Jeffrey mendokong Filipina kerana mereka seagama yang terkenal sebagai pendokong gereja katolik.
Sultan Muidzullail T Kiram bersama Dr Jeffrey Kitingan.

Berikut kenyataan dalam posting seorang individu di FB: PHILIPPINE SABAH CLAIM FORUM, dalam posting ini seolah-olah pihak Sultan Muidzullail marah dengan perkembangan perjanjian damai MILF-GPH.

"Today, the only Sultanate of Sulu and North Borneo heir to have come forward IN THIS CRITICAL PERIOD of national confusion related to Malaysia's official admittance in Mindanao (and the potential "murder" of our claim by Malacanang and the MILF through inaction), is HM Sultan Muedzul Kiram who has made it clear that he will fight for the return of Sabah. We must support HM. 

Shown in picture taken on July 05 2012 in Kota Kinabalu, Sabah (former North Borneo): His Majesty Sultan Muedzul-lail T Kiram supported by the Sabahan Leader Dr. Jeffrey Kitingan, considered by West Malaysia as a Sabah dissident and brother of current Deputy Chief Minister of Sabah, in a one on one meeting at his hotel suite, Le Merridien, Kampong Ayir, KK, Sabah.

Dr Jeffrey Kitingan was once jailed under the dreaded ISA (Internal Security Act) of West Malaysia on suspicion of rebellion."


---------------------------------------------------------------------
Kenyataan dalam FB: PHILIPPINE SABAH CLAIM FORUM, "THE SULTAN OF SULU AND SABAH IS READY TO UNITE WITH THE MISUARI GROUP TO RECOVER SABAH FROM MALAYSIA." Mereka berusaha untuk bergabung dengan Prof Nur Misuari mengambil peluang dari kehampaan MNLF sekarang. Dalam gambar kelihatan Datu Bebot @ Sultan Muidzullail Kiram sedang peragakan senjata di dalam rumah. Di luar rumah takut, kerana bukan sahaja mereka yang mampu memegang senjata seperti ini malah semua orang Tausug di Jolo, Sulu rata-rata punya senjata seperti ini.


Adakah Dr Jeffrey tahu latarbelakangnya sendiri? Mungkin juga Dr Jeffrey tahu salasilahnya sendiri tapi berusaha menyembunyikannya dari khalayak. Namun ahli keluarganya yang lain tidak dapat menyembunyikannya, iaitu Pairing Kitingan dan adiknya Dr Jeffrey Kitingan adalah cucu Datu Paduka Muhammad Salleh (Mat Salleh) dari isteri Dusun Tambunan. Entah bagaimana dari isteri Dusun ini kemudian berjaya dikristiankan tidaklah dapat diketahui. Mungkin setelah kehilangan Mat Salleh selepas perang Tambunan, wanita-wanita Dusun yang Islam kebanyakannya isteri-isteri pahlawan Suluk yang berjuang bersama Mat Salleh telah sembunyikan identiti sehinggalah kemudian mereka menjadi kristian.
Ini bermakna Dr Jeffrey adalah Tausug atau Suluk secara Salasilah, sangat jelas dalam darah mereka mengalir darah kepahlawanan Tausugdari  Ahlulbait Rasulullah SAW tinggal lagi orang Suluk malu menyebut keluarga Kitingan dari keluarga Rasulullah SAW kerana mereka telah dikristiankan. Saudara terdekat atau sepupu terdekat keluarga Kitingan ini ialah keluarga Tun Datu Mustapha. Mereka nampaknya punya keturunan dan salasilah yang sama.
Apa yang mungkin tidak jelas bagi Dr Jeffrey ialah jalur keturunan Mat Salleh itu dari mana datangnya. Sebenarnya Mat Salleh dari keluarga Sultan Bantilan I (defender of Islam) bukan dari keluarga Sultan Azimuddin (Kiram). Maka sewajarnya beliau kembali mendokong keluarganya sendiri dari jalur Bantilan kerana Sultan Sulu yang mengapalai SSDI sekarang adalah dari keluarga Sultan Bantilan I. Saya kira beliau telah lakukan kesilapan berhubungan dengan individu yang mengaku Sultan-Sultan Sulu yang mana sultan-sultan ini tiada pengetahuan sejarah malah berkesinambungan melakukan kesilapan hingga menjadikan mereka dimusuhi oleh Tausug sendiri.
Nampaknya sekiranya Dr Jeffrey punya perhubungan dengan keluarga Kiram seperti di atas, maka Parti Star yang dikepalai oleh Dr Jeffrey dan parti-parti yang mendokongnya seperti SAPP dan USNO Baru (peringkat penaja) tidak akan disokong olah pengundi Tausug di Sabah. Kita mengharapkan bahawa gambar di atas iaitu Dr Jeffrey bersama Sultan Muidzullail Kiram hanyalah lawatan biasa tanpa apa-apa agenda yang tidak diingini oleh Tausug dan Kesultanan Sulu (SSDI). Untuk lebih jelas eloklah Tausug sendiri yang tanya Dr Jeffrey berkenaan keturunannya serta hubungannya dengan Kiram secara lanjut.

Majlis sambutan Maulidurrasul dan menyambut kedatangan Presiden WIM (World Islamic Mint) Syeikh Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo dan tetamu asing lainnya ke Jolo, Sulu Darul Islam. Kelihatan Sultan Bantilan II bersama-sama mengangkat bendera bersama Presiden WIM.

No comments: