 Suruhanjaya
 Hak Asasi Manusia Malaysia  (Suruhanjaya) amat kecewa dan bimbang 
dengan pelbagai insiden yang  dilaporkan berlaku semasa perhimpunan awam
 pada 28 April 2012, termasuk  laporan pasukan pemantaunya, khususnya 
dakwaan pengendalian yang terlalu  kasar dan secara sembarangan oleh 
pihak polis dalam menyuraikan orang  ramai.  Suruhanjaya juga terkejut 
dengan dakwaan layanan polis terhadap  petugas media yang mempunyai 
tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan  melaporkan peristiwa yang 
menarik minat orang ramai secara professional  dan beretika; sesetengah 
daripada mereka dikasari sementara dua  wartawan dilaporkan ditahan, di 
samping peralatan mereka dimusnah dan  dirampas oleh pihak 
penguatkuasa.  Suruhanjaya juga mengambil maklum  dengan penuh 
kebimbangan keadaan di mana kelakuan dan tingkah laku  peserta 
perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru hara.

perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru hara.Namun begitu, penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali di mana mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam.
Suruhanjaya, dalam Laporan Tahunan serta laporan Siasatan Awam berkenaan penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak polis semasa perhimpunan awam, telah berulang kali menyeru pihak berkuasa, agar menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan. Tambahan pula, Prinsip Asas Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang juga menyediakan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang haruslah, seboleh mungkin, menggunakan cara yang tanpa kekerasan sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan kekasaran.
Walaupun Suruhanjaya telah beberapa kesempatan menawarkan diri sebagai mediator antara polis dan penganjur perhimpunan agar satu persetujuan secara konsensus antara dua pihak sebelum perhimpunan dapat dicapai, namun, tawaran tersebut telah ditolak. Suruhanjaya juga telah beberapa kali menyeru pihak berkuasa untuk membenar dan memudahkan orang ramai untuk berhimpun secara aman. Ia juga telah menggesa agar polis memudahkan orang ramai untuk melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan mengeluarkan pandangan tanpa membahayakan hak orang lain untuk menjalankan kehidupan dan hal ehwal harian dengan gangguan minima. Peserta di perhimpunan yang seumpama di beberapa tempat lain seperti Georgetown, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu telah dibenarkan untuk berhimpun dan bersurai secara aman, teratur dan bertanggungjawab tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku merupakan satu testimoni kepada kebolehlaksanaan langkah-langkah tersebut.
 Suruhanjaya
  ingin mengulangi pendiriannya bahawa ia mengakui keamanan dan  
kestabilan adalah yang paling utama dan bahawa ketenteraman awam perlu  
dikekalkan pada setiap masa, namun ianya juga berpendapat bahawa  
perhimpunan awam menyediakan ruang untuk orang ramai melahirkan perasaan
  mereka mengenai isu yang menjadi kebimbangan.  Hak-hak tersebut adalah
  terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara
  20(1) Perisytiharan hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) serta Akta  
Perhimpunan Aman 2011 dan juga Perkara 19 UDHR mengenai kebebasan  
mengeluarkan pendapat.

mengeluarkan pendapat.Walau bagaimanapun, dalam usaha ke arah demokrasi yang berfungsi sepenuhnya, Suruhanjaya telah berulangkali menggesa semua pihak untuk melaksanakan hak mereka secara bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua yang terlibat dilindungi dan yang lebih penting hak orang lain yang terlibat secara tidak langsung juga mesti dihormati dan dilindungi.
Buat ketika ini, Suruhanjaya menyeru orang ramai, pihak media serta pihak berkuasa yang berkaitan yang telah menyaksikan sebarang pelakuan atau insiden mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan 28 April 2012 untuk mengemukakan maklumat, dokumen lain dan bukti yang berkaitan kepada Suruhanjaya untuk siasatan.
 Sementara
  itu, Suruhanjaya akan membincangkan perkara ini, menganalisa bukti 
yang  terkumpul dan mengkaji laporan pemantuan perhimpunan tersebut 
secara  terperinci dalam mesyuaratnya yang akan datang bagi 
mempertimbangkan  tindakan selanjutnya.
Sementara
  itu, Suruhanjaya akan membincangkan perkara ini, menganalisa bukti 
yang  terkumpul dan mengkaji laporan pemantuan perhimpunan tersebut 
secara  terperinci dalam mesyuaratnya yang akan datang bagi 
mempertimbangkan  tindakan selanjutnya.Untuk sebarang pertanyaan serta pengemukaan maklumat dan dokumen, sila hubungi:
Kumpulan Aduan, Inkuiri dan Pemantauan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tingkat 11, Menara TH Perdana Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2612 5600; Faks: 03-2612 5694/5620
Emel: complaints@suhakam.org.my / humanrights@suhakam.org.my
*K
Tel: 03-2612 5600; Faks: 03-2612 5694/5620
Emel: complaints@suhakam.org.my / humanrights@suhakam.org.my
 
No comments:
Post a Comment