Salah
seorang peserta yang cedera serius terkena kanister gas pemedih mata
sewaktu berlaku kekecohan ketika perhimpunan BERSIH 3.0, tampil hari ini
untuk mencerita apa yang telah menimpa dirinya.
Asrul Wadi Ahmad, 29, dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya jika
keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan.
Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April.
Katanya, dia hilang penglihatan di mata kanannya, dan setiap kali dia melihat, terdapat tompok hitam di dalam pandangannya.
Para doktor memberitahunya bahawa kesan pada matanya disebabkan oleh satu objek yang mengenainya pada kelajuan yang tinggi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Asrul berkata keadaan adalah tenang ketika dia berada di sekitar Masjid Jamek, tetapi ia tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai.

No comments:
Post a Comment