 
 
“Dahi
 mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian  preman,” 
kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat  
dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.Bercakap kepada 
 KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis  Mahasiswa 
Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran  kerananya 
ibunya sudah berusia 50 tahun.
Beliau yang mengetahui hal ini selepas 
diceritakan kakaknya, Nurul  Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, 
berkata, ia berlaku selepas  ibunya jatuh di depan pejabat Dewan 
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Ibu
 mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat  situasi
 dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,”  
katanya.
Ibu Khalid
 kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima  tujuh jahitan
 di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak  dan 
diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.
“Ibu hanya
 boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan  air ke badan 
24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih  bersemangat 
berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.
“Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya   yang menemani ibunya sepanjang hari ini.
Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.
Sumber: KeadilanDaily.com

 
 
No comments:
Post a Comment