Umno
jangan membohongi rakyat khasnya orang Melayu, kononnya mereka akan
menyambut ulangtahun Umno kali ke-66 parti itu. Hakikatnya Umno asal
sudah pun berkubur pada 1987,.. Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru.
Rakyat tidak pernah lupa peristiwa 1987 di mana Mahkamah telah
mengharamkan Umno.
Mengapa
Umno asal diharamkan semua orang tahu. Semuanya berpunca dari tindakan
tidak jujur Tun Mahathir yang mahu mengekalkan kuasa dengan menafikan
kemenangan Tengku Razaliegh dalam perebutan jawatan Presiden. Klimak
kepada krisis ini akhirnya mahkamah terpaksa mengharamkan parti Umno
kerana berlakunya perlanggaran dalam perlembagaan parti.
Umno
jangan buat-buat lupa bahawa 13 Feb.1988 ialah tarikh Umno Baru
didaftarkan. Dan sesungguhnya tarikh 13 Feb 2012 yang lalu adalah hari
ulangtahun ke-24 parti tersebut. Masih terlalu muda !!.
No comments:
Post a Comment